HAMPIR MATI DI GUNUNG IJEN, SURABAYA INDONESIA

www.cla-travel.asia

Hal terbaik dari sebuah perjalanan atau travel adalah 'kenangan' yang menghidupkan, membahagiakan dan tetap semangat. Oleh kerana dunia belum mahu membuka pintu kepada orang luar maka, kita hanya mampu mengingat dan bercerita akan pengalaman kita semasa travel. 
Trip To Surabaya, Indonesia
Tidak semua perjalanan adalah mulus tanpa kesulitan namun, justeru rasa sukar itulah yang membuat sebuah perjalanan tertanam di dalam memori ingatan, dalam-dalam. Terkadang perjalanan untuk ke suatu tempat sangat berjarak jauh dari permulaan di mana tempat kita berdiri. Terkadang jarak lapangan terbang ke lokasi yang ingin kita tuju adalah sangat jauh, sejauh satu hari perjalanan menggunakan kenderaan darat. Lalu, ada mulut mengeluarkan kata ''untuk apa membuang waktu sebanyak itu?''. Namun, kata-kata sedemikian rupa tidak perlu di jawab kerana, dia memang tidak pernah merasakan nikmat yang kita miliki ketika tiba di tempat tersebut dan rasa apa yang tinggal di hidup kita ketika melakukan perjalanan tersebut.

Kali ini, saya memilih Gunung Ijen sebagai dasar penceritaan dari hati yang terbuka untuk berbagi cerita. Perjalanan dari siang hingga  hampir tengah malam.  Artikel lanjut boleh di baca di sini. Namun, ada hal yang belum saya tuliskan sepenuhnya. Tiba di Motel Catimor pada tengah malam,  tidur sebentar dan jam 3 harus bergerak menuju ke Gunung Ijen. Harus awal untuk melihat matahari terbit. Sekali lagi, kata orang ''rupa matahari terbit sama di semua tempat''. Kamu yakin ? meskipun matahari hanya satu, cara terbitnya juga sama, tetapi, panorama di setiap tempat itu berbeza. Apapun, kami gagal melihat matahari terbit kerana, waktu itu gerimis turun. Ketika memulai perjalanan hujan turun satu per satu, lembut dan mungkin hanya sebagai tanda selamat datang kepada kami. Kami tidak mengeluh, berjalan terus tanpa disedari gerimis sudah berhenti.

Meski kami satu kumpulan, kami berjalan sedikit jauh di antara satu dengan yang lain. Pastinya dengan iringan malim gunung. Gunung Ijen merupakan gunung berapi aktif. Dengan kata lain, ia boleh meletus bila-bila masa sahaja. Kami naik hingga ke puncak dan setibanya di atas puncak, kami kami perlu turun lagi hingga ke dalam gunung. Kenapa harus turun lagi? Kerana, di sana terdapat tasik kawah terindah. Juga, blue flame yang hanya ada dua di dalam dunia.

Klimaks cerita bermula apabila salah satu daripada ahli kumpulan kami tiba-tiba sesak nafas dan tidak mampu berjalan. Kami hanya mendengar berita daripada para malim gunung yang ada. Kami tidak melihat rakan kami. Kami juga tidak tahu sejauh mana lagi perjalanan yang harus kami tempuh ? Yang kami tahu adalah berjalan terus dan percaya bahawa semuanya baik-baik sahaja.

Kami berjalan di bawah samarnya rembulan dan bintang-bintang. Sejuk hembusan angin pergunungan. Semakin kami mendekati puncak gunung, semakin kuat bau sulfur masuk ke rongga pernafasan kami. Malim gunung berkata, 'kawan kamu tidak mampu berjalan, dia harus di dorong dan naik telolet'.

Banyak tawaran untuk naik telolet hingga ke puncak tetapi, melihat kepada bentuk muka bumi ia adalah mustahil dalam dalam kegelapan. Jika salah dorong, kereta sorong/telolet itu akan jatuh dari paras yang tinggi. Saya memilih untuk tetap berjalan kerana, saya sedang bahagia waktu itu. Sedikit lelah kurang dirasakan. Apatah lagi, dijanjikan dengan panorama yang pasti mempesonakan ketika tiba di puncak dan bawah gunung Ijen.

Sepatutnya matahari sudah terbit tetapi, oleh kerana cuaca waktu subuh adalah hujan maka, sinar matahari tidak kelihatan. Berjalan, berjalan dan terus berjalan. Tiba-tiba angin lembut bertiup tetapi, tidak semesra tadi. Kali ini ia berhembus membawa udara sulfur yang mematikan. Syukur kami diperlengkapi dengan topeng oksigen dan dapat bernafas dengan mudah.

Tiba di puncak, kami kami  turun ke bawah pergunungan lagi. Tanjakannya curam, jalannya sempit dan harus berselisih dengan para pengangkat belerang. Tidak mudah namun, semangat jitu membuat hati kami kental untuk meneruskan perjalanan.

Ketika siang hampir menjelma, terang mulai menguasai alam, kami dikejutkan dengan panorama alam yang sungguh luar biasa. Di sebalik gunung yang tinggi, di sana tersembunyi tasik yang sangat indah. Benarlah, untuk mendapatkan sesuatu yang indah tidak semudah memejamkan mata. Semua harus dengan usaha. Pengalaman ini tidak mudah saya lupakan atau, tidak mungkin terpadam dari kotak memori saya.

Catat Ulasan

2 Ulasan

Rohman berkata…
Need Exercise lah tuk sampai puncak Kawah Ijen....Tapi Semangat tidak menghianati Hasil, Tour Package Bromo Ijen 3 Days memang Mantap
dani berkata…
pesona alam wisata kawah ijen sangat mempesona dengan penambang belerang dan blue fire sangat indah hanya ada di 2 negara salah satunya indonesia mount bromo ijen tour package