Kali ini saya akan menulis tentang perjalanan saya ke daerah kopi negeri Sabah iaitu; Tenom. Tenom dikelilingi oleh sempadan dengan daerah Sipitang, Keningau, Beaufort dan Wilayah Kalimantan Indonesia.
Tenom merupakan pengeluar kopi ulung negeri Sabah bahkan, telah terkenal diseluruh Malaysia dan luar negara. Tidak hairanlah Tenom sinonim dengan daerah Kopi. Sebenarnya bukan kopi yang ingin saya ceritakan tetapi, pengalaman menaiki kereta api Tenom - Beaufort.
Kalau mahu ke Tenom jangan pernah pisahkan kereta api dari itinerary anda. Wajib naik keretapi ini ! Sudah sekian lama keinginan ini saya tanamkan dalam 'dada kembara' tetapi, asyik gagal dan tidak menjadi. Namun, mimpi yang direstui Tuhan akan selalu terlaksana tepat pada waktunya.
Trip kereta api bermula dari Tenom - Pangi - Rayoh - Halogilat - Saliwangan Baru - Beaufort. Serius, perjalanan ini sangat menarik, penuh panorama alam dan pelbagai gelagat manusia dapat di lihat. Keretapi akan bergerak pada jam 7.30 pagi dari Stesen kereta api Tenom dan tiba pada jam 9.51 pagi di stesen Beaufort.
Sebagai pelancong tanahair perjalanan menggunakan kereta api Tenom-Beaufort ini nyata-nyatalah memberi kesan yang unik, penuh memori dan sangat direkomendasikan kepada para pelancong. Meski demikian, sebagai rakyat Sabah sejati juga, saya turut prihatin akan nasib masyarakat yang menggunakan keretapi ini sebagai pengangkutan harian mereka. Bayangkan, ada beberapa kawasan yang dilalui, keretapi api boleh berhenti seperti bas apabila melihat ada penumpang yang mahu naik dan ketika melihat arah luar ternyata hanya hutan dan tiada pun stesen kereta api. Rupanya, memang begitu. Tiada stesen yang nyata. Lagi dasyat para penumpang 'main lompat' sahaja dari kereta api apabila tiba destinasi. Perjalanan keretapi api ke/dari Tenom benar-benar menyusur jalan pedalaman daerah Sabah.
Selama ini saya hanya mendengar cerita. Selama ini saya hanya melihat dokumentari. Namun, ketika kaki sepakat mahu melangkah mengiyakan hasrat, maka tertunailah impian tersebut. Pemandangan ? memang menakjubkan seperti alam yang belum pernah tertoreh oleh kezaliman manusia. Namun, dibaliknya siapa tahu ? Turut menjadi pemandangan utama adalah sungai Padas yang terkenal sebagai tempat bermain rafting yang agak ekstrem. Keretapi Tenom-Beaufort memang suatu anugerah perjalanan yang tidak boleh diabaikan ketika anda berada di negeri Bawah Bayu ini. Wajib cuba atleast sekali.
Mungkin ada antara anda yang tertanya-tanya bagaimana kereta api North Borneo ini terwujud. Saya hidangkan sedikit sejarah mengenainya :
1896 - Jurutera Inggeris, Arthur J West memulakan pembinaan landasan kereta api di Bukau, dekat Weston, Beaufort
1900- Landasan kereta api pertama sepanjang 37 KM disiapkan menghubungkan pekan Beaufort dan Weston (sudah dihentikan)
1902 -Pembukaan landasan kereta api sepanjang 86 KM dari Beaufort ke Kota Kinabalu
1905 - Pembukaan landasan kereta api sepanjang 48 KM dari Beaufort ke Tenom
1906 - Pembukaan landasan kereta api sepanjang 16 KM dari pekan Tenom ke Melalap (sudah dihentikan)
Ketika menaiki kereta api ini, saya bahagia. Duduk di dekat pintu sambil kaki berjuntai di luar. Lalu saya teringat bahawa hidup ini terlalu singkat untuk tidak melangkah dan menjelajahi. Terlalu singkat untuk tetap berada di satu tempat mengumpul harta yang 'sampai bila' mahu dikumpul dan untuk apa? Hidup ini sederhana. Ingatkah anda bagaimana rasanya sewaktu masih kanak-kanak? Dunia terasa begitu luas, menakjubkan, penuh misteri dan mengasyikkan. Setiap hari ada saja ajakan untuk keluar dari rumah untuk bergembira. Camping menggunakan daun pisang pun saya pernah. Anda berasa tidak mahu hari berakhir dan berat sekali untuk tidur malam kerana takut kehilangan kesempatan. Sebagai gantinya anda berteriak, berlompat, berlari dan menyanyi sampai kelelahan dan jatuh tertidur dimana saja lalu, ada orang dewasa yang mengangkat dan menidurkan anda.
Ada banyak hal yang boleh kita pelajari ketika kita masih kanak-kanak. Satu kata mudah untuk menterjemahkan hal itu adalah 'kenapa?'. Jawapannya mudah, kerana bahagia. Melakukan hal-hal indah dengan bebas itu bahagia. Travel itu indah. Ada rasa yang sukar diungkapkan dengan kata. Melihat panorama alam sambil disimbah dengan pancaran lembut sang suria dibalik pepohonan hijau, juga merupakan kebahagiaan. Menaiki train sambil melihat gelagat manusia yang tidak kita kenali juga, suatu kebahagiaan.
Sebagai travel blogger yang berhati sederhana, saya berharap ketika anda melakukan trip atau perjalanan ke negeri Sabah di bawah bayu, jangan lupa menyelitkan itinerary anda dengan menaiki kereta api ke Tenom. Antara tempat yang anda boleh lawat semasa berada di Tenom adalah Taman Pertanian Lagud Sebrang Tenom, Kilang Kopi Yif Foh, Kilang Kopi Fatt Choy, Marais Center, Pusat Kebudayaan Murut, Batu berukir di Ulu Tomani, Tenom Coffee Valley, Padas River Rafting, Yong Farmstay dan banyak lagi.
Selama ini, anda mungkin hanya mengenal Kundasang dengan pemandangan gah si Gunung Kinabalu atau pulau-pulau kristal di Sabah tetapi, sebenarnya negeri Sabah kaya dan ada banyak kejutan lain yang mampu memberikan kenangan indah kepada anda.
Onsoi !

12 Ulasan