Perhiasan murah tetapi, cantik dan nampak elegant. Bersifat etnik dan sedap mata memandang. Begitulah kata orang tentang perhiasan manik yang saya pakai.
Tidak keterlaluan rasanya bila saya gayakan ia dengan pakaian kasual di hari biasa. Perlukah kita tunggu pesta Kaamatan untuk gayakan perhiasan manik bercirikan negeri Sabah ? setiap hari pun boleh. Tidak semua perhiasan manik yang dihasilkan oleh Christina bercirikan Sabah, ia turut bercirikan floral dan sebagainya mengikut permintaan pelanggan.
Leher, tak usah bertatahkan emas, permata pun sudah cantik. Kepala tak perlu mahkota pun sudah menawan dengan perhiasan ini. Gelang tangan dan kaki pun ada. Ringkasnya, untuk tampak bergaya itu mudah dan tidak memerlukan kos yang mahal. Hanya dengan produk manik-manik sudah cukup menyerlahkan betapa anggunnya kita.
Semoga perniagaan kraftangan atau perhiasan berasaskan manik by Christina Mayz akan terus berjaya. Tahun lalu, saya menghadiri sebuah majlis di hotel bertaraf lima bintang dengan hanya menggunakan aksesori rantai manik. Ternyata, ia lebih menyerlah berbanding perhiasaan yang lain.
Tahun ini, saya memilih perhiasan kepala, gelang tangan, kaki dan anting-anting. Lagi pula, pakaian mudah diserasikan dengan perhiasan-perhiasan ini. Saya tidak akan menulis panjang berjela, cukup gambar menyatakan segalanya.
Jika berminat sila berhubung dengan artisan ini.
Facebook : Christina Mayz
19 Ulasan