www.cla-travel.asia
Awalnya saya tidaklah terlalu terkesan dengan virus Corona kerana, menganggap ia adalah virus yang hanya ada di China. Mungkin ia hanya penyakit endemik. Ternyata ia adalah penyakit pendemik yang menyebar ke seluruh dunia.
Negara Malaysia turut mengalami sebaran Covid19 dan menyebabkan kematian. Paling menyedihkan negara kita berada dalam kedudukan top-20 paling ramai terkena Covid19. Namun, tidak bermakna di antara semua yang sakit sebenarnya, lebih ramai individu yang pulih. Maknanya, masih ada harapan walaupun, dijangkiti virus ini. Apa pun, tindakan kerajaan Malaysia membuat perintah kawalan pergerakan adalah tepat.
Bosan semasa PKP ? Sebenarnya ada banyak aktiviti yang boleh dilakukan semasa kuarantin atau PKP seperti; membersihkan rumah, menonton movies, memasak, menulis dan tidak kurang juga ramai yang tiba-tiba menjadi Vlogger atau Youtuber. Bagus !
Selain itu, musim PKP inilah masanya kita bersama dengan keluarga kita dan mempunyai 'quality time' yang selama ini jarang-jarang dimiliki kerana, masing-masing sibuk dengan rutin harian seperti; kerja dan sekolah.
Rindu berjalan-jalan menghirup udara kota atau mungkin rindu kampung halaman ? Sabarlah, tidak selamanya kita akan mengalami Covid19 jika, seluruh rakyat Malaysia bersatu hati memutuskan sebaran virus ini dengan kekal berada di rumah atau kata meluasnya sebagai #StayAtHome.
0 Ulasan