www.cla-travel.asia
Kisah Veveonah
Mosibin yang bermalaman di atas pokok demi mendapatkan akses internet yang
lebih baik untuk menjawab peperiksaan atas talian, telah menarik perhatian Shopee.
Platform e-dagang tersebut menghantar sebuah pasukan ke Kg Sapatalang, Pitas,
bagi mengunjungi pelajar berusia 18 tahun itu dan memberikannya sebuah Shopee Care Package.
Setelah
mendengar kisahnya, Shopeemenghubungi Veveonah untuk lebih memahami keperluannya.
Platform e-dagang itu kemudian menyediakan sebuah kit yang terdiri daripada komputerriba,
telefon pintar, beg galas, pembesar suara Bluetooth tanpa wayar, fon kepala, powerbank dan jam pintar bagi membantu Veveonah
dalam pendidikannya. Peruncit Shopee Mall, N4 Camera Store, yang mengetahui tentang
minat Veveonah dalam pembuatan video YouTube juga menghulurkan tajaan tripod
dan lampu cincinuntuk memberi sokongan kepada hobinya.
Ketika ditemui
di kampungnya di Pitas, Veveonah meluahkan rasa gembira menerima Shopee Care Package itu. “Komputer riba ini
amat berguna kerana komputer riba lama saya telah rosak. Dengan gajet baharu ini,
saya boleh menggunakannya ketika belajar dan juga untuk merakam video dengan kualiti
yang lebih baik. Selama ini, saya mengedit video menggunakan telefon bimbit
yang mengambil masa yang lama untuk disiapkan,” kata Veveonah.
Meskipun cita-citanya
adalah untuk menjadi seorang pensyarah, Veveonah berkongsi bahawadirinya akan meneruskan
usaha untuk menjadi seorang YouTuber dan
content creator demi menyebarkan sikap
positif kepada komuniti dan juga penonton. “Selain vlogging, saya juga berminat dalam penstriman langsung e-sukan.
Dengan komputer riba yang diberi, saya kini boleh mendalami penstriman permainan
seperti Counter-Strike, Dota dan Warcraft III.”
Memahami bahawa cabaran
yang dihadapi Veveonah mungkin dialami oleh ramai belia yang lain, Shopee juga
telah mencipta kempen Shopee Sapot Lokal Bah! dari 16 hingga 18 Julai khas untuk semua warga Sabah. Kempen ini akan menampilkan
produk daripada penjual Sabah dan juga S-Mart Sabah secara eksklusif dengan baucar
menarik untuk barangan keperluan rumah, barangan fesyen, gajet dan banyak lagi bagi
mempamerkan tawaran oleh Negeri di Bawah Bayu kepada rakyat Malaysia. Pengguna boleh
mengetahui lebih lanjut mengenai kempen ini dengan melayari https://shopee.com.my/sapot-lokal .
Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau, Shopee berkata, “Kisah Veveonah, bersama dengan semangat dan kesungguhannya,
memberi inspirasi kepada kita semua di sini di Shopee untuk tidak menggunakan sesuatu
halangan sebagai alasan. Dia mengingatkan kita bahawa kita harus tetap bersifat
tangkas dan menyesuaikan diri dengan apa jua keadaan pun. Perjalanan Veveonah adalah
kisah menarik untuk dikongsi dengan generasi akan datang. Kami mengucapkan selamat
maju jaya untuk perjalanan Veveonah.”
1 Ulasan