Asal Dari Kampung !

www.cla-travel.asia

More post ! awesome right ? knowing how I often neglect and barely post anything for months this must be some record for me, I still have no idea how all dedicated blogger out there manage to make post almost everyday, I bet they've got remote to freeze time or magic wand, because it almost impossible for me. aaah you miss me ? good

PRECIOUS CLA
Ketika melihat kerbau tersenyum sesama mereka, anjing berkeliaran sambil kadang bercumbu dengan kekasihnya, ayam jantan mengejar betina-betinanya dan burung berkicauan mesra menyapa hari baru cukup membuat saya bangga dengan kehidupan saya sebagai orang kampung. Pemandangan indah mewarnai pagiku dan terlintas dibenak bahawa saya memang benar-benar orang kampung. Bukan menyisih dari kenyataan melainkan bangga dengan keadaan diri.

Terjamah dengan beberapa sikap orang kampung yang lari ke bandar dan melupakan asal-usul dan tidak mengaku bahawa mereka adalah orang kampung merupakan dusta sikap belaka. Tiada masalahnya  menjadi orang kampung, tiada  hinanya menjadi anak bangsa kampung. Bangun pagi melihat alam hijau, mendengar cengkerik berbunyi, melihat aliran sungai, menikmati panorama aktiviti kampung, bercucuk tanam dan sebagainya. Saya tiada masalah !

Sepanjang ingatanku, zaman kanak-kanak saya adalah zaman yang sangat indah sama seperti anak-anak Amerika yang cintakan adventure dan cabaran . Hidup tanpa cabaran sama ertinya memakan popcorn tanpa menonton wayang. Sungguh tidak menarik dan saya tidak tertarik menikmati hidup yang begitu-begitu saja tanpa cabaran. Cabaran mendewasakan dan menguatkan. Membuat hidup bertambah hidup dengan variasi dan keindahan semulajadi.

Bersama rakan satu batch, seksi dan comot masuk hutan keluar hutan. Berjemur sambil menikmati sejuknya sungai, terkadang mencari dan menangkap ikan di sungai, bergayut di pokok bak Tarzan Amazon, kala hujan turun membasahi bumi, hati bertambah riang kerana waktu itu merupakan waktu yang paling tepat untuk mencari tanah tinggi dan melakukan aktiviti slide mengotorkan pakaian dengan tanah. Hanya orang kampung mampu melakukannya (kecuali orang puteh kerana mereka memang telah ditakdirkan berjiwa adventure) ! Bandar ? sila main gadget anda di dalam rumah mewah kamu. Hahaha – sebenarnya tiada orang yang benar-benar bergelar orang bandar, kebanyakan darinya terhasil dari keluarga kampung yang berhijrah kebandar atas sebab-sebab menjual tanah, melarikan diri dari keluarga, bekerja dan membeli rumah di bandar dan bermacam alasan lainnya.  Ada di antara mereka berasa jelek dengan orang kampung walhal, pada hakikatnya mereka itu jauh lebih teruk kerana kurang menikmati hidup dan jarang menghidu kesegaran alam hijau.

Kampung tidak bermaksud kampungan. Orang bandar yang lupa diri boleh saja dikatakan kampungan tetapi, orang kampung yang bijaksana mampu menakluki dunia. Siapa Tun Dr Mahathir sebelum dia menjadi sekarang ? hanya seorang budak kampung yang biasa-biasa saja. Siapa Barrack Obama sebelum sekarang ? hanya seorang budak kampung yang tidak lebih dari manusia biasa-biasa saja. Siapa Lin Dan sebelum sekarang ? hanya seorang budak kampung yang sukakan  badminton. Siapa mereka sekarang ?  kuak dada luaskan pandangan, anda tahu menilai jawapan anda sendiri.

Orang kampung selalunya dan dikebanyakan waktu merupakan individu-individu yang berjaya mengorak langkah mengangkat nama dipersada dunia. Bukan mereka yang bergelar orang bandar. Logiknya, tidak ada yang benar-benar berasal dari bandar. Semua asal dari kampung !

Tiada apa perlu dibanggakan bila mana kau duduk dalam bandar, bangunan-bangunan pencakar langit itu bukan milikmu. Lebih baik tinggal dikampung, tiap hari memijak tanah. Tak pelru berbangga pada konkrit dan tapak kasut yang tak pernah menyentuh tanah kerana suatu hari kau akan tertanam didalam tanah. Waktu itu kau akan terkejut…''eh, beginikah rasanya tanah?... '' (haha). Makanya, belajar menikmati tanah dari sekarang kerana suatu hari kau akan ditimbus tanah. Jika tak belajar dari sekarang, suatu hari nanti kau akan terkejut beruk dibawah sana dan cacing-cacing akan mentertawakan kau. :P

Cukup menjadi asli tetapi bijaksana dan berfikiran global daripada mengaku bandar tetapi IQ lemah dan tidak berkualiti. Saya suka ke bandar kerana saya orang kampung dan alangkah indahnya suasana jika orang bandar turut suka ke kampung kerana dia orang bandar. Saling memandang sasama manusia sebagai bermanfaat dan bukan berasa diri lebih hebat dari orang lain. Lokasi bukan menjadi arena pertaruhan kau hebat dan saya tidak.  Lokasi menjadi tempat dimana jati diri ditemukan samaada kau asli atau hanya tiruan.

Mengembaralah dimanapun disudut dunia ini, kau tetap membawa asal-usulmu – asal dari kampung  !

Catat Ulasan

0 Ulasan