www.cla-travel.asia
Memiliki sosial media seperti Facebook, Twitter, Instagram, youtube, Blog dan sebagainya tidak asing bagi manusia zaman sekarang. Malah, kanak-kanak kecil juga sudah memiliki Facebook atau Instagram.
Namun, tahukah kamu bahawa media sosial jika digunakan dengan betul mampu menjadi punca menjana pendapatan ? Kali ini saya akan beritahu 4 sosial media utama yang saya gunakan untuk mengaut keuntungan. Meski tidaklah banyak tetapi, memadai daripada sekadar online dan tidak mendapatkan apa-apa. Kebanyakan hanya menabur penat sehingga ada yang sanggup bersengkang mata melihat sensasinya dunia masa kini melalui internet.
Facebook
Saya mengetahui beberapa syarikat affiliate menjadikan Facebook sebagai saluran menyampaikan maklumat atau Ads. Mereka menggunakan perorangan atau para influencer mengiklankan sesuatu melalui Facebook masing-masing. Setiap iklan yang disebarkan membawa nilai yang agak istimewa. Walaupun, terkadang harga yang yang dibayar tidak terlalu mahal, ia sudah cukup memadai daripada menulis sesuatu tanpa nilai dan pulangan.
Instagram
Tahukah kamu kenapa sesetengah orang suka memiliki ramai followers di Instagram? Kenapa instagram mereka di setting kepada public ? Kerana kebanyakan syarikat inginkan mereka mempromosikan sesuatu dan maklumat itu harus tersebar kepada semua pengguna Instagram. Jika ia private bagaimana maklumat tersebar meluas ? Disebabkan itulah akaun Instagram saya dibiarkan public kerana, saya terlibat dengan program menyampaikan Ads dan menerima bayaran sama seperti Facebook.
Blog
Jika dibandingkan dengan Facebook dan Instagram, blog agak susah dikendalikan kerana harus menulis panjang-panjang dan mengambil masa yang agak lama untuk menjemput idea dan mengolah tulisan. Walau bagaimanapun, blog ternyata lebih memberikan pulangan yang besar dengan tulisan artikel atau review produk atau menjadi tempat iklan disebarkan.
Youtube
Saya tahu Youtube dapat memberikan pulangan hingga mampu menjadikan seseorang itu kaya melalui monetize youtube channel. Paling kurang kamu harus mempunyai 1000 subscriber dan sudah boleh mendapatkan income. Namun, baru-baru ini saya belajar bahawa subscriber tidak ramai pun boleh mendapatkan income. Saya telah mendapat beberapa USD untuk youtube channel saya dengan kurang daripada 200 subscriber. Bagaimana ? Saya jelaskan kemudian di artikel seterusnya.
Semoga melalui media sosial yang saya nyatakan di atas dapat dimaksimakan penggunaannya untuk mengaut keuntungan. Sambil online kita dapat duit.

0 Ulasan