www.cla-travel.asia
Tidak dinafikan drama-drama Korea benar-benar mempengaruhi emosi para penontonnya sehingga ramai daripada mereka berangan-angan untuk ke Korea. Drama pertama yang hits iaitu; Winter Sonata berjaya mempromosikan tempat drama tersebut dilakonkan iaitu, di Nami Island. Industri pelancongan mereka berkembang maju.
Saya sendiri travel ke Korea Selatan sejurus selepas drama Winter Sonata hangat menjadi bualan muda-mudi zaman itu. Berada di Nami Island ala-ala kita turut merasakan romantika cinta Yoo Jin dan Jun Sang. Hanya kerana drama tersebut, pulau Nami terus menjadi lokasi 'must visit' ketika berada di Seoul.
Berbanding dengan drama-drama Malaysia, saya berpendapat bahawa artis Korea berjaya membantu perkembangan ekonomi negara mereka dengan memperkenalkan lokasi menarik dalam drama, lifestyle, culture dan makanan Korea, tidak hanya kepada penduduk Malaysia tetapi, kepada seantario dunia.
Setiap yang yang mereka lakukan benar-benar mempengaruhi para penontonnya. Malah, semasa PKP ini kebanyakan rakyat Malaysia menjadi penonton setia kepada KDrama seperti 'Crash Landing On You' , 'A World Of The Married', 'Hi Bye Mama' dan banyak lagi.
Buka saja Facebook, berlambak cerita KDrama disajikan oleh peminatnya. Jangan-jangan ramai dari rakyat Malaysia sudah mampu berkomunikasi dalam bahasa Korea selepas PKP ini. Maklumlah, setiap hari KDrama.
Realitinya, selain Hollywood, Kdrama turut mempunyai peminat tersendiri. Saya sendiri lebih suka menonton Kdrama berbanding cerita Melayu yang 'entahlah'....
Apa pun, tidak dinafikan cerita Paskal berjaya menambat hati saya. Terbaik !

0 Ulasan