www.cla-travel.asia
Akhirnya tulisan ini terbit juga, tentang tips atau pun checklist penting yang wajib anda siapkan sebelum travel ke luar negara.
Walau secincai mana pun kita, ada hal-hal penting yang wajib kita bawa dan sediakan. Bukan maksudnya semua benda dalam almari kena bawa, sebaiknya biarlah bawa barang yang ringkas, praktikal dan berguna.
Kalau anda jenis instafamous yang kena tukar pakaian banyak kali itu lain ceritalah. Namun, kalau setakat pelancong atau traveller yang travel ala-ala backpackers, cukup sekadar membawa barang-barang penting sahaja.
Walaupun musim ini kita dalam quarantine season tetapi, saya tuliskan juga artikel ini untuk persiapan kita nanti setelah Covid19 lenyap. Ini adalah senarai barang-barang yang wajib anda sediakan mengikut keperluan.
1. PASPORT – pastikan pasport belum tamat tempoh dan ada lebih 6 bulan sebelum expired semasa tarikh travel.
2. TIKET FLIGHT – sahkan tiket flight dengan syarikat penerbangan ataupun ejen jika travel menggunakan travel agent.
3. TRAVEL INSURANS – Jangan lupa beli travel insurans dan pastikan polisi insuran cover segala kemungkinan seperti kehilangan bagasi dan kegagalan flight service.
4. TUKAR DUIT – tukar duit kepada matawang negara yang kita mahu pergi. Jangan lupa maklumkan kepada bank tempatan sebelum ke luar negara, aktifkan kad bank supaya anda boleh membuat pengeluaran di sana.
5. SIMKAD – Anda boleh membeli simkad baru di negara yang anda pergi. Simkad mudah diperolehi di Airport, saya selalu membeli ketika travel ke Indonesia. Semasa travel ke Eropah saya hanya roaming tanpa perlu menukar simkad tetapi, harganya memang mahal dan tidak terlalu digalakkan. Hari tu, bil postpaid saya mencapai hingga RM500. Dasyat !
Bersedia untuk kosongkan memori didalam galeri photo. Jika anda sayang ke semua gambar yang ada, anda boleh transfer semua gambar ke Google Photo atau install apps Google Photo di phone, jadi setiap gambar dan video yang diambil akan disimpan ke dalam Google Photo secara automatik dan akan kekal ada disitu biarpun gambar didalam galeri phone sudah dipadamkan.
6. POWER BANK DAN EXTRA USB KABEL
Bagi yang kaki online kaki ambik video dan buat go live pastikan anda bawa powerbank extra dan kabel USB baru sebagai extra. Jangan sampai anda menyesal kerana kabel USB tiba-tiba rosak dan tidak berfungsi atau tiba-tiba handphone kehabisan bateri.
Bagi yang kaki online kaki ambik video dan buat go live pastikan anda bawa powerbank extra dan kabel USB baru sebagai extra. Jangan sampai anda menyesal kerana kabel USB tiba-tiba rosak dan tidak berfungsi atau tiba-tiba handphone kehabisan bateri.
7. KAMERA / GO PRO – Ini juga penting untuk dibawa bagi yang memang bercadang nak buat travelog dan nak rakam semua hal-hal waima sekeping daun yang jatuh.
8. INTERNATIONAL ADAPTOR DAN EXTENTION PLUG – Beli siap-siap international adapter yang boleh guna disemua negara. Bagi yang banyak gadget nak dicaj jangan lupa bawa juga extension wayar.
9. LUGGAGE / BACKPACK – Bawa 2 jenis bag . 1 jenis tarik beroda untuk anda sumbat segala jenis keperluan dan kalau boleh jangan penuhkan sebab kebiasaanya kita akan beli cenderamata untuk dibawa pulang. Satu lagi beg bawa sejenis backpack untuk anda letak keperluan semasa see sight .
10. PAKAIAN – Bawa pakaian seminima yang perlu. Bawa pakaian yang tidak perlu digosok, ringan serta serap peluh jika anda travel masa musim panas. Jangan bawa semua baju kesayangan biarpun cantik dan pakaian kesukaan anda.
1 Ulasan