MENJELAJAH KE ZAMAN 90-AN

www.cla-travel.asia

Terlalu lama tidak menulis, seakan segala idea menulis hilang dalam larut malam. Maaf para penggemar tulisan saya. Hari ini saya sajikan sebuah tulisan segar dan beraroma nyaman buat semua.
Kembali ke zaman 90-an
Mengembara ke zaman 90-an. Sebuah zaman yang penuh dengan kenangan, tawa, suka dan bahagia meski, tak dinafikan ada duka terselit diantaranya. 

Era yang paling dicemburui oleh generasi internet atau generasi gila TikTok. Ramai pula yang sudah mulai tidak tahu haruman hutan itu bagaimana ? Beruntunglah bagi mereka yang masih tinggal di kampung, seperti kami. Melihat aliran sungai bersih, menghirup udara segar dari hutan, bermain permainan kanak-kanak zaman dulu dan sebagainya.

Aktiviti sering tergendala oleh aktiviti sekolah yang tiada pernah berpenghujung walau pun, tidak ke sekolah setiap hari. Lambakan kerja sekolah secara online terkadang membatasi pergerakan dan aktiviti kanak-kanak. Setahu saya, segala hal baik harus seimbang. Kanak-kanak harus menikmati usia kanak-kanak supaya ketika mereka meningkat besar, mereka turut membawa kenangan indah bersama mereka selain pelajaran sekolah atau pelajaran tentang kehidupan. 
Kembali ke zaman 90-an
Biar kanak-kanak menelusuri kehidupan normal, seperti kita yang lalu. Hari ini, selain kembali memungut memori lalu di tempat permainan zaman hingusanku, kanak-kanak dari generasi ini kami biarkan meneroka dan menikmati sendiri suasana bahagia yang pernah kami rasakan dahulu, untuk mereka nikmati  dan  kumpul dalam kotak memori bahagia mereka sendiri.

Ketika melihat kanak-kanak ini bahagia, saya menyedari bahawa saya juga sebahagia itu, di zaman 90-an. Malah, mungkin lebih bahagia. Lebih lasak, lebih bersifat berani. Tersandung sedikit, luka atau calar adalah biasa. Terkadang, hadiah dari sebuah kelasakan adalah rotan dari orang tua. Hakikat yang menjadikan generasi 90-an sebagai generasi berani dan bukan 'sotong'. 


Catat Ulasan

0 Ulasan