Kenapa tukar ? kerana ia lebih moden, laju bagai Cheetah dan bla bla bla... 5G tu bro !
Rentetan peristiwa dituliskan di dalam digital diary (blog ini) dan juga, sebagai menzahirkan rasa tidak gembira saya terhadap perkhidmatan TM selama 2 minggu tanpa internet. Bukan kerana tiada internet membuat hati saya resah-gelisah tak tentu arah tetapi, cara mereka menjawab laporan saya sangat tidak professional.
28 Julai 2021, tiba-tiba connection hilang dengan tertera segaris ayat di bahagian atas smartphone 'connected without internet' - normal lah, saya tinggal di kampung dan kalau hujan memang ada gangguan internet. Saya sangat memerlukan internet dari rangkaian Streamyx yang saya bayar sebanyak RM150 setiap bulan, tanpa gagal. Malah sehingga Ogos, saya mempunyai duit terlebih bayar sebanyak RM856 dengan pihak TM.
Dua hari tanpa Streamyx saya masih boleh berdiam diri, 'tentu saja saya tidak akan mati meski tanpa internet' cuma saya mahukan hak saya sebagai pengguna. 31 Julai saya menghubungi talian 100, satu-satunya cara untuk melaporkan masalah gangguan internet kepada pihak TM. Bukannya tiada TM cawangan Kota Kinabalu atau Inanam tetapi, saya hanya berjaya menembusi talian Inanam dan mereka tidak tahu apa-apa. Mereka memberi cadangan untuk terus berhubung dengan pihak 100.
Pihak 100 menerima laporan saya dan berjanji akan memeriksa talian internet yang bermasalah. Itu adalah kata-kata biasa dari mereka. Saya tunggu di hari berikutnya, tiada khabar dari TM atau technician. Saya menghubungi mereka lagi, tujuan saya untuk mahu tahu status laporan saya. Kata operator bertugas terdapat kecurian kabel telefon di kawasan kami. Ambil masa dua hari lagi untuk selesai, katanya. Saya akur dan bersyukur, sekurang-kurangnya saya tahu masalah tersebut.
Hari yang dijanjikan tidak berlaku, saya menghubungi mereka lagi. Saya memaksa mereka untuk menyuruh seorang technician dari Kota Kinabalu menghubungi saya, bukan orang KL. Saya tahu kawasan Inanam dan sekitarnya, jika terdapat kerosakan kabel pasti ada orang TM datang melakukan tugas mereka. Sehingga siang bertukar malam, seorang technician pun tidak ada berhubung dengan saya. Saya mulai curiga dengan 100, benarkah laporan saya di ambil tindakan atau dibiarkan sahaja ? Selama ini jika laporan di buat, pasti ada technician kawasan menghubungi saya. Kali ini tidak.
Saya bekerja dari rumah, anak-anak juga bersekolah secara dalam talian. Tidak hanya itu, terdapat dua orang cikgu menggunakan talian ini untuk mengajar. Maknyanya, talian internet sangat penting tidak hanya untuk kami tetapi anak-anak orang lain yang di ajar oleh mereka. Menggunakan data ? tiada masalah, JIKA saya tidak menaruh komitmen terhadap bayaran bulanan dengan pihak TM. Untuk apa saya membayar jika saya tidak mendapat perkhidmatan yang sewajarnya ?
Saya menelefon TM Inanam lagi, seorang perempuan menyambut panggilan saya dan memberitahu bahawa mereka tidak tahu apa-apa. Saya minta nombor telefon TM Sadong Jaya tetapi, katanya tidak boleh call mereka hanya dengan walk-in sahaja. Mungkin TM Sadong Jaya mempunyai sebab kenapa pihak pelanggan tidak boleh menghubungi mereka melalui telefon. Namun, sebagai pengguna saya kesal. Sepatutnya di musim pandemik Covid19 menggila, mereka menyambung wayar telefon untuk menerima panggilan. Bukan justeru memutuskan wayar tersebut. Saya menyaksikannya dengan mata saya sendiri, seorang petugas memutuskan sambungan wayar telefon SUPAYA telefon tidak berbunyi dan mereka tidak terganggu ketika bekerja. wow !
Saya datang ke Sadong Jaya setelah menghubungi pihak TM Inanam yang menyatakan bahawa streamyx saya di sekat. Atas sebab apa ? saya tidak tahu. Disebabkan kata 'di sekat' saya melangkah masuk pejabat TM Sadong Jaya. Saya hadir sebagai pelanggan dengan giliran nombor 2 setelah pejabat mereka di buka pagi itu. Saya tanya 'apa masalah streamyx saya' sehingga 9 hari belum ada. Dia melihat sistem dan memberitahu saya bahawa sudah ada report pada 31 Julai. Sekadar report tanpa tindakan susulan untuk membaikinya pasti tiada berguna. Saya mahu tahu masalahnya apa ? dia menjawab 'nanti saya buat report baru dan periksa dengan technician'.
Saya soal lagi "pihak TM 100 memberitahu bahawa kabel kena curi, di kawasan mana?"
"errrr.... nanti saya check dalam sistem lagi dan tulis report baru" maknanya, tiada tindakan dilakukan sejak 31 Julai ? dan juga pihak 100 hanya omong kosong mengatakan terdapat kabel di curi ? saya tidak tahu. Namun, mungkin tiada silapnya jika saya bertindak curiga terhadap mereka.
Saya berhak untuk tahu kerana saya bayar perkhidmatan yang saya langgan. Soalan seterusnya yang saya ajukan kepada petugas "TM Inanam cakap, talian saya di sekat"
Nanti saya check dengan technician dan technician akan menghubungi saya. Itu pesannya seraya memberikan nombor report baru kepada saya. Saya keluar dari pejabat itu dengan perasaan kecewa. Sebenarnya, report saya selama ini untuk apa ? saya sudah memberitahu pihak 100 untuk meletakkan report saya sebagai urgent dan mereka bersetuju akan mempercepatkan tindakan.
Esoknya, tiada technician menelefon saya. Saya menanti hingga petang. Tiada.
Saya tidak gembira dengan layanan yang diberikan. Jika melalui suara tidak didengarkan, saya berfikir mungkin melalui tulisan akan ada tindakan. Saya menulis rasa kecewa saya kerana, laporan saya seakan diabaikan atau memang diabaikan.
Saya masuk ke laman unifi....
Saya mencoretkan apa yang dikatakan oleh pihak TM ''bahawa ada kecurian kabel berlaku'' dan beberapa hari kemudian setelah saya menghubungi mereka lagi, seseorang di hujung talian memberitahu ''bahawa ada kerosakan besar sedang berlaku''. Saya menulis apa yang dikatakan oleh pihak TM Inanam tentang 'sekat' dan apa yang saya lihat di TM Sadong Jaya sangat membuat saya tidak puas hati.
Tadaaa !!
Setelah tulisan itu di hantar, beberapa jam kemudian, seorang lelaki TM datang ke kawasan kami. Dia mengatakan bahawa tulisan itu sampai kepada bos. Saya bermonolog ''selama ini, jika laporan tidak diketahui bos maka tiada tindakan akan dilakukan ?''
Soalan saya 'memang tiada orang mau buat lagikah itu streamyx?'... lelaki tersebut menjawab, memang tidak mahu buat sudah. Lagi pun sekarang semua orang pakai Unifi dan kos untuk streamyx mahal.
Sebelum lelaki itu pergi, dia sempat bertanya 'kamu cikgukah ?'
Sangat jelas lagi bersuluh dan saya percaya akan kata-kata TM Inanam bahawa Streamyx saya di sekat. Apakah kerana saya mempunyai RM856 di dalam akaun tersebut dan mereka mahu membiarkan duit tersebut mengalir sehingga 0 tanpa perkhidmatan internet ? saya musykil.
Kenapa perlu memutar-belitkan kenyataan ? Sebelum ini saya sudah mesej seseorang untuk upgrading streamyx kepada unifi tetapi, katanya kena tunggu kelulusan TM. Tunggu punya tunggu, tiada jawapan. Setahu saya proses menaiktaraf sistem tidaklah mengambil waktu yang lama.
Keesokan hari datang lagi orang Unifi, saya tidak tahu atas arahan siapa. Saya menerima beberapa panggilan dari Unifi, orang yang berbeza. Kenapa bertalu-talu ? Semuanya setelah tulisan saya itu. Hari ke 14 tanpa internet, akhirnya team Unifi datang ke rumah dan tiba-tiba Streamyx berfungsi dan saya mendapat mesej dari +60 3-2240 0678 bahawa kerja pembaikan telah selesai. Selesai ketika saya mahu terminate Streamyx ? terima kasih.
16 Ogos saya menghubungi TM 100 untuk bertanya tentang akaun Streamyx dan baki duit yang masih ada. Perempuan tersebut memeriksa sistem dan berkata bahawa Streamyx saya masih aktif. Saya menyampaikan kata pihak Unifi bahawa Streamyx saya sudah kena terminate.
"errrr, sebentar ya puan.....oh dalam sistem ni dah tunjuk bahawa akaun Streamyx puan sudah dalam proses termination."
Oleh kerana sistem belum terlalu canggih dan proses pemindahan duit dari akaun Streamyx ke akaun Unifi tidak dapat dilakukan, maka mereka akan issue cheque untuk memulangkan wang tersebut.
Sekarang kami menggunakan home fibre unifi dan semoga semua pengguna talian ini menerima faedah dengan menjadikan ia sebagai saluran mencari maklumat atau untuk bersekolah secara dalam talian.
Saya bayar sebagai investment masa depan - meski berada di kampung, kita bukan lagi katak di bawah tempurung.
Terima kasih kepada pekerja Unifi, akhirnya saya mempunyai internet lagi.
0 Ulasan