Kumpulan Wang Simpnan Pekerja (KWSP) mengumumkan bahawa pencarum yang berumur bawah dari 55 tahun akan diberikan kelulusan automatik bermula pada 8 Mac 2021.
Jumlah Pengeluaran Kelulusan Tanpa Syarat
Walaupun kelulusan tanpa syarat telah diberikan tetapi jumlah pengeluaran adalah mengikut jumlah simpanan seperti.
1) Simpanan Akaun 1 RM 100,000 dan ke bawah
- Dapat mengeluarkan jumlah pengeluaran sehingga RM 10,000
- Pembayaran dibuat secara berperingkat maksimum sehingga 6 bulan
- Bayaran bulan pertama maksimum RM 5,000.
2) Simpanan Akaun 1 RM 100,000 dan ke atas
- Jumlah pengeluaran maksimum sehingga RM 60,000
- Pembayaran juga dibuat secara berperingkat maksimum 6 bulan
- Bayaran bulan pertama maksimum RM 6,000
Contoh Situasi Atau Pertanyaan Yang Mungkin Anda Belum Tahu
Situasi A :
Ahli telah membuat permohonan sebelum 8 Mac dan
- Telah menerima interim RM 1,000
- Permohonan sedang diproses
Jawapan :
Permohonan akan diberikan kelulusan dan status bayaran boleh disemak pada 8 Mac 2021.
Situasi B :
Ahli telah membuat permohonan sebelum 8 Mac dan
- Belum menerima interim RM 1,000
- Status permohonan : Dokumen sokongan diperlukan
Jawapan :
Permohonan akan diberikan kelulusan dan status bayaran boleh disemak pada 8 Mac 2021.
16 Ulasan