[ASB Online]
Kelmarin, berbaris orang dekat Maybank...baru saya ingat itu mesti kes mahu keluarkan duit ASB. Sebenarnya anda boleh buat secara online.
Jom tengok langkah-langkah keluarkan duit asb online di bawah:
- Daftar dulu sebagai pengguna jika anda pertama kali menggunakan Portal myASNB.Tekan DAFTAR dan isikan maklumat pengguna(Boleh rujuk langkahnya di artikel ini: MyASNB: Cara Daftar ASB Online, Semak Penyata, Dividen & Pengeluaran)
- Login macam biasa bila dah daftar. Masukkan ID dan KATA LALUAN.
- Klik menu PORTFOLIO
- Klik butang TRANSAKSI
- Pilih JUALAN BALIK
- Baca dan fahamkan notis PENGISYTIHARAN.
- Masukkan jumlah berapa RM yang kita nak keluarkan duit ASB tu.
- Tandakan ✓ pada kotak Pengesahan.
- Tekan butang TERUSKAN
- Klik PERMINTAAN TAC dan anda akan menerima SMS dengan nombor TAC.
- Masukkan nombor TAC yang diterima itu.
- Pengesahan transaksi yang berjaya akan dipaparkan.
- Jumlah wang yang dikeluarkan akan dimasukkan ke dalam akaun bank dalam masa 2-3 hari bekerja.
- Selesai!
NOTA: Sebelum mendaftar, pemegang unit yang belum mengemaskini nombor telefon, perlu berbuat demikian terlebih dahulu di mana-mana cawangan atau ejen ASNB. Sila bawa bersama kad pengenalan anda untuk tujuan pengesahan diri.
Maklumat Tambahan Tentang Pengeluaran ASB Online
Had Pengeluaran ASB Online
- Had maksimum pengeluaran yang dibenarkan ialah RM500 sebulan, terkumpul dari mana-mana akaun unit amanah ASNB pemegang unit.
- Jumlah minimum untuk sekali pengeluaran ialah RM100.
- Jumlah transaksi dibenarkan sebanyak 3 kali sebulan.
- Pemegang unit hanya dibenarkan mengeluarkan wang dari akaun sendiri sahaja.
*Untuk mengeluarkan wang dalam jumlah lebih besar, pemegang unit boleh berbuat demikian di Cawangan atau Ejen ASNB.
Waktu Urusniaga
Sama seperti waktu urus niaga sedia ada myASNB seperti berikut:
- Unit Amanah Harga Tetap: Isnin – Ahad, 7.00 pagi – 6.00 petang, waktu tempatan
- Unit Amanah Harga Berubah: Isnin – Ahad, 7.00 pagi – 4.00 petang, waktu tempatan
0 Ulasan