CARA-CARA LOGIN E-OPERASI KPM

Untu artikel kali ini, saya akan menulis berkaitan dengan eOperasi yang merupakan salah satu daripada 3 Modul Pengurusan Guru yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan diselia di bawah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian.

Modul pengurusan e-Operasi melibatkan pengurusan data-data berkaitan guru dan bukan guru yang berada di dalam kataegori berikut :

1. Pentadbiran Portal E-Operasi (Pegawai pengurusan peringkat negeri, daerah, zon dan sekolah)

2. Pengguna Portal eOperasi Malaysia (guru dan bukan guru)

Pasti masih ramai yang belum mengetahui tentang e-Operasi ini tetapi, jangan bimbang kerana saya akan jelaskan dalam artikel ini. 


E-OPERASI - Paparan utaman laman ini adalah paparan beberapa maklumat penting seperti Pengumuman, Log-Masuk, Bantuan dan Paparan Ralat.

PENGGUNA PORTAL E-OPERASI - Pengguna adalah terdiri daripada guru dan bukan guru, boleh memperoleh update terkini mengenai e-Operasi KPM dan ruangan pengumuman.


CARA-CARA LOGIN e-OPERASI KPM

Berikut saya sediakan langkah-langkah untuk login ke dalam sistem eOperasi KPM. 

Cara-cara ini khusus untuk pengguna utama portal eOperasi iaitu, Pentadbir sistem dan pengguna (guru dan bukan guru)

* Pengguna - ID yang telah didaftar dengan Pentadbir Sistem sahaja dibolehkan untuk log-in Modul Portal eOperasi ini

* Pentadbir Sistem - Pentadbir sistem adalah mereka yang dilantik secara rasmi oleh pihak KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Bagi yang baru pertama kali login, anda wajib membuat pendaftaran sebagai pengguna baru. Hanay dilik "Pendaftaran Pengguna" di sini.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

1. Pengguna pertama kali perlu isi maklumat di atas dengan tepat terutamanya, Nama, No. KP, No. Gaji dan Emel

2. Kemudian masukkan kata laluan, soalan keselamatan dan jawapan perlu ditulis supaya lebih mudah di ingat

3. Kemudian, tekan butang SIMPAN untuk meneruskan proses pendaftaran

4. Kemudian anda terus ke ruangan LOG MASUK sistem eOperasi menggunakan butiran login anda tadi

5. Setelah berjaya masuk login portal, semak butiran anda seperti Nama, No. KP dan lain-lain dan pastikan semua maklumat adalah tepat.

Jika anda memerlukan panduan secara manual, anda boleh muat turun panduan seperti gambar di bawah. Jika terdapat sebarang kesalahan pada maklumat, sila maklumkan kepada PK1/PK2/PK3 untuk kemaskini.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Untuk sebarang kemusykilan atau masalah boleh terus berhubung dengan Pentadbir Sistem melalui emel helpdesk_smg@moe.gov.my. Artikel ini sangat berguna kepada rakan-rakan guru dan jangan lupa kongsikan info e-Operasi ini kepada rakan-rakan anda. 

Catat Ulasan

0 Ulasan