Jenama perkakas dapur
meluaskan kehadirannya ke Sabah melalui Shopee.
Russell
Taylors, jenama yang khusus dalam perkakas dapur untuk kegunaan rumah, kini melakukan
penghantaran produknya kepada warga Sabah terus dari negeri tersebut melalui kerjasama
dengan platform e-dagang nombor satu Malaysia, Shopee. Perluasan perniagaan ini
di buat berdasarkan penyelidikan pasaran yang dijalankan oleh jenama tersebut,
di mana permintaan yang kukuh telah didapati dari Sabah bagi barangan Russell
Taylors.
Dengan negara kini masih memerangi penyebaran Covid-19, digitalisasi perniagaan
menjadi penting kerana lebih ramai rakyat Malaysia membeli-belah di atas talian untuk
mendapatkan barangan keperluan termasuk peralatan rumah. Ini jelas di lihat dalam
prestasi jualan yang dicapai oleh Russell Taylors di Shopee semasa tempoh Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP).
Dari bulan Mac hingga Jun 2020, Russell Taylors mencatatkan peningkatan
jualan yang signifikan dari Sabah, berbanding dengan tempoh sebelum PKP
memandangkan para pembeli mencari peralatan yang dapat membantu mereka menyediakan
makanan dengan mudah. Ini menandakan penambahan bagi jumlah orang yang memasak
di rumah sambil mereka patuh kepada penjarakan sosial dan terus kekal duduk di
rumah. Beberapa produk terlaris dalam tempoh ini termasuk Russell Taylors Air Fryer AF-24 yang popular dan Russell Taylors Pressure Cooker PC-60.
Sebagai syarikat yang mengutamakan perniagaan atas talian, Russell
Taylors secara konsisten berusaha untuk meningkatkan
pengalaman pengguna mereka selain memberikan peralatan dapur elektronik yang
di reka dengan teliti terus ke rumah pelanggan mereka. Demi memenuhi permintaan yang semakin meningkat dari
Sabah, jenama ini akan mempamerkan produknya di kedai atas talian khusus untuk
Sabah di Shopee yang dinamakan S-Mart Sabah dari 20 Ogos.
Ini bermakna rakyat Sabah boleh mendapatkan produk Russell Taylors
dengan lebih cepat kerana barangan dihantar terus dari gudang Shopee di Kota
Kinabalu, berbanding membeli dari Semenanjung Malaysia dan menunggu waktu penghantaran
yang lebih lama. Mereka juga dapat menikmati penghantaran percuma hingga 5kg
dengan perbelanjaan minimum RM40. Selain itu, semua produk di S-Mart Sabah di jamin
100% tulen dan pemulangan 15 hari boleh didapati secara percuma.
Denish Raguchandran,
Eksekutif Pembangunan Perniagaan Russell Taylors berkata, ''Jenama kami tidak hanya menumpukan
pada kualiti produk dan nilainya, tetapi kami juga menekankan pengalaman pelanggan.
Inilah sebabnya mengapa kami ingin rakan-rakan kami di Sabah menikmati kemudahan
dan kepuasan membeli dari sumber yang lebih dekat dengan kediaman mereka, agar
mereka dapat menggunakan peralatan Russell Taylors tanpa perlu menunggu dengan
lama. Kami berasa teruja dengan perkembangan ini serta berharap dapat membantu warga
Sabah mencipta hidangan yang mudah disediakan dan menyelerakan untuk keluarga mereka
di rumah."
Bersempena dengan pelancaran Russell Taylors di S-Mart Sabah, tawaran harga istimewa bagi produk jenama tersebut akan
diadakan di Jualan Kilat Shocking Sale
dan baucar eksklusif juga boleh didapati di kedai pada 20 Ogos 2020 untuk rakyat
Sabah. Tambahan pula, dengan berlangsungnya Shopee
9.9 Super Shopping Day dari 21 Ogos hingga 9 September, warga Sabah yang
mengunjungi S-Mart Sabah bakal mendapatkan tawaran menarik daripada serendah
RM0.19 serta baucar terhad di kedai untuk
menikmati penjimatan lebih besar bagi barangan runcit dan jenama produk barangan
keperluan rumah.
20 Ulasan
better grab it kannn...