Mengejar Qatar Airlines di Kota Doha

www.cla-travel.asia

It is okay to get lost when you travel. In fact, getting lost can often 
be better than finding your way on the first try.

Travel secara domestik atau dalam negara Asian itu perkara biasa. Lapangan terbang sebagai hotel juga tiada masalah. Bahkan, saya pernah menikmati betapa dinginnya Bandara Sukarno-Hatta di malam hari tanpa selimut di atas kerusi keluli sementara menunggu pagi. KLIA ? sangat biasa. Namun, berlari-lari mengejar penerbangan seterusnya (connecting flight) merupakan pengalaman baru yang melelahkan tetapi, menyeronokkan. 
Mengejar Qatar Airlines di Kota Doha
Satu hal yang saya belajar setiap kali travel adalah belajar menikmati semua keadaan kerana, tidak semua tempat baru yang kita pergi itu aman, indah, memuaskan atau mencapai tahap keingingan kita. Hanya dengan sikap 'menikmati' kita dapat mencapai kepuasaan. ''Sabai-sabai atau relax'' merupakan kata yang saya suka ketika traveling
Mengejar Qatar Airlines di Kota Doha
Penerbangan ke Greece memerlukan transit di Doha dengan dua pilihan samada 1 jam 30 minit atau 9 jam untuk penerbangan selanjutnya. Namanya orang Asia, memilih samaada menunggu 1 jam 30 minit atau 9 jam itu sukar untuk saya atau, memilih kedua-duanya. Saya diberikan kedua-dua 'rasa' itu. Pergi dengan transit 1 jam 30 minit dan kembali dengan transit 9 jam. Untuk pilihan pertama, risiko ditinggalkan kapal seterusnya adalah tinggi. Tiba-tiba ketika berada di KLIA pengumuman dibuat bahawa, penerbangan akan delayed selama 1 jam. Situasi sebegini adalah dijangka dan memang lumrah. Maknanya, ketika mendarat saya masih memiliki lebihan masa 30 minit di Doha. Rupanya, saya lupa. Ketika kapal mendarat penumpang tidak boleh terus keluar. Lagi pula, Qatar Airlines berkapasiti besar dan lorong saya hanya keluar pada minit ke 25. Saya hanya mempunyai 5 minit ke penerbangan seterusnya. 

Lagi dasyat, ini pertama kali saya di Doha Airport. Syukur saja, saya bukanlah manusia yang cepat panik. Hal pertama di kepala saya adalah bertanya dengan crew. Ternyata para crew Qatar Airlines Doha sudah menunggu saya di luar pintu kapal. Nama saya sudah dipanggil dan di dalam kapal KL-Doha itu, hanya saya seorang yang menuju ke Greece. Crew tersebut memberitahu saya arah mana harus saya pergi. Left, right, north, south - seriously don't play with my head. For someone who is relatively intelligent, my sense of direction and knowledge of my left from right is nonexistent. Oleh kerana saya mempunyai waktu yang sangat terhad untuk penerbangan seterusnya, saya tidak mempunyai pilihan. Saya menyuruh crew tersebut untuk menghantar saya. Dalam sekelip mata, saya sudah berada di gate menuju Tesalonika. Belum sempat saya menghirup udara Doha, saya harus terbang lagi selama 4 jam. Penerbangan ke Tesalonika merupakan penerbangan paling smooth pernah saya rasakan. Tanpa sebarang gangguan sang awan atau, mungkin kerana ia musim winter menyebabkan liputan awan tidak ada. 

Jumaat malam selepas bekerja saya langsung ke KKIA menuju KLIA. Tiba di KLIA salin pakaian pejabat ke casual. Mengikut rancangan, saya harus tukar pakaian biasa kepada pakaian musim sejuk semasa berada di Doha. Namun, menghirup udara Doha pun saya tidak sempat apatah lagi, menukar pakaian. Saya hanya memakai selipar, jeans dan sweater biasa. Dalam kapal tersebut , saya melihat ada seorang lelaki memakai seluar pendek. Saya pula memakai pakaian biasa, selipar lagi. Okay-lah, tiada apa-apa. Tiba di Tesalonika, saya ke ruangan menunggu bagasi. Tunggu punya tunggu, bagasi tidak muncul. Saya orang terakhir menunggu. Ternyata, bagasi saya masih berada di Doha. Syukur hal tersebut sudah pernah berlaku dalam trip sebelum ini, jadi saya tahu apa yang perlu dibuat. 

Seorang Precious Cla di Kota Tesalonika dan orang-orang Yunani. Saya dimaklumkan bahawa bagasi saya hanya akan sampai pada keesokan hari. Saya diberikan €45 dan mereka akan menghantar bagasi saya di Kota Serres. Nikmati setiap liku perjalanan hidup tanpa perlu membebankan fikiran dengan imaginasi-imaginasi karut. Take your time and get lost. You just don't know what is around the corner.  

Saya akan tulis tentang cerita saya dan Greece pada artikel seterusnya.

Catat Ulasan

14 Ulasan

adianiez AIDA berkata…
wah, best pengalaman ni.
tak sabar nak baca next entri.
tak pernah ke greece lagi la katakan :)
Fadima Mooneira berkata…
Interesting travel post. I like that sky picture. Thank you for sharing your interesting story. Have a good day.
Marina Bashah berkata…
Thank you share experience ni. Tak pernah lagi travel luar negara naik flight. Bila baca ni, macam2 marina pk. Kalau marina berada di situasi macam ni macam mana agaknya. Kalau bawak anak2 lagi macam mana gayanye
Izaramli berkata…
uish nevesnya. Kalau iza ni mau dah panik nak-nak pulak iza langsung tak pernah travel ke luar negara.
Kayathre berkata…
Belum pernah naik qatar airlines. Maybe in future kalau pergi doha.
Farhana Jafri berkata…
cantiknya pemandangan kota doha! Laut biru dia menawan sangat. 5 minit nak kejar next flight memang mengah. Nasib baik sempat.
budakbandunglaici berkata…
seram pulak dengar kejar flight tu. sebab tu kalu international flight BBL suka datang awal aiport risau apa-apa jadi boleh setel sebelum fly.
Cik Puan Ena berkata…
Alaa tak puas baca. Kalau ena mesti panic lebih sbb takde pengalaman lgi
AlongMurni berkata…
AM tak pernah sampai lagi n tertggu next entri yg awak nak kongsikan pengalam d tmpt org nie.. moga perjlnan dipermudahkan yea..
Bella Jamal berkata…
Seronok la berjalan ke Greece. Best penulisan dgn gaya tersendiri.looking forward for your next entry.
Hanny Abdullh berkata…
Pernah merasa situasi sebegini. Terkejar2 nk ambik flight. Ada sekali tu masa transit..dh lah kita tak familiar dgn tmpt tersebut..bwk anak pulak..rasa nk nangis dibuatnya..hahaa
Khalidah Abd Hadi berkata…
Tengok gambar yang breathtaking ni pon dah seronok. But when it comes to travel memang cannot expect 100% smooth journey lah kan. Kena prepare mental and physically jugak ni
Mimie berkata…
Pengalaman yang tidak dilupakan. Bila travelling memang banyak pengalaman baru kita belajar. Salah satunya kejar flight seterusnya
Wan Syahida Kahar berkata…
Wah... berdebar-debar dah kalau saya. Kalau sorang-sorang mau menangisssss. Tapi since cla dah biasa travel, pernah merasai macam2 pengalaman, then tentu ujian2 macam ni boleh dilalui dengan tenang...