www.cla-travel.asia
Bagaimana menghasilkan tulisan secara konsisten setiap hari, misalnya 4 artikel dalam satu hari ? Ia bukan hal yang mudah meski, tidak mustahil juga untuk dilaksanakan.
Saya pernah menghasilkan beberapa artikel dalam tempoh satu hari pada suatu ketika, ketika saya sangat bermotivasi melakukannya. Ketika saya sangat mudah berimaginasi, berfikir kreatif dan bersikap tulus ketika menulis. Idea-idea mengalir bak air sungai menuju lautan. Ketika merasakan malam dan sunyinya subuh, ketika memandangi matahari di pagi hari dan tersenyum, semua hal bersekutu menjadi satu dalam kepala melahirkan tulisan demi tulisan tanpa pernah merasakan lelahnya menulis.
Kenapa perlu menulis 4 artikel setiap hari ?
Dahulu, saya menulis kerana ada kepuasan ketika membaca tulisan sendiri. Terkadang menerima pujian dari sang pembaca mampu membuat kita bahagia sendiri. Ketika makin dewasa dalam dunia blog, saya akhirnya tahu bahawa menulis secara konsisten itu mampu menghasilkan duit. Tidak dinafikan ramai rakan-rakan saya berhenti kerja kerana mahu fokus dengan dunia blog. Untungnya apa ? Kita diperhatikan oleh Google atau syarikat-syarikat produk dan kita akan dibayar ketika menulis tentang produk mereka.
Berapa Duit Yang Kau Dapat Dari Tulisan ?
Saya menjadi ghostwriter, dulu. Di bayar dengan nilai yang tidak terlalu mahal. Untuk hobi dan kepuasan, saya setuju. Lalu, saya menjadi Copywriter. Di bayar dengan nilai professional, lebih mahal dari gaji yang saya dapatkan ketika bekerja dari pagi ke petang. Menulis blog secara konsisten mampu menghasilkan pendapatan secara pasif kepada penulis. Bagaimana ? Nanti saya tulis dan jelaskan secara detail.
Bagaimana Menulis Secara Konsisten ?
Jujurnya, akhir-akhir ini saya tidak konsisten tetapi, saya akan berikan beberapa tips untuk menulis secara konsisten.
Buat Jadual Menulis
Misalnya, saya harus menulis setiap jam 10 pagi, 2 petang dan 8 malam, setiap hari. Menulis beberapa artikel di setiap jam tertentu. Kenapa jam 10 pagi, 2 petang dan 8 malam ? Bagi saya, ia adalah jam-jam minda cergas dengan banyak idea.
Tulis Nota Ketika Anda Terfikirkan Sesuatu
Pernah terbangun di jam 3 pagi ? Atau ketika berjalan-jalan di suatu tempat lalu terlintas difikiranmu tentang sesuatu ? Ia adalah peluang yang diterbangkan kepadamu untuk berkarya. Tuliskan 'sesuatu' itu di dalam phone kamu. Ketika ada waktu terluang untuk menulis, kembangkan ia menjadi artikel. Tampak mustahil ? Saya selalu melakukannya dan ia berkesan.
Buat Senarai Tajuk Artikel Dalam Buku Nota
Terkadang kita bingung mahu tulis apa dalam blog. Ia biasa. Saya selalu mempunyai masalah menulis kerana, tidak tahu mahu tulis tentang apa. Penyelesaiannya, saya akan senaraikan tajuk-tajuk yang mungkin akan saya tulis. Banyak tajuk. Tidak semestinya tajuk-tajuk itu akan kita tulis semuanya. Ia hanya sebagai rujukan untuk melahirkan idea.
Menulis itu indah dan membuat kita cerdas, kreatif dan pastinya bahagia.
0 Ulasan