TRAVEL : 10 TIPS MELANCONG YANG WAJIB ANDA TAHU

www.cla-travel.asia

Melancong memang idaman semua orang kerana, ia amat menyeronokkan serta dapat merelaxkan  minda. Selain itu, ia mampu menambahkkan pengalaman dan ilmu kepada setiap pelancong. Namun, ramai yang tidak tahu, sebenarnya melancong juga memerlukan kebijaksanaan dan jangan pula, pergi melancong hanya kerana ikut-ikutan lalu fikiran menjadi kusut. Saya sediakan 10 Tips melancong yang wajib anda tahu bagi memudahkan aktiviti melancong anda :
TIPS MELANCONG
SENTIASA MENYIMPAN BEG PLASTIK DALAM BEG PAKAIAN

Para pengembara pasti sudah tahu akan hal ini tetapi, kebanyakan para pelancong lupa akan perkara ini. Pastinya anda tidak mahu pakaian terpakai yang berbau hapak itu bercampur dengan pakaian yang belum di pakai. Asingkan pakaian terpakai dengan yang belum di pakai menggunakan plastik.

PASTIKAN KAD BANK ANDA AKTIF

Saya pernah mengalami kad bank tidak aktif ketika berada di Vietnam dan tiba-tiba terjadi emergency untuk mengeluarkan duit. Oleh kerana lupa mengaktifkan kad bank untuk kegunaan international saya sudah membuang masa. Pastikan kad bank anda aktif sebelum pergi melancong. Telefon bank untuk pastikan sekiranya anda membuatnya melalui mesin ATM atau online.

SIMPAN DUIT KECEMASAN

Jangan simpan duit hanya di satu tempat tetapi, adalah bijak menyorokkannya di dalam bagasi untuk keselamatan di waktu yang tak terjangka. Ketika masalah tiba-tiba terjadi seperti kecurian, sekurang-kurangnya anda masih ada duit ‘tersorok’ untuk digunakan bagi mendapatkan bantuan dan pergi membuat laporan di  balai polis.

BALUT BEG PAKAIAN ANDA DENGAN WRAP PLASTIC

Ia kelihatan seakan-akan terlalu berlebihan, pakaian saja kot. Namun, tahukah anda bahawa banyak kes penyeludupan dadah secara sembunyi melalui orang awam tanpa disedari oleh mangsa ? Gunakan servis pembalutan beg dengan tape plastik di Airport kerana ia penting untuk keselamatan beg anda dan menghindarkan kes kecurian berlaku apatah lagi, sindiket penyeludupan yang boleh melibatkan anda.

SENTIASA MEMBAWA HARD COPY PETA TEMPAT YANG ANDA PERGI

Kolot ? tidak. Meskipun kita tahu bahawa dunia hari ini sudah serba canggih dengan teknologi moden, membawa peta masih sangat efektik dan membantu. Lebih baik gunakan peta kerana ia mampu melambatkan proses kehabisan bateri smartphone anda. Pernah lihat orang putih jalan-jalan bawa peta ? Nampak hebat bukan ?

DAHULUKAN GAMBAR PEMANDANGAN

Hal ini selalu saya lupakan. Ketika menulis artikel baru sedar bahawa ‘kenapalah saya tidak ambil gambar pemandangan saja?’. Sebenarnya agak rugi melancong di tempat yang indah tetapi, tidak mengambil gambar pemandangan indah sebagai kenangan.

SIMPAN DOKUMEN PERJALANAN DALAM SATU FAIL

Mula-mula dulu memang serabut nak cari dokumen semasa melancong kerana memang ‘cincai’. Sibuk menyelongkar beg untuk mencari dokumen perjalanan dan Pasport ketika check-in di lapangan terbang. Untuk memudahkan perjalanan, simpan semua dokumen penting dalam satu beg atau fail khas.

GUNAKAN TRAVEL KIT

Travel kit mampu menyelamatkan anda. Gunakan travel kit khas untuk bahan-bahan cecair seperti sabun mandi, syampu dan pencuci muka bersaiz kecil. Pastinya anda tidak mahu keperluan anda dihalang masuk pesawat ketika pemeriksaan beg di kaunter pelepasan. Selain itu, travel kit mampu menjimatkan ruang beg anda.

PASTIKAN ANDA TAHU DI MANA PEJABAT KEDUTAAN

Ia hal terpenting dan serius yang harus anda tahu. Jangan pernah berfikir bahawa anda tidak akan pernah mengalami masalah ketika berada di luar negara. Sebelum melancong, pastikan anda research dan catat alamat pejabat kedutaan  dan simpan di tempat selamat. Senang nak berurusan ketika tiba-tiba terjadi masalah !

REHAT UNTUK HILANGKAN JET-LAG

Sebenarnya lain orang lain keadaan. Ketika saya travel ke Eropah, setibanya di sana saya tiada masalah jet-lag. Namun, bagi sesetengah orang, sangat diperlukan rehat untuk menghilangkan jet-lag sebaik tiba di destinasi  bagi yang merentas zon masa berbeza.

Catat Ulasan

0 Ulasan