DOMESTIC TRAVEL : KIONSOM WATERFALL, KOTA KINABALU SABAH

Untuk masa ini, travel merentas negeri pun masih kena fikir banyak kali. Apatah lagi, merentas benua. Memang tidak dibenarkan. Tidak apalah, negeri kita pun kaya dengan tempat menarik. Kali ini saya memperkenalkan kepada anda semua sebuah lokasi air terjun paling terkenal di daerah Kota Kinabalu iaitu; Kionsom Waterfall.
KIONSOM WATERFALL
Ia terletak di penghujung jalan raya Kionsom, lebih kurang 8KM dari pekan Inanam. Sebuah contoh yang selalu saya angkat ketika menulis karangan tentang alam sekitar semasa tingkatan lima. Sebuah alam yang masih tertatah rapi, dibungkus kabus pada awal pagi. Tempat di mana saya sering berada semasa berusia belasan tahun. Air terjun ini mempunyai tujuh tingkat dan semua sudah saya lawati.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan selain mandi-manda adalah, abseiling dan aktiviti riadah mencari ilham. Air terjun ini pernah digunakan sebagai lokasi dunia untuk TV Reality Show ''Amazing Race''. Boleh cari program tersebut di YouTube.

Mungkin ada yang risau kalau-kalau Kionsom Waterfall ni jauh dan terpencil. Jangan risau, lebih kurang 100 meter sebelum ke air terjun anda akan melihat satu lagi destinasi pelancongan dunia iaitu; Mari-Mari Cultural Village dan Nuluhon  Garden Retreat House. Sebelum tiba ketiga-tiga destinasi ini anda akan melihat sebuah kampung permai Homestay Desa Cinta Kobuni, Shalom Valley dan Kionsom Baptist Retreat Centre. 

Ia memang sebuah lokasi jauh dari kemajuan kota, sebaiknya harus terus begitu tetapi, dengan syarat harus dilengkapi dengan keperluan asas dan keselamatan. Yuran masuk untuk warga Malaysia adalah RM1.50 (saya kurang pasti harga terkini) yang pasti tidak mahal dan berbaloi dengan nikmat ketika anda menghirup udara segar dan berenang bebas di sini. 

Jangan bimbang kalau anda tidak ada kereta kerana, ada pengangkutan awam dan GRAB juga boleh sampai di sini. Jom travel dalam Malaysia !

Catat Ulasan

0 Ulasan