“2020 merupakan tahun yang sukar bagi kebanyakan masyarakat tetapi, Yoodo ingin menawarkan sebanyak mungkin hadiah kepada pengguna kami. Untuk mengakhiri tahun ini, kami ingin menyebarkan keceriaan dan menzahirkan rasa syukur - kepada petugas-petugas barisan hadapan dan pengguna setia kami.” kata Chow Tuck Mun, Ketua Yoodo.
Yoodo merupakan perkhidmatan mudah alih ubah suai sepenuhnya dan 100% digital pertama di Malaysia telah melancarkan beberapa siri promosi dan paling best, bulan Disember sahaja terdapat dua kempen yang dijalankan. Pasti anda tidak sabar-sabar nak tahu lebih lanjutkan ? siapa tahu, boleh menang hadiah....
Beberapa hari lalu, saya sempat join meeting dengan boss Yoodo beserta beberapa rakan Sabahan, excited tu memanglah. Selain dapat maklumat, saya dapat goodies juga tau. Yoodo ni memang suka memberi hadiah dan setiap orang berpeluang membawa pulang hadiah.
HO ! HO ! HO! HOLIDAY GIVEAWAY
Yoodo memulakan musim perayaan dengan kempen Ho! Ho! Holiday Giveaway yang akan memberikan ganjaran kepada pengguna Yoodo sedia ada dengan pelbagai hadiah sepanjang bulan ini. Hadiah-hadiah tersebut terdiri daripada Apple iPhone 12 Pro, Samsung Galaxy S20 Plus, Apple AirPods Pro, dan in-game Diamonds permainan Mobile Legends: Bang Bang.
Jika anda ingin mendapatkan hadiah-hadiah ini, anda hanya perlu menepati syarat yang telah ditetapkan mengikut kategori - seperti berbelanja sebanyak RM50 dan ke atas dalam satu transaksi atau membeli 7GB data Booster. Pemenang bertuah akan dipilih untuk menerima hadiah-hadiah istimewa ini. Kempen ini berakhir pada 31 Disember 2020. Masih sempat guys ! cepat-cepat rebut peluang keemasan yang ada.
Senarai hadiah Ho! Ho! Holiday Giveaway:
Hadiah |
Kuantiti |
Bagaimana untuk menang |
Apple iPhone 12 Pro |
2 |
Belanja RM80 dan ke atas dalam satu transaksi |
Samsung Galaxy S20 Pro |
2 |
Belanja RM50 dan ke atas dalam satu transaksi |
Apple AirPods Pro |
3 |
Langgan mana-mana pelan tanpa had |
1,500 MLBB Diamonds |
3 |
Langgan data asas 5GB + MLBB tambahan |
Kredit Boost RM100 |
3 |
Pembelian data booster 7GB |
Power Bank Pineng |
3 |
Langgan 2 kali Power Pass 3 jam |
KEMPEN : RAIKAN WIRA KITA
Yoodo tidak pernah
melupakan jasa dan pengorbanan petugas-petugas barisan hadapan dan justeru itu,
pada 7 hingga 31 Disember Yoodo ingin memberi penghagaan kepada mereka
melalui inisiatif Raikan Wira-wira
Kita.
Inisiatif ini khas untuk 500 petugas barisan hadapan pertama yang melanggan Yoodo, dan mereka akan menikmati kredit Boost sebanyak RM30 dengan percuma yang boleh digunakan untuk membayar pelan Yoodo mereka.
Melalui kempen Raikan Wira-wira Kita, Yoodo akan memastikan petugas-petugas barisan hadapan kita sentiasa dapat berhubung dengan orang tersayang – terutamanya mereka yang masih bertugas dan jauh daripada rumah. Sekurang-kurangnya rindu terhadap orang tersayang terubat ketika mendengar suara dan mengetahui khabar dari insan tersayang.
PROMOSI ~ YOODO DOUBLE SPECIAL
Double special merupakan promosi terbaru Yoodo dan tentulah sangat istimewa. Untuk masa yang terhad, pengguna-pengguna boleh menikmati kuota data berkelajuan tinggi dua kali ganda tanpa kos tambahan. Dengan promosi baharu ini, pengguna boleh mendapat gabungan (termasuk tambahan data aplikasi) 50GB data pada harga RM35, 70GB pada harga RM55, di bawah pelan yang disyorkan. Seperti biasa, mereka juga boleh mengubahsuai dan memilih kombinasi pelan mereka tersendiri untuk memenuhi keperluan peribadi masing-masing.
Pengguna Yoodo hanya perlu memilih dari senarai pelan data yang sudah digandakan di aplikasi apabila mereka mendaftar dan menyesuaikan pelan mereka.
Untuk maklumat lanjut mengenai Ho! Ho! Holiday Giveaway, Inisiatif Raikan Wira-Wira Kita dan promosi Double Special, anda boleh layari www.yoodo.com.my
MENGENAI YOODO
Yoodo merupakan perkhidmatan mudah alih digital bebas yang dimiliki dan dikendalikan oleh Celcom Axiata Berhad dan telah dilancarkan pada Januari 2018. Yoodo membuka sejarah sebagai memberikan perkhidmatan mudah alih yang pertama di Malaysia dan disesuaikan dengan ketelusan, fleksibiliti dan kemudahan pelanggan yang lengkap.
Maklumat lanjut mengenai Yoodo boleh diperoleh melalui yoodo.com.my atau yoodoMY di media sosial Facebook, Instagram, YouTube dan Twitter. Selain itu anda boleh mendapatkan maklumat semasa esukan melalui @yoodoesports di Facebook.
Sampai bertemu di artikel seterusnya. Happy holidays and stay safe !
19 Ulasan