www.cla-travel.asia
Hakikat hidup bukanlah apa yang kita ketahui, bukan buku-buku yang kita baca atau kalimat-kalimat yang kita pidatokan melainkan apa yang kita kerjakan, apa yang paling berakar di hati, jiwa dan inti kehidupan kita.
Selama PKP berlangsung bosan selalu menguasai diri kerana, tidak bertemu dengan kedai, tidak menghidu bau masakan luar, tidak melihat manusia asing dan banyak hal lainnya. Walhal, semua yang dirindukan tidaklah terlalu membawa erti besar dalam hidup kita. Kita hanya terbiasa dengan keadaan tersebut. Sekarang kita ada di rumah tempat yang selalu kita rindukan ketika kita berada di luar rumah.
Malah, bagi saya berada di rumah adalah jimat. Tidak perlu makan luar setiap jam 12 tengahari. Tidak perlu menenangkan hati dengan Xing Fu Tang semasa setiap kali penat bekerja atau minuman Macao dengan nilai RM10.90 segelas dan sebagainya. Hidup di bandar tidaklah semulus yang difikirkan sesetengah manusia.
Namun, PKP memusnahkan harapan sesetengah manusia. Hilang punca pendapatan dan kekurangan makanan. Bagi penduduk kampung seperti saya, saya tidak mempunyai masalah tersebut. Sekurang-kurangnya untuk waktu ini. Bukan kerana kami mendapat bantuan dari pihak kerajaan tetapi, sekurang-kurangnya kami mempunyai simpanan untuk dibelanjakan semasa tempoh ini.
Apa pun, tetap semangat menjalani hidup ini apa adanya. Pelihara bahagiamu ketika berada di rumah. Rasa bahagia dan yodak bahagia bukan berasal dari siapa diri anda atau apa yang anda kerjakan. Bahagia dan tidak bahagia berasal dari fikiran anda.
Semasa arahan PKP dilaksanakan, tetaplah berada di rumah agar semua aktiviti berjalan seperti sediakala dengan cepat.

0 Ulasan