Hi everyone,
Kali ni saya nak tulis artikel berkaitan dengan daya pertahanan
tubuh yang kuat amat penting semasa musim pandemik Covid19 ni. Kalau boleh kita
tidak mahu jatuh sakit meskipun hanya demam biasa.
Selesema sikit pun dah risau sangat ‘Eh, ini covid kah?’ ….
Salah satu cara saya nak dapatkan daya ketahanan tubuh yang kuat
adalah dengan pengambilan Vitamin C dan D yang cukup. Kita sedia maklum tubuh
manusia tidak boleh menghasilkan vitamin C dan D. Oleh itu, kita perlu
mengambil daripada sumber lain terutamanya daripada makanan harian atau makanan
tambahan. Saya ambil vitamin C yang ada bahan Cendawan Susu Harimau terutamanya
di musim wabak ini.
Pernah dengar Cendawan Susu Harimau?
Kalau nak tahu, sebenarnya nutrisi daripada Cendawan Susu Harimau
kini semakin mendapat tempat di hati pengguna kerana kajian mendapati
khasiatnya mampu menguatkan paru-paru.
Perlindungan Lengkap 4 Nutrisi Eskayvie
Diffenz Bantu Tingkatkan Sistem Imun Badan
Melalui revolusi dunia
sains, Eskayvie Diffenz telah
mengenengahkan 4 bahan utama iaitu
Cendawan Susu Harimau, buah Camu-Camu, Vitamin C dan Vitamin D.
Gabungan bahan ini
sudah tentu memudahkan para pengguna untuk mendapat kebaikan empat bahan dengan
bukan hanya mudah tetapi murah. Cuba bayangkan jika anda mengambil 4 jenis
suplemen, sudah tentu harganya akan mencecah RM499 dan ke atas. Tetapi Eskayvie
Diffenz menyediakan anda pilihan yang lebih berpatutan dengan hanya RM60 bagi satu botol.
Bahan Yang Terdapat Di Dalam Eskayvie Diffenz
1. Cendawan Susu Harimau
Untuk
pengetahuan anda, nutrisi daripada Cendawan
Susu Harimau semakin mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia
kerana ia mengandungi khasiat yang boleh menyembuhkan masalah kesihatan
berkaitan sistem pernafasan seperti batuk kronik, asma, resdung, demam dan
selesema.
Cendawan ini didapati hanya tumbuh di kawasan hutan tebal tertentu terutama Banjaran Titiwangsa dan mempunyai keunikan tersendiri sehingga menyebabkan usaha mencarinya menjadi sangat sukar.
Kebaikan
Cendawan Susu Harimau yang terdapat di produk Eskayvie Diffenz
Ramai
penyelidik yang membuat kajian mengenai kebaikan cendawan herba itu, mengakui
ia tumbuh di bawah tanah dan hanya payungnya sahaja akan keluar ke permukaan
bumi. Cendawan Susu Harimau dikatakan hampir pupus dan hanya boleh didapati di
kawasan tertentu yang bersuhu lembab dan sejuk.
Namun kini, dengan kemajuan sains dan teknologi, penghasilan Cendawan Susu
Harimau telah dikultur dan dikomersialkan untuk memudahkan lebih ramai mendapat
kebaikannya. Malah, kajian mendapati Cendawan Susu Harimau yang dikulturkan
mempunyai kandungan nutrisi yang lebih tinggi berbanding yang tumbuh meliar.
2. Buah Camu-Camu
Buah Camu-camu, superfood dari Amazon yang sememangnya
mempunyai kandungan Vitamin C 60 kali ganda mudah
diserap berbanding buah oren.
Superfood ini turut mengandungi pelbagai antioksidan dan kaya dengan mineral Zinc, Magnesium dan Manganese yang mampu menguatkan sistem imun badan.
3. Vitamin C
Vitamin
C sangat penting untuk kekuatan daya pertahanan tubuh. Kekurangan vitamin
C mengakibatkan manusia mudah dijangkiti pelbagai penyakit akibat daripada
sistem imun yang lemah.
Walaupun vitamin C ini mudah didapati melalui pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan seperti limau, cili, bayam, strawberi dan brokoli, tetapi hampir 95% rakyat Malaysia tak mengambil buahan dan sayuran yang cukup.
4. Vitamin D
Vitamin
D pula sangat terkenal dengan jolokan vitamin percuma kerana ia diperolehi
daripada cahaya matahari. Walau bagaimanapun, 64.5% daripada rakyat Malaysia
mengalami masalah kekurangan vitamin ini.
Vitamin D sangat diperlukan manusia untuk memperkuatkan daya tahan tubuh kerana ia mampu mengaktifkan sel T untuk menghasilkan lebih banyak fosfolipase C-γ1 yang diperlukan sistem pertahanan tubuh manusia.
Dr Syid Ayob Syid Mustafa AlQudri, doktor
perubatan dan pakar formulasi yakin peranan makanan tambahan
atau suplemen amat penting untuk membekalkan sumber-sumber nutrisi yang tidak
cukup ini dengan lebih mudah dan cepat. Beliau juga percaya pengambilan
suplemen tidak boleh dipandang remeh terutamanya apabila usia semakin
meningkat. Lebih-lebih lagi jika anda sudah mengalami penyakit seperti
diabetes, darah tinggi dan jantung.
Ada
pendapat yang mengatakan cukup sekadar mengamalkan pemakanan yang seimbang dan
semulajadi. Manakala sebarang pengambilan suplemen atau vitamin hanya akan
menghasilkan air kencing yang mahal apabila ia dikumuhkan.
Namun
begitu, pendapat ini mungkin benar jika dunia kita bebas daripada pencemaran;
sentiasa mengamalkan pemakanan yang sihat; makanan yang diambil adalah
segar dan bebas daripada pencemaran terpaksa seperti kandungan raksa daripada
ikan dan kandungan racun serangga daripada sayuran dan buahan; usia yang masih
muda di mana semua fungsi sistem dan organ badan masih tip-top; memiliki sistem
imun yang tiada cacat cela termasuk penghasilan antioksidan semulajadi
yang tidak semakin menurun dengan usia; dan kita menjalani gaya hidup sihat
yang optima tanpa stres.
Semua itu
sebenarnya agak sukar untuk direalisasikan dalam kehidupan sebenar terutamanya
di zaman moden ini yang terlalu banyak pendedahan diri terhadap makanan
terproses (junkfood), pencemaran yang berleluasa, stres kehidupan, pola
hidup yang kurang aktif serta pelbagai faktor lain yang sememangnya tidak
menjayakan model kehidupan amalan gaya hidup sihat.
Vitamin C
digunakan di ICU:
Menurut artikel yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia
baru-baru ini. Kajian melibatkan penggunaan Vitamin C ke atas pesakit Covid-19
yang kritikal dan berada di ICU mendapati keputusan yang memberangsangkan. 14%
daripada kes-kes positif Covid-19 ini melibatkan acute lung injury (ALI) dan
acute respiratory distress syndrome. Pencetusnya ialah lambakan cytokine atau
cytokine storm dalam darah menyebabkan tekanan oksidatif yang melampau
seterusnya menyebabkan kerosakan tisu paru-paru yang teruk.
Dalam kajian ini, Vitamin C dos tinggi diberikan ke atas pesakit COVID19 sebagai antioksidan yang berpotensi untuk mengurangkan tekanan oksidatif dalam usaha mengurangkan tahap kerosakan tisu paru-paru, juga dalam usaha mencegah kegagalan fungsi organ yang lain.
Covid is real-Pn Zai Zalehah
Pesakit
yang terlibat dalam kajian tersebut mempunyai masalah kesihatan yang pelbagai.
Mereka juga adalah perokok. Daripada ujian tersebut, kumpulan yang diberi
rawatan tambahan dengan Vitamin C didapati mempunyai tempoh sakit berkurangan
dan Sequential Organ Failure Assessment score yang lebih baik. Kesemua mereka
diberi ubat-ubatan yang biasa diberikan untuk keadaan mereka dan satu kumpulan
ditambah dengan Vitamin C.
Keputusan kajian mendapati pesakit yang beri rawatan tambahan
Vitamin C – 57% discaj dari hospital dengan sihat, 29% discaj dengan
ketidakupayaan dan 14% meninggal dunia. Berbanding kumpulan yang tidak dirawat
dengan Vitamin C - 71% kematian, 29% discaj dengan ketidakupayaan iaitu bebas
Covid-19 tapi mengalami kegagalan atau kecederaan pada organ lain.
Berdasarkan
informasi ini, vitamin C telah digunakan dalam rawatan COVID-19 untuk pesakit
yang mempunyai komplikasi radang paru-paru dan kajian telah dijalankan untuk
melihat keberkesanan vitamin C untuk perkara yang sama. Terdapat sebuah artikel
yang diterbitkan oleh Chinese Journal of Infection Diseases, the Shanghai
Medical Association yang memperakukan kegunaan intravena vitamin C untuk
pesakit COVID-19 yang memerlukan rawatan di hospital.
Walaubagaimanapun,
rawatan vitamin C bukan satu rawatan standard yang diiktiraf untuk Covid-19
buat masa ini. Kajian pengambilan intravena Vitamin C dalam dos yang tinggi
masih lagi sedang diuji untuk mengetahui sama ada ia dapat meningkatkan fungsi
paru-paru pesakit Covid-19.
Eskayvie Diffenz Bantu Tingkatkan Sistem Imun
Badan Sepanjang Pandemik Covid-19
Eskayvie Diffenz merupakan suplemen keluaran Eskayvie bagi
menyokong penjagaan gaya hidup sihat individu. Ia diformulasikan bagi membantu
meningkatkan sistem imun badan, melindungi dan menguatkan paru-paru.
Eskayvie Diffenz dihasilkan daripada 100% bahan semulajadi,
diformulasikan oleh Doktor Perubatan, bebas Steroid serta Halal dimakan dan
mendapat kelulusan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia).
Eskayvie Diffenz
Membantu:
1.
Menguatkan dan Melindungi Paru-Paru
2.
Meningkatkan Sistem Imun Badan
3.
Melegakan Batuk, Selesema & Radang Paru-Paru
4.
Mengatasi Masalah Resdung, Alahan, Asma & Ekzema
5.
Menyokong Kesihatan Sendi
6.
Menyihatkan Jantung
7.
Memberikan Tenaga
8.
Mengawal Gula di Dalam Darah
9.
Mencantikan Kulit
10. Anti Kanser & Anti Virus
4 Kelebihan Eskayvie Diffenz
1. Kaya Dengan Vitamin C dan
D
Kandungan vitamin pada dos optimum yang mencukupi untuk sistem pertahanan badan.
2.
Diperkaya dengan Cendawan Susu Harimau & Buah Camu-Camu
Kapasiti antioksidan, fenolik dan flavonoid yang tinggi untuk meningkatkan perlindungan dalaman.
3. Gabungan
4 bahan berantioksidan tinggi dalam 1 tablet
Kandungan antioksidan dan bahan aktif yang sukar didapati dalam satu tablet mudah untuk perlindungan dari dalaman.
4. Tablet
boleh kunyah berperisa blackcurrant yang lazat
Rasa enak & sesuai untuk diambil pada bila-bila masa sahaja.Banyak kajian yang telah membuktikan bahan-bahan di dalam Eskayvie Diffenz mampu membantu meningkatkan sistem imun, melindungi daripada jangkitan virus dan meningkatkan fungsi paru-paru, jantung dan hati.
Selagi ada
peluang, Kita Ikhtiar dan dapatkan sokongan khasiat Cendawan Susu Harimau, Buah
Camu-camu, Vitamin C dan Vitamin D yang boleh membantu menyokong kesihatan
paru-paru dan meningkatkan sistem imun tubuh anda dan keluarga.
Perlindungan
4 penjuru daripada Eskayvie Diffenz ini
boleh didapati dengan hanya 1 tablet. Ia sangat mudah dinikmati dengan rasa
buah anggur hitam yang enak dan boleh diambil semua peringkat umur bermula 5
tahun dan ke atas.
TESTIMONI PENGGUNA ESKYAVIE DIFFENZ
Norfadillah bukan sahaja telah pulih dari positive covid bahkan pulih dari asma
PRODUK ESKAYVIE DIFFENZ MENDAPAT PENGIKTIRAFAN
SOALAN & JAWAPAN
Bolehkah ibu mengandung mengambil Eskayvie
Diffenz?
Boleh.
Seelok-eloknya pengambilan Eskayvie Diffenz diambil selepas trimester pertama.
Adakah Eskayvie Diffenz perlu disimpan di dalam
peti sejuk?
Hanya
simpan pada suhu bilik dan elakkan daripada terdedah kepada cahaya matahari.
Tutup rapat penutup botol Eskayvie Diffenz untuk mengelakkan ia teroksidasi.
Bolehkah kanak-kanak di bawah umur kurang 5 tahun
mengambil Eskayvie Diffenz?
Kanak-kanak
berusia kurang 5 tahun tidak digalakkan untuk mengambil suplemen. Mereka lebih
disyorkan untuk mendapatkan nutrisi melalui pemakanan dan diet yang seimbang
seperti buahan, sayuran, hasil tenusu dan protein yang cukup. Pengambilan Eskayvie
Diffenz yang disyorkan adalah setengah biji sehari untuk kanak-kanak berumur 2
hingga 4 tahun.
Dari manakah sumber Cendawan Susu Harimau?
Cendawan
Susu Harimau hanya boleh didapati di kawasan tertentu yang bersuhu lembab dan
sejuk. Namun kini, penghasilan Cendawan Susu Harimau telah dikultur dan
dikomersialkan untuk memudahkan lebih ramai mendapat kebaikannya. Malah, kajian
mendapati Cendawan Susu Harimau yang dikulturkan mempunyai kandungan nutrisi
yang lebih tinggi berbanding yang tumbuh meliar.
Adakah pengambilan buah Camu-Camu berbahaya
kerana ia mengandungi kandungan Vitamin C 60 kali ganda lebih tinggi berbanding
buah oren?
Walaupun buah Camu-camu mempunyai kandungan
Vitamin C yang tinggi, kajian mendapati tiada jumlah toksik yang dikesan
sehingga kini. Formulasi Eskayvie Diffenz telah mengambil kira jumlah buah
Camu-camu yang bersesuaian dan berdasarkan kajian sains terkini.
Bagaimana?
Hebatkan Eskayvie Diffenz ni?
Tak sangka
banyak kelebihan yang ada hanya dalam 1 tablet sahaja untuk kita tingkatkan
sistem imun badan.
Jangan
tunggu lagi, dapatkan segera Eskayvie Diffenz ini. Kita ikhtiar sebaik mungkin
untuk elakkan diri kita terkena Covid-19 dan serangan virus-virus lain. Sayangi
diri kita dan keluarga kita.
Klik www.Diffenz.com dan dapatkan Eskayvie Diffenz untuk perlindungan diri dan keluarga anda atau hubungi 03-5511 1050 / 019-608 3027 untuk maklumat lanjut.
Maklumat
lanjut mengenai Eskayvie Diffenz boleh layari laman web dan media social
dibawah.
Website: www.diffenz.com
Facebook: https://www.facebook.com/eskayviemalaysia21official
Instagram: https://www.instagram.com/eskayviemalaysia/
#EskayvieDiffenz #KitaIkhtiar #KitaJagaKita
7 Ulasan