REVIEW : SHOPPING DENGAN WISH

Tidak dinafikan, sudah agak lama saya melihat WISH berlegar-legar di laman sosial Facebook saya. Pernah klik beberapa kali dan lihat-lihat produk yang ada, klik produk dan masukkan di dalam chart list, lepas itu dibiarkan. Takut kerana sepertinya belum ada orang pernah berurusan dengan WISH.
SHOPPING WITH WISH
Barang-barag yang di jual ada yang murah dan paling best dia ada special price setiap hari sehingga RM3 atau percuma dan hanya perlu bayar shipping. Itu pun, siapa cepat dia dapat. Suatu hari saya mencuba untuk membeli dan membayar dengan belian paling murah iaitu, bedsheet dengan hanya RM3 dan shipping fee RM2. Kalaupun, WISH tidak betul sekurang-kurangnya saya hanya rugi RM5. Pembelian harga RM3 pun belum tentu dapat. Ia seperti main bida (macam teknik Cilindo), siapa cepat dia dapat tetapi, untuk tahu kena bayar dulu. Bunyi macam scammer sikit ! dalam tempoh 24 jam pihak WISH akan bagitahu samada pembelian berjaya atau tidak melalui email. 

Saya pun menunggu mesej daripada WISH samada saya berjaya atau tidak, akhirnya saya mendapat emel pemberitahuan bahawa saya tidak berjaya membeli barang dengan harga RM3. Jadi duit saya bagaimana ? ada dua pilihan untuk duit dikembalikan samada melalui transfer semula ke akaun Bank atau terus dikreditkan ke dalam akaun WISH. Saya memilih untuk memasukkan duit tersebut ke dalam akaun WISH supaya saya boleh gunakan untuk pembelian seterusnya. 
SHOPPING WITH WISH
It's legit ! jadi saya shopping lagi dan membeli dua barang dengan harga RM6. Untuk pengetahuan, harga barang-barang akan selalu berubah-ubah sehingga beratus-ratus ringgit atau percuma. Barang-barang memang cun-cun dan kenalah pandai-pandai tengok harga yang murah.
SHOPPING WITH WISH
Sebagai seorang Precious Cla, saya membeli Tile Gap repair color pen waterproof  dan PVC Material Sink Stove crack strip kitchen bathroom bathtub corner sealant tape waterproof berukuran 3 meter. Ia beroperasi lebih kurang seperti Shopee dan kebanyakan barang berasal dari China. 
SHOPPING WITH WISH

Penghantaran Lambat ?

Penghantaran adalah dalam tempoh 30 hari. Oleh kerana saya tidak terlalu memerlukan barang ini (sekadar suka-suka untuk melihat keberkesanan dan kebenaran saja), saya tidak kisah cepat atau lambat. Apapun, saya menerima order saya dalam tempoh 1 bulan. Itupun, setelah saya menerima beberapa kali bungkusan dari Shopee. Maknanya, dari segi kepantasan Shopee masih terbaik. *tertakluk kepada lokasi.

Kumpul Point dan Redeem

Okay, bahagian ni lebih kurang macam Shopback punya teknik. Cuma dalam WISH cuma ada satu kedai iaitu, WISH sendiri. Kalau dalam Shopback ia terdiri daripada banyak kedai dan setiap kedai memperuntukkan peratusan pengembalian keuntungan untuk setiap pembelian. Manakala, melalui WISH setiap pembelian akan mendapat 100 point, review pembelian 10, review bergambar 10 point dan 20 point untuk review video. 200 point bersamaan dengan 5%.

Kesimpulannya, WISH memang betul dan boleh dipercayai. Barang-barang berkualiti dan murah. Kalau berjaya sangkut bahagian barang percuma lagi untung. 

Cara membuka akaun WISH sama dengan mana-mana online shopping yang lain tetapi, di WISH setiap pendaftaran anda akan dapat RM21. Seronok betul ! Kalau sudah dapat RM21, bolehlah mulai shopping. Tidak perlu keluarkan duit, hanya guna RM21 itu. 

Kalau tidak tahu cara-cara buat akaun WISH, boleh daftar SINI.

Catat Ulasan

0 Ulasan