www.cla-travel.asia
Hampir semua pengikut saya di sosial media tahu saya pernah ke travel Vietnam dan tahu bagaimana cara saya memuji keindahan tempat yang saya tujui itu. Bukan pujian berlebihan yang sengaja dilemparkan supaya ramai yang kemudian mahu melancong di Vietnam atau, tepatnya di Halong Bay.
Kali ini saya akan bercerita tentang kota Hanoi. Kota Hanoi merupakan tempat di mana semua orang mudah sesat. Bahkan, lupa diri ! merujuk kepada saya dan kumpulan, berjalan di malam hari benar-benar menguji tahap ingatan. Bayangkan, ketika keluar dari hotel, kota Hanoi masih agak lengang...semakin malam mejadi pekat, semakin ramai manusia berkeliaran. Benar seperti kata orang tentang kota ini sebagai kota burung hantu kerana, kota ini tidak pernah tidur di malam hari. Kami sesat mencari jalan pulang ke hotel. Kota ini tidak terlalu besar tetapi, manusia berselisih bahu dengan kita membuat kita sukar untuk melihat arah yang tepat.
Kota ini juga dipenuhi dengan para pelancong orang puteh bak kita berada di kota Barat gayanya. Tidak hairan ramai bercerita bahawa ramai pula yang sesat bukan kerana mencari jalan kembali ke hotel sendiri tetapi, sering lupa siapa dirinya ketika berada di kota burung hantu itu.
Selalu bermain diingatan, jika tiba-tiba kota ini di bom, maka tamatlah riwayat kami. Bukan terlalu kolot pada pemikiran tetapi, itulah yang terjadi ketika kami berada di kota Bangkok beberapa tahun sebelumnya. Tepat di mana kaki kami berpijak, di sana bom dilemparkan.
Orang Vietnam tidak jauh beza dengan orang Borneo, wajahnya cerah dan kelihatan ala-ala Korea. Cuma matanya tidak sepet dan bertubuh langsing. Bahkan, ketika membeli tiket melawat satu lokasi, kami dianggap sebagai warga tempatan dan membayar harga tempatan. Malam terakhir di kota Hanoi, saya sempat membantu seorang wanita penjual menjual sate. Di tengah kesibukan manusia ke hulu ke hilir, di sana saya memanggil-manggil orang untuk membeli ''sate, sate, delicious sate''. Berada di tengah orang asing dan tidak pula menggunakan bahasa seharian kita, mengajar kita untuk tetap bertatasusila dan menghargai rakyat negara tersebut.
Sambil menjual sate, mata melilau melihat suasana malam yang gemerlapan. Sesekali bertukar senyum dengan orang yang lalu-lintas. Jika sedikit lebih lama di sini, saya khuatir ada rakyat Vietnam yang mahu saya terus menghuni di sini.
Destinasi seterusnya adalah Sapa Village, Vietnam tetapi, apakan daya semua laluan antarabangsa masih di tutup daripada menerima tetamu asing disebabkan oleh Covid-19. Sapa Village merupakan kampung pelancongan di lereng bukit dan banyak babi berkeliaran.
0 Ulasan