[Mendaki Gunung Kinabalu, Sabah]
Gunung Kinabalu merupakan gunung tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 4,095m. Dengan sifat lasak yang ada dalam diri, mendaki gunung Kinabalu bukanlah hal tersukar. Meski demikian, bukan bermakna saya tidak mengalami masalah ketika mendaki gunung Kinabalu. Sering kali orang beranggapan bahawa mendaki gunung hanyalah sebuah aktiviti membuang masa. Melelahkan dan harga untuk mendaki gunung Kinabalu bolehlah dianggap sebagai agak mahal jika, dibandingkan dengan bayaran tahun awal 2000-an.
Setiap kali berjalan mendaki bukit menuju ke pergunungan, selalu ada rasa ''sebenarnya untuk apa saya di sini"? berjalan kilometer demi kilometer, jarak terasa semakin jauh...lelah dan terkadang harus berjalan sendiri. Melangkah selangkah demi selangkah, berjalan tunduk memandang tanah kerana, ada waktu kita berasa sangat lelah untuk melihat sekitar kita. Namun, dikebanyakan waktu, suasana sekitarlah yang banyak menghibur dan memberi semangat untuk tetap melangkah. Seakan, dedaunan hijau tersenyum segar memberi semangat untuk jangan patah semangat. Berhentilah ketika penat, nikmati alam sekitar yang ada. Semakin jauh kita berjalan, aroma nyaman hutan semakin dirasakan.
Sepanjang perjalanan hanya satu 'tekanan' yang dirasakan iaitu ''jauh lagikah rumah penginapan"?, selain itu, tidak ada. Peluh yang mengalir seakan turut membawa 'tekanan' yang lain pergi. Kita melupakan pekerjaan. Melupakan kesibukan-kesibukan kita. Kita hanya berfokus kepada tujuan kita ''untuk sampai cepat-cepat ke rumah penginapan''. Tiga kali pertama mendaki gunung Kinabalu, saya melakukan dengan santai, tanpa penat dan sakit kaki yang melampau. Usia muda katakan...
Pendakian ke 7,8 dan 9 saya mulai merasakan penat dan semakin tidak bersemangat. Puncak bukan lagi tujuan. Sijil berwarna tidak lagi penting. Pada pendapat saya, puncak itu tetap sama. Matahari terbit dari arah yang sama. Cara sang suria menggoda manusia masih sama.... sebenarnya, itu hanyalah sebuah kata penyedap hati. Saya masih rindu menyaksikan indahnya matahari terbit dari puncak gunung. Sinarnya menyebar luas. Kuasa Tuhan sangat nyata kau rasakan ketika berada di pergunungan. Betapa sayangnya Tuhan terhadap kita. Ketika saya menulis, saya sangat jujur dengan setiap kata yang dicoretkan. Saya bukan tidak jujur ketika berbicara lisan cuma, saya kurang pandai menyusun kata ketika berbicara lisan. Saya kurang pandai menceritakan keindahan pergunungan dengan perkataan mulut tetapi, tulisan ini menyatakan segalanya.
Pergilah mendaki gunung, hatimu akan tenang. Pergilah mendaki gunung, pengalaman yang kau dapatkan tidak akan pernah sama dengan perjalanan biasa di tanah yang rata dengan pemandangan yang indah. Mendaki gunung melibatkan mental dan fizikal. Ketika kau berjaya menakluk puncak gunung, detik itu akan terbit satu kepuasan dari dalam sanubarimu.....kepuasan yang sukar diungkapkan.
Sempena menyahut seruan ''support local tourism'' dan hanya cuti-cuti dalam Malaysia yang dibenarkan, apa kata anda menyelitkan destinasi ''Gunung Kinabalu'' sebagai salah satu lokasi percutian adventure anda. Bagi warga Sabah yang belum pernah mendaki Gunung Kinabalu, inilah waktunya anda merealisasikan impian tersebut.
Gunung Kinabalu terletak di Kundasang dan Kundasang merupakan salah satu pusat pelancongan paling terkenal tidak hanya di Malaysia tetapi, dunia. Tidak pernah dinafikan bahawa negeri Sabah sememangnya kaya dengan tempat-tempat menarik dari lautan hingga ke pergunungan.

1 Ulasan