www.cla-travel.asia
Hello, lovelies. How's your life treat you lately ? I hope everything is running well as your plans. Mari kita ke Taj Mahal membawa cinta kita sambil melintasi samudera luas yang bernama awan-awan diatas laut-laut membiru. mengasyikkan. menenggelamkan jiwa-jiwa manusiawi kita.
Hello, lovelies. How's your life treat you lately ? I hope everything is running well as your plans. Mari kita ke Taj Mahal membawa cinta kita sambil melintasi samudera luas yang bernama awan-awan diatas laut-laut membiru. mengasyikkan. menenggelamkan jiwa-jiwa manusiawi kita.
Saya telah dua kali melihat Taj Mahal Mini yang terbina atas agungnya cinta Kaisar Mughal Shah Jahan terhadap isterinya, Mumtaz Mahal yang meninggal dunia ketika melahirkan anak mereka. Namun, Taj Mahal yang saya lawati bukanlah Taj Mahal yang terletak di India. Ia hanya terletak di Taman Mini Asia, Johor dan juga boleh ditemui di Legoland, Nusa Jaya Johor.
Mengekplorasi
kisah agung cinta lelaki yang bergelar suami terhadap isterinyanya
dilambangkan melalui bangunan yang dibina atas dasar kasih dan cinta
yang menggunung tinggi hari ke hari. Mumtaz Mahal merupakan isteri
ketiga Kaisar Mughal dan amat disayanginya. Mumtaz merupakan perempuan
yang sangat cantik dan setia serta rela melahirkan ramai anak untuk
suaminya. Dia meninggal ketika melahirkan anak yang ke-14.
Namun, cerita lagenda ini turut menyimpan sejuta rasa kemusykilan dan pertanyaan dari tulisan Hiro pada bukunya yang bertajuk Tale of Taj
. Mumtaz meninggal dalam pelukan suami tercinta dan perlu diketahui
juga, bahawa Mumtaz sebenarnya seorang pemain catur yang hebat melebihi
suaminya, tidak cantik dan merupakan seorang yang kejam. - untuk yang
ini saya kurang pasti, saya hanya membaca dan menulisnya disini - apa
pun, saya lebih suka menganggap Mumtaz sebagai seorang lagenda yang
cantik dan dicintai oleh suaminya setulus hati, jiwa dan raga.
Saya pernah menonton dokumentari khas tentang Taj Mahal, ia indah dan menikmati sunset
dari kawasan itu adalah suatu nikmat romantik bersama pasangan travel
anda. Namun, dimaklumkan juga dalam dokumentari itu bahawa kawasan Taj
Mahal itu adalah sangat biasa dan kurang tarikan kecuali kawasan Monumen
Cinta Taj Mahal itu.
Terinspirasi
melalui buku bacaaan dan dokumentari, rasanya melawat monumen itu
adalah suatu kebanggaan kaki saat masuk kegerbang itu tetapi, jika hanya
tempat itu yang hendak dilawati dengan nilai wang yang banyak untuk
dilaburkan, saya fikir ia adalah suatu yang agak tidak berbaloi.
0 Ulasan