DREAM TRAVEL : TIGA NEGARA IMPIAN

Setiap orang mempunyai impian dan semua orang di ajar untuk memiliki impian. Saya masih mengingat guru-guru di Malaysia wajib bertanyakan kepada murid-murid semasa berada di sekolah rendah ''mahu menjadi apa ketika dewasa kelak?''. Kebanyakan murid mahu menjadi kerani dan cikgu kerana, hanya itu pekerjaan yang mereka tahu atau, dahulu kanak-kanak kurang diperkenalkan dengan jenis-jenis pekerjaan yang ada di dalam dunia ini. Semua berhak untuk mempunyai impian. Jangan pernah gagal bermimpi dan jangan pula lupa untuk mengakhiri mimpi tersebut dengan sebuah kejayaan.
DREAM TRAVEL
Salah satu pemandangan di TIBET
Tiga negara paling mahu saya lawati adalah; New Zealand, Israel dan Tibet. Ketiga negara ini masih sempurna dalam kotak 'impian' dan suatu hari cepat atau lambat pasti akan terealisasi. ''Usaha adalah nama lain bagi sebuah kejayaan'', bagi pembaca setia blog ini anda pasti sudah sering melihat ayat ini. 

Kenapa harus New Zealand ? mengikut statistik travel, negara New Zealand merupakan salah satu negara paling selamat untuk traveler solo wanita dan kurang kes jenayah. Meskipun, saya tidak berhasrat untuk travel secara solo namun, ia membuktikan bahawa ia kota selamat untuk travel berbanding dengan ketika anda berada di Mumbay, India. Nampak lagi gambar orang lain ketika berada di Wai-O-Tapu Thermal Wonderland, Rotorua...fuh ! North Island dan South Island, New Zealand  dipenuhi dengan lokasi menarik dan memukau mata. 

Lepas tu, kenapa saya mahu ke Israel pula ? Israel tidaklah seindah New Zealand tetapi, saya mendengar nama negara ini sejak kecil. Israel adalah negara sejarah, Israel adalah kampung dan wajib dilawati. Meski Malaysia-Israel tidak mempunyai hubungan diplomatik tetapi, rakyat Malaysia masih boleh memasuki negara tersebut. Saya pernah menulis beberapa tahun yang lalu bahawa, saya akan melawat negara Israel pada tahun 2023. Maknanya, topik ''Israel Travel'' di dalam blog ini sudah semakin dekat.

Negara ke tiga yang ingin sekali saya tuju adalah Tibet. Tibet merupakan wilayah tertinggi di bumi dengan rata-rata ketinggian mencapai 16,000 kaki. Saya pernah membaca sebuah buku menyatakan bahawa lapangan terbang Tibet merupakan salah satu tempat mendarat paling bahaya di dunia. Ia kerana faktor muka bumi. Saya tidak tahu tentang sekarang, buku tersebut sudah lama. Untuk sampai ke Tibet satu buku yang wajib dilahap oleh kita adalah Exile from the land of snows dan Seven Years in Tibet. Negara Tibet turut terkenal sebagai ''negeri atap dunia''. Saya mahu travel ke Tibet kerana ia bersempadan dengan Nepal; Bhutan, India, serta Xianjing, Qinghai, Sichuan, dan Shangri-La di China. 

Catat Ulasan

0 Ulasan