Status kelulusan i-Sinar bagi kategori 1 telahpun diumumkan bagi sebahagian besar ahli KWSP mulai 4 Januari 2021. Tahniah kepada yang berjaya dan bagi yang gagal, anda boleh memohon kategori 2.
Menurut KWSP, bagi ahli yang TIDAK LULUS, anda masih berpeluang untuk membuat permohonan di bawah i-Sinar Kategori 2 mulai 11 Januari 2021.
Berikut dikongsikan maklumat lebih lanjut tentang syarat kelayakan, cara memohon, dan dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan Kategori 2.
Syarat Kelayakan i-Sinar Kategori 2
Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, yang mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (jumlah gaji, elaun dan elaun kerja lebih masa) sejak 1 Mac 2020.
Berbeza dengan Kategori 1 yang mendapat kelayakan automatik, permohonan Kategori 2 memerlukan dokumen sokongan.
Permohonan i-Sinar Kategori 2 ini perlu disertakan bersama dokumen berikut:
- Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; DAN
- Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa; DAN/ATAU
- Jika dokumen di atas tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan.
Semakan Status & Tarikh Bayaran
- Bagi i-Sinar Kategori 2, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat.
- Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.
- Pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan mengikut jumlah dan tempoh permohonan anda.
- Pembayaran akan dilakukan melalui kaedah pengkreditan terus (direct credit) ke dalam akaun bank milik anda.
Tarikh Permohonan
Bagi anda yang tergolong dalam i-Sinar Kategori 2, permohonan boleh dibuat bermula 11 Januari 2021.
Cara Permohonan & Dokumen Yang Perlu Disertakan
Permohonan i-Sinar hanya dibuka secara online di laman web isinar.kwsp.gov.my
Permohonan akan dibuka mulai 11 Januari 2021
Langkah membuat permohonan adalah seperti berikut:
Maklumat Lanjut Tentang i-Sinar Kategori 2
Untuk maklumat lanjut tentang permohonan i-Sinar KWSP, sila hubungi Hotline i-Sinar di talian 03-8922 4848. atau rujuk Soalan Lazim (FAQ) i-Sinar di SINI.
Untuk sebarang urusan di kaunter KWSP, sila buat janji temu terlebih dahulu: Cara Buat Janji Temu KWSP Online Untuk Urusan Di Kaunter
Sila ikuti perkembangan terkini di media sosial KWSP atau layari portal rasmi https://www.kwsp.gov.my/ms/home
Telegram Bantuan Rakyat Malaysia : http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia
So, anda yang tidak layak dengan kategori 1 boleh memohon kategori 2 bermula 11 Januari 2021.
Manakala, bagi anda yang memiliki simpanan di ASNB, dividen sudah keluar. Walaupun, tidak sebanyak tahun sebelumnya sekurang-kurangnya kita masih menikmati dividen tersebut.
0 Ulasan