Sabah hebat !
Kali ini saya akan memperkenalkan founder sabun tuhau, sabun kunyit dan beberapa produk lain yang dihasilkan termasuk, balsam serai iaitu, Dana Sari. Sebagai seorang yang suka kepada tuhau (etlingera coccinea), saya tertarik dengan produk yang ia hasilkan. Tuhau sangat terkenal di negeri Sabah dan dikatakan mempunyai khasiat yang tersendiri iaitu, dapat membersihkan darah yang kotor, mengurangkan tekanan darah tinggi dan kandungan serat yang sangat tinggi menjadikan tuhau baik untuk kesihatan. Itu jika tuhau di makan. Apa pula kebaikan sabun tuhau ? oleh kerana tuhau bersifat antioksidan dan anti mikroba maka, ia sangat membantu pengguna mengatasi masalah jerawat, jeragat dan selulit. Kami turut membeli balsam serai dan ia terbukti berkesan melegakan rasa sakit kepala selain, aromanya yang menyenangkan. Kalau travel ke mana-mana, jangan lupa bawa balsam serai. Maklumat lanjut boleh menghubungi Dana Sari .
Ello's kitchen menjual jenis makanan yang sedia ada dipasaran cuma, ia dikreatifkan mengikut citarasa dan gaya tersendiri. Produk makanan yang dihasilkan boleh di makan bersama keluarga atau kawan-kawan dan juga, boleh dihidangkan semasa party. Mahu tempah sila ke Ello's Kitchen
Peminat Kimchi wajib cuba kimchi buatan Pickles & Me. Sebagai peminat kimchi, kehadirannya sudah cukup mengundang selera makan. Tidak perlu lauk lain pun boleh. Hanya dengan nasi panas dan kimchi ini. Harga 1kg hanya RM28 dan ia berjaya membuat saya puas hati. Pedas yang tidak berlebihan, rangup dan rasa 'ngam-ngam'. Mahu beli ? hubungi mereka di Pickles & Me.
Program JAM merupakan satu program yang sangat baik bagi menyokong produk tempatan selain, menghargai bakat serta kreativiti para artisan. Tidak dinafikan ia turut menjadi salah satu saluran memperkenalkan negeri Sabah sebagai sebuah negeri pelancongan yang serba boleh !
Jesselton Artisan Market, sebuah aktiviti yang mulai terkenal di negeri bawah bayu. Artisan atau tukang adalah pekerja manual yang mahir membuat barang-barang termasuk dekorasi, perabot, arca, pakaian, perhiasan, barangan rumah dan sebagainya. Artisan Jesselton selalunya diadakan pada setiap bulan di Goodang, Jesselton atau di The Walk Riverson, Kota Kinabalu.
Ramai para artisan akan menjual barang-barang hasil tangan mereka sendiri dengan harga istimewa. Kenapa saya suka Artisan Jesselton ? kerana, di sini saya menemukan banyak hasil tangan yang belum ada di jual di pasaran dan paling menarik kita akan berjumpa sendiri dengan founder jualan tersebut.
Beberapa artisan yang sempat saya temui adalah seperti berikut :
Beberapa artisan yang sempat saya temui adalah seperti berikut :
Sabun Tuhau by Dana Sari
Ello's Kitchen
Kimchi by Pickles & Me
Program JAM merupakan satu program yang sangat baik bagi menyokong produk tempatan selain, menghargai bakat serta kreativiti para artisan. Tidak dinafikan ia turut menjadi salah satu saluran memperkenalkan negeri Sabah sebagai sebuah negeri pelancongan yang serba boleh !
0 Ulasan