CARA-CARA PERMOHONAN PENGELUARAN I-SINAR KWSP

Pengeluaran KWSP secara dalam talian pun boleh, tidak perlu ke pejabat KWSP. Inikan zaman moden, semuanya boleh dilakukan di hujung jari.  Ramai yang ternanti-nanti dengan tarikh hari ini kerana permohonan pengeluaran i-Sinar KWSP bermula hari ini. 

i-sinar KWSP
Untuk memudahkan anda, saya sediakan beberapa langkah atau panduan ringkas untuk cara-cara memohon pengeluaran i-Sinar melalui online:
Permohonan KWSP I-SINAR

 1) Pemohon Kategori 1 sahaja boleh mengisi pada 21.12.2020

 2) Pemohon kategori 2 ia akan bermula pada 11 Januari 2021.

Yang pertama sila  klik : https://isinar.kwsp.gov.my

1. Isikan No.KP pemohon

2. No.Telefon Bimbit yang telah di daftarkan di dalam  i-Akaun

3. Klik butang teruskan 

4. Satu No pengesahan akan dihantar kepada telefon  anda untuk di  isikan.

5. Isikan Maklumat Peribadi anda seperti Alamat & Email jika ada perubahan.

6. Sila pilih jumlah pengeluaran yang anda inginkan (Kebiasaan RM10K)

7. Sila pilih pengeluaran untuk bulan pertama berapa jumlah (1K-RM10K)

8. Jika bulan pertama RM5000 Untuk bulan seterusnya RM1000 hingga Bulan ke-6.

9. Sila Sahkan Permohonan anda 

10. Save atau Cetak Permohonan untuk simpanan anda.


Status Permohonan anda hanya boleh di semak mulai 04 Januari 2021

Perhatian: Jangan salah memohon jumlah kelayakan nanti lain jumlah yang dapat. Pastikan kelayakan sama dengan jumlah dipohon.

Catat Ulasan

0 Ulasan