FULL TIME BLOGGER || BLOGGER SEPENUH MASA

www.cla-travel.asia

Akhirnya saya menjadi blogger sepenuh masa, saya telah berhenti kerja. Pasti ramai yang bertanya kenapa saya berhenti di tengah krisis ekonomi masa kini ? ketika orang lain berikthiar untuk tetap berada di tempat kerja, berusaha semaksima mungkin untuk menjadi pekerja mithali sehingga tidak di buang semasa pengurangan pekerja. 

Saya memiliki alasan tersendiri. Saya sangat percaya diri bahawa saya mampu berdiri tanpa support daripada pekerjaan 8-5 setiap hari. Saya berhenti kerana majikan saya tidak memerlukkan saya lagi. Saya berhenti kerana seorang perempuan bernama Precious Cla tidak dibenarkan untuk memiliki kekasih sendiri. Majikan saya tidak fokus bekerja ketika dirinya mengetahui saya memiliki kekasih. Peristiwa yang sama terjadi ketika saya memiliki seorang lelaki pada tujuh tahun lalu. Pelbagai alasan diciptakan untuk memberhentikan saya. Katanya ''para pelanggan sering meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap saya''. Munafik ! 

Saya mengerti dengan sangat jelas bahawa dia tidak mahu saya bercinta. Meski pada usia seperti ini? Biadap sungguh ! Saya merancang untuk berkahwin pada usia sebelum menjejak usia 30. Namun, kerana kemunafikkannya saya tidak meneruskan hubungan tersebut. Itu kisah tujuh tahun lalu, so, it's okay. Saya meneruskan kehidupan dengan setumpuk rasa benci kepadanya. Setiap malam saya harus bertaubat kerana takut jika, tiba-tiba di waktu malam saya mati dan masuk neraka kerana tidak pernah melepaskan pengampunan.

Saya bercuti selama 9 hari. Pertama kali selama saya bekerja sepanjang 12 tahun. Biasanya saya bercuti paling lama adalah 3 hari. Peruntukan cuti adalah 14 hari dan selama tempoh 12 tahun saya tidak pernah menghabiskan cuti tersebut. Cuti untuk tahun 2019 dan 2 hari untuk tahun 2020 dengan jumlah 9 hari. Sampai di rumah pada jam 1.00 am pada 3 Januari dan saya harus terus masuk pejabat pada jam 8 pagi. Ada beberapa dokumen yang katanya sangat urgent ada di atas meja. Saya menyelesaikan semuanya, hari itu juga. Saya mengingat ada beberapa typing error yang saya lakukan dan itu sangat biasa dalam industri kesetiausahaan. Saya tidak melakukan kesalahan sendirian, orang lain juga melakukan kesilapan. Bezanya, saya  tidak boleh melakukan kesilapan tetapi, orang lain tidak apa-apa. Majikan saya tidak pernah bercakap dengan saya sejak saya kembali bercuti. Semua  arahan adalah melalui nota-nota kecil. Terkadang dia hanya melemparkan dokumen ke atas meja saya. 

Harus diingat, saya hanyalah manusia biasa yang memiliki perasaan. Bukan malaikat tulus yang selalu sabar. Saya berasa sangat bodoh kerana masuk dalam industri kerjaya yang dikatakan sangat professional itu. Saya melakukan semua tugasan sendiri termasuk memeriksa email, menyambut telefon, belajar sehingga pandai tentang semua sistem baru Akta Syarikat, memasukkan semua data secara dalam talian sendirian, gaji pekerja, aktiviti menaip, fotostat dokumen dan banyak lagi saya lakukan tanpa bersungut-sungut. Belum siap satu kerja, datang kerja yang lain. Gaji ? sangat biasa. tiada apa yang harus saya banggakan dengan gaji yang saya terima. Semua saya jalani dengan ucapan syukur kepada Tuhan. 

Saya bekerja sambil bersekolah. Yuran universiti tidak murah, sedangkan gaji saya tidaklah terlalu memberansangkan. Satu kebodohan terbesar saya adalah menolak beberapa tawaran kerja di Kerajaan. Bodoh amat ! Saya berhenti universiti bukan kerana saya bodoh tetapi, saya penat. Saya mengalami masalah kewangan. Saya dilihat sebagai manusia yang tidak mempunyai kelayakan kerana saya tidak pernah menggenggam segulung ijazah. Jauh dilubuk hati saya, saya masih berasa pintar berbanding beberapa manusia yang kononnya berjaya menamatkan kuliah dengan ijazah. Siapa kata penuntut Universiti semuanya bijak belaka, tidak semestinya. Tanpa kelayakan, saya dibayar dengan nilai rendah. 

Saya bertahan dipandang jijik oleh majikan saya selama 3 bulan. Saya menyerahkan surat letak jawatan saya, akhirnya ! perkara yang ingin saya lakukan sejak tujuh tahun lalu tetapi, masih saya tahan kerana saya perlu berdoa minta jawapan dari Tuhan. Akhirnya tahun ke tujuh, Tuhan menjawab doa saya. Tujuh tahun lamanya, baru saya mendapatkan jawapan. Tiga bulan lamanya majikan saya tidak pernah bercakap dengan saya tetapi, sering menghantar mesej kepada orang lain untuk mengetahui kisah saya. Bodoh amat ! untuk apa ? tujuannya apa ? munafik sungguh. Petang, jam 5 - saya menghantar surat letak jawatan saya. Awal pagi keesokan harinya dia memanggil saya. Untuk pertama kali dia bercakap dengan saya. Pasti hatinya sedang bersorak kegembiraan kerana akhirnya, seorang pekerja dia mahu berhenti kerja. 

Ketika memberikan surat berhenti kerja tersebut, untuk pertama kalinya dalam tempoh saya bekerja saya berasa puas hati dan hilang tekanan. Bebas. Bahagia. Oh, sebenarnya dia ada memanggil saya sekembalinya saya dari bercuti. Dia menyiasat saya. Bercuti dengan siapa. Dia mengatakan bahawa ibu bapa saya tidak berani menasihati saya. Benarkah ? tahu sangatkah dia tentang hidup keluarga saya ? bagaimana pula dengan kisah anaknya ? sekudus apa kehidupan mereka sehingga mahu bersusah-payah mengorek kisah hidup saya? kenapa hanya saya dan bukan orang lain. Saya penat dengan sandiwara munafiknya. Siapa saya sehingga dia mahu mengawal saya seketat itu ? saya benci sikapnya. 

Setelah saya menyerahkan surat tersebut, esoknya dia memanggil saya. Kenapa mahu berhenti ? katanya lagi bahawa dia tidak pernah menyuruh saya berhenti. Memang tidak pernah, saya sendiri mahu berhenti. Hati saya harus pulih dari segala rasa benci. Mahu saja saya katakan ''jangan berlakon, bertaubatlah''. 

Saya akhirnya bahagia melakukan tugasan online saya, menerima upah lebih tinggi daripada apa yang saya dapatkan sebelumnya. Saya tidur ketika mahu tidur, makan bila-bila masa. 

Seorang client yang dikatakan complaint kerana kerja saya teruk, akhirnya menghantar mesej kepada saya setelah saya berhenti. Dia mahu saya bekerja dengan dia tetapi, situasi sekarang belum mengizinkan dia menambah pekerja. Saya tidak mahu kerja bermajikan nyata, saya bebas dengan cara online. Saya juga tahu, sebenarnya tiada client yang mengajukan complaint, hanya dongeng belaka. 

Munafik.

Saya bahagia tanpa stress
Saya memilih untuk melangkah jauh memulai kehidupan.

Catat Ulasan

0 Ulasan