REVIEW : JAKARTA UNDER COVER II

Buku seberat 350g ini benar-benar menyingkap kehidupan malam di Jakarta. Buku tulisan Moammar Emka menyatakan bagaimana dunia gila dan asyik di kota Jakarta dari wanita murah kepada harga termahal, dunia alkohol dan asap rokok bersatu menjadi pujaan ketika hanyut dalam keseronokan satu malam. 
JAKARTA UNDER COVER II
Banyak lokasi diungkapkan dan banyak reaksi diterjemahkan melalui tulisan ini. Saya yakin buku ini sangat digemari oleh para lelaki dan sebolehnya mereka tidak mahu wanita membacanya. Penggunaan bahasa masih sangat wajar meski ceritanya khusus 18+. Buku ini di tulis dalam bahasa Inggeris.

Buku ini menyebutkan beberapa tempat terkenal sebagai tempat aktiviti pelacuran dilakukan. Makanya, jika pasangan kamu mahu travel ke Jakarta sendirian atau bersama kumpulan lelaki sahaja, jangan sampai mereka membaca buku ini. Buku ini menyatakan banyak tempat untuk mendapatkan 'mami' untuk membeli anak-anak muda dari dalam negara Indonesia atau luar negara seperti China, Uzbekistan dan Thailand. 

Membaca pun mampu membuat kau mengutuki mereka yang terlibat ''bodoh sungguh'' tetapi, ramai juga di antara pelaku terpaksa melakukan untuk support ekonomi keluarga atau pendidikan mereka. Namun, ramai diantaranya ketagihan dengan wang yang banyak sehingga meneruskan pekerjaan tersebut dan mahu membuka perniagaan menjual tubuh. 

Jakarta Under Cover tidak hanya menampilkan refleksi cinta, pesta dan realiti tetapi juga, membuktikan bahawa Jakarta itu sleepless tidak pernah tidur.

Secara keseluruhannya, saya suka buku ini dan saya bagi 4/5.

Catat Ulasan

0 Ulasan