www.cla-travel.asia
More post ! awesome right ? knowing how I often neglect and barely post anything for months this
must be some record for me, I still have no idea how all dedicated
blogger out there manage to make post almost everyday, I bet they've got
remote to freeze time or magic wand, because it almost impossible for
me. aaah you miss me ? good !
Ketika
melihat kerbau tersenyum sesama mereka, anjing berkeliaran sambil kadang
bercumbu dengan kekasihnya, ayam jantan mengejar betina-betinanya dan burung
berkicauan mesra menyapa hari baru cukup membuat saya bangga dengan kehidupan
saya sebagai orang kampung. Pemandangan indah mewarnai pagiku dan terlintas
dibenak bahawa saya memang benar-benar orang kampung. Bukan menyisih dari
kenyataan melainkan bangga dengan keadaan diri.
Terjamah
dengan beberapa sikap orang kampung yang lari ke bandar dan melupakan asal-usul
dan tidak mengaku bahawa mereka adalah orang kampung merupakan dusta sikap
belaka. Tiada masalahnya menjadi orang
kampung, tiada hinanya menjadi anak
bangsa kampung. Bangun pagi melihat alam hijau, mendengar cengkerik berbunyi, melihat
aliran sungai, menikmati panorama aktiviti kampung, bercucuk tanam dan
sebagainya. Saya tiada masalah !
Sepanjang
ingatanku, zaman kanak-kanak saya adalah zaman yang sangat indah sama seperti
anak-anak Amerika yang cintakan adventure dan cabaran . Hidup tanpa cabaran
sama ertinya memakan popcorn tanpa menonton wayang. Sungguh tidak menarik dan
saya tidak tertarik menikmati hidup yang begitu-begitu saja tanpa cabaran.
Cabaran mendewasakan dan menguatkan. Membuat hidup bertambah hidup dengan
variasi dan keindahan semulajadi.
Bersama
rakan satu batch, seksi dan comot masuk hutan keluar hutan. Berjemur sambil
menikmati sejuknya sungai, terkadang mencari dan menangkap ikan di sungai,
bergayut di pokok bak Tarzan Amazon, kala hujan turun membasahi bumi, hati
bertambah riang kerana waktu itu merupakan waktu yang paling tepat untuk
mencari tanah tinggi dan melakukan aktiviti slide mengotorkan pakaian dengan
tanah. Hanya orang kampung mampu melakukannya (kecuali orang puteh kerana mereka memang telah ditakdirkan berjiwa adventure) ! Bandar ? sila main
gadget anda di dalam rumah mewah kamu. Hahaha – sebenarnya tiada orang yang
benar-benar bergelar orang bandar, kebanyakan darinya terhasil dari keluarga
kampung yang berhijrah kebandar atas sebab-sebab menjual tanah, melarikan diri
dari keluarga, bekerja dan membeli rumah di bandar dan bermacam alasan
lainnya. Ada di antara mereka berasa
jelek dengan orang kampung walhal, pada hakikatnya mereka itu jauh lebih teruk
kerana kurang menikmati hidup dan jarang menghidu kesegaran alam hijau.
Kampung
tidak bermaksud kampungan. Orang bandar yang lupa diri boleh saja dikatakan kampungan tetapi, orang
kampung yang bijaksana mampu menakluki dunia. Siapa Tun Dr Mahathir sebelum dia
menjadi sekarang ? hanya seorang budak kampung yang biasa-biasa saja. Siapa
Barrack Obama sebelum sekarang ? hanya seorang budak kampung yang tidak lebih
dari manusia biasa-biasa saja. Siapa Lin Dan sebelum sekarang ? hanya seorang budak
kampung yang sukakan badminton. Siapa
mereka sekarang ? kuak dada luaskan
pandangan, anda tahu menilai jawapan anda sendiri.
Orang
kampung selalunya dan dikebanyakan waktu merupakan individu-individu yang
berjaya mengorak langkah mengangkat nama dipersada dunia. Bukan mereka yang
bergelar orang bandar. Logiknya, tidak ada yang benar-benar berasal dari bandar.
Semua asal dari kampung !
Tiada
apa perlu dibanggakan bila mana kau duduk dalam bandar, bangunan-bangunan
pencakar langit itu bukan milikmu. Lebih baik tinggal dikampung, tiap hari memijak
tanah. Tak pelru berbangga pada konkrit dan tapak kasut yang tak pernah
menyentuh tanah kerana suatu hari kau akan tertanam didalam tanah. Waktu itu
kau akan terkejut…''eh, beginikah rasanya tanah?... '' (haha). Makanya, belajar
menikmati tanah dari sekarang kerana suatu hari kau akan ditimbus tanah. Jika
tak belajar dari sekarang, suatu hari nanti kau akan terkejut beruk dibawah
sana dan cacing-cacing akan mentertawakan kau. :P
Cukup
menjadi asli tetapi bijaksana dan berfikiran global daripada mengaku bandar
tetapi IQ lemah dan tidak berkualiti. Saya suka ke bandar kerana saya orang
kampung dan alangkah indahnya suasana jika orang bandar turut suka ke kampung
kerana dia orang bandar. Saling memandang sasama manusia sebagai bermanfaat dan
bukan berasa diri lebih hebat dari orang lain. Lokasi bukan menjadi arena
pertaruhan kau hebat dan saya tidak.
Lokasi menjadi tempat dimana jati diri ditemukan samaada kau asli atau
hanya tiruan.
Mengembaralah
dimanapun disudut dunia ini, kau tetap membawa asal-usulmu – asal dari
kampung !
0 Ulasan