www.cla-travel.asia
Akhirnya tulisan ini terbit juga, sebuah kisah perjalanan ke negara Greece atau Yunani. Ada kata tertulis seperti ini ''Jangan menunggu ! Tak ada ada waktu yang tepat untuk memulai. Mulailah dari titik di mana anda berdiri dan kemampuan yang anda miliki. Kemampuan yang lebih baik akan muncul dalam perjalanan''.
Negara Yunani merupakan negara pertama Eropah yang pernah saya lawati. Menjadi solo traveller untuk pertama kalinya. Ke negara asing sendirian untuk pertama kalinya. Ternyata, ia lebih mudah berbanding travel secara berkumpulan. Semua keputusan semasa dalam perjalanan dilakukan sendirian.
Negara Yunani menggunakan bahasa Yunani sebagai bahasa pertuturan mereka. Bahasa Yunani merupakan salah satu bahasa tertua di dunia yang masih dituturkan dan untuk dapat belajar bahasa Yunani adalah suatu keuntungan. Saya sempat belajar bahasa ini daripada beberapa orang yang saya temui dan mereka turut belajar bahasa Melayu. Bezanya, otak mereka lebih geliga dari otak saya ketika belajar bahasa. Lagi pula, mereka tidak menggunakan 'ABC' tetapi 'αβψ' dan sangat sukar.
Ketika masuk kedai cenderamata, mereka sangat berusaha untuk berkomunikasi dengan saya dalam bahasa Inggeris. Malah, memberi cenderahati percuma kepada saya. Ketika bertemu dengan seorang rakan kepada rakan saya, dia memberikan sekalung rantai emas kepada saya. Tidak hanya satu rantai emas yang saya dapatkan tetapi, dua. Ketika saya memasuki lift tiba-tiba seorang perempuan tua menghampiri saya dan mencium pipi saya sambil mengatakan 'you're so beautiful'. Gila ! belum ada pernah manusia di Malaysia yang terbuka seperti itu ketika memuji (haha). Ada pun, pujian secara tersembunyi melalui WhatsApp atau nota kecil dan messenger.
Hakikatnya, negara Yunani itu bukan sekadar memiliki pemandangan pergunungan yang indah tetapi juga, orang-orang yang saya temui semua bersikap baik dan mengambil berat. Saya datang pada musim sejuk dan suasananya sangat sejuk. Sebagai orang Asian yang terbiasa dengan musim khatulistiwa, rasa sejuk itu terasa hingga ke tulang sumsum. Mereka sangat menitik-beratkan keadaan kita sepanjang kita berada di negara mereka.
Negara Yunani adalah berdekatan dengan Bulgaria dan negara Turkey. Bahkan, boleh travel hanya dengan menggunakan kereta. Ia juga berdekatan dengan negara Itali. Jadi, apabila mahu ke Greece atau Yunani, mungkin anda boleh melakukan trip terus ke negara-negara berhampiran yang ada.

1 Ulasan