Pengeluaran KWSP secara dalam talian pun boleh, tidak perlu ke pejabat KWSP. Inikan zaman moden, semuanya boleh dilakukan di hujung jari. Ramai yang ternanti-nanti dengan tarikh hari ini kerana permohonan pengeluaran i-Sinar KWSP bermula hari ini.
1) Pemohon Kategori 1 sahaja boleh mengisi pada 21.12.2020
2) Pemohon kategori 2 ia akan bermula pada 11 Januari 2021.
Yang pertama sila klik : https://isinar.kwsp.gov.my
1. Isikan No.KP pemohon
2. No.Telefon Bimbit yang telah di daftarkan di dalam i-Akaun
3. Klik butang teruskan
4. Satu No pengesahan akan dihantar kepada telefon anda untuk di isikan.
5. Isikan Maklumat Peribadi anda seperti Alamat & Email jika ada perubahan.
6. Sila pilih jumlah pengeluaran yang anda inginkan (Kebiasaan RM10K)
7. Sila pilih pengeluaran untuk bulan pertama berapa jumlah (1K-RM10K)
8. Jika bulan pertama RM5000 Untuk bulan seterusnya RM1000 hingga Bulan ke-6.
9. Sila Sahkan Permohonan anda
10. Save atau Cetak Permohonan untuk simpanan anda.
Status Permohonan anda hanya boleh di semak mulai 04 Januari 2021
Perhatian: Jangan salah memohon jumlah kelayakan nanti lain jumlah yang dapat. Pastikan kelayakan sama dengan jumlah dipohon.
0 Ulasan