KURANGKAN RISIKO TERKENA COVID DENGAN ESKAYVIE DIFFENZ

 Hi everyone,

Kali ni saya nak tulis artikel berkaitan dengan daya pertahanan tubuh yang kuat amat penting semasa musim pandemik Covid19 ni. Kalau boleh kita tidak mahu jatuh sakit meskipun hanya demam biasa.

Selesema sikit pun dah risau sangat ‘Eh, ini covid kah?’ ….

Salah satu cara saya nak dapatkan daya ketahanan tubuh yang kuat adalah dengan pengambilan Vitamin C dan D yang cukup. Kita sedia maklum tubuh manusia tidak boleh menghasilkan vitamin C dan D. Oleh itu, kita perlu mengambil daripada sumber lain terutamanya daripada makanan harian atau makanan tambahan. Saya ambil vitamin C yang ada bahan Cendawan Susu Harimau terutamanya di musim wabak ini.

Pernah dengar Cendawan Susu Harimau?

Kalau nak tahu, sebenarnya nutrisi daripada Cendawan Susu Harimau kini semakin mendapat tempat di hati pengguna kerana kajian mendapati khasiatnya mampu menguatkan paru-paru.

ESKAYVIE

Perlindungan Lengkap 4 Nutrisi Eskayvie Diffenz Bantu Tingkatkan Sistem Imun Badan

Eskayvie

Melalui revolusi dunia sains, Eskayvie Diffenz telah mengenengahkan 4 bahan utama iaitu Cendawan Susu Harimau, buah Camu-Camu, Vitamin C dan Vitamin D.

Gabungan bahan ini sudah tentu memudahkan para pengguna untuk mendapat kebaikan empat bahan dengan bukan hanya mudah tetapi murah. Cuba bayangkan jika anda mengambil 4 jenis suplemen, sudah tentu harganya akan mencecah RM499 dan ke atas. Tetapi Eskayvie Diffenz menyediakan anda pilihan yang lebih berpatutan dengan hanya RM60 bagi satu botol.

Bahan Yang Terdapat Di Dalam Eskayvie Diffenz 

1. Cendawan Susu Harimau

Untuk pengetahuan anda, nutrisi daripada Cendawan Susu Harimau semakin mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia kerana ia mengandungi khasiat yang boleh menyembuhkan masalah kesihatan berkaitan sistem pernafasan seperti batuk kronik, asma, resdung, demam dan selesema.

Cendawan ini didapati hanya tumbuh di kawasan hutan tebal tertentu terutama Banjaran Titiwangsa dan mempunyai keunikan tersendiri sehingga menyebabkan usaha mencarinya menjadi sangat sukar.

Kebaikan Cendawan Susu Harimau yang terdapat di produk Eskayvie Diffenz

Ramai penyelidik yang membuat kajian mengenai kebaikan cendawan herba itu, mengakui ia tumbuh di bawah tanah dan hanya payungnya sahaja akan keluar ke permukaan bumi. Cendawan Susu Harimau dikatakan hampir pupus dan hanya boleh didapati di kawasan tertentu yang bersuhu lembab dan sejuk.

Namun kini, dengan kemajuan sains dan teknologi, penghasilan Cendawan Susu Harimau telah dikultur dan dikomersialkan untuk memudahkan lebih ramai mendapat kebaikannya. Malah, kajian mendapati Cendawan Susu Harimau yang dikulturkan mempunyai kandungan nutrisi yang lebih tinggi berbanding yang tumbuh meliar.

2. Buah Camu-Camu 

Buah Camu-camu, superfood dari Amazon yang sememangnya mempunyai kandungan Vitamin C 60 kali ganda mudah diserap berbanding buah oren.

Superfood ini turut mengandungi pelbagai antioksidan dan kaya dengan mineral Zinc, Magnesium dan Manganese yang mampu menguatkan sistem imun badan.

3. Vitamin C

Vitamin C sangat penting untuk kekuatan daya pertahanan tubuh. Kekurangan vitamin C mengakibatkan manusia mudah dijangkiti pelbagai penyakit akibat daripada sistem imun yang lemah.

Walaupun vitamin C ini mudah didapati melalui pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan seperti limau, cili, bayam, strawberi dan brokoli, tetapi hampir 95% rakyat Malaysia tak mengambil buahan dan sayuran yang cukup.

4. Vitamin D

Vitamin D pula sangat terkenal dengan jolokan vitamin percuma kerana ia diperolehi daripada cahaya matahari. Walau bagaimanapun, 64.5% daripada rakyat Malaysia mengalami masalah kekurangan vitamin ini.

Vitamin D sangat diperlukan manusia untuk memperkuatkan daya tahan tubuh kerana ia mampu mengaktifkan sel T untuk menghasilkan lebih banyak fosfolipase C-γ1 yang diperlukan sistem pertahanan tubuh manusia.

Eskayvie

Dr Syid Ayob Syid Mustafa AlQudri, doktor perubatan dan pakar formulasi yakin peranan makanan tambahan atau suplemen amat penting untuk membekalkan sumber-sumber nutrisi yang tidak cukup ini dengan lebih mudah dan cepat. Beliau juga percaya pengambilan suplemen tidak boleh dipandang remeh terutamanya apabila usia semakin meningkat. Lebih-lebih lagi jika anda sudah mengalami penyakit seperti diabetes, darah tinggi dan jantung. 

Ada pendapat yang mengatakan cukup sekadar mengamalkan pemakanan yang seimbang dan semulajadi. Manakala sebarang pengambilan suplemen atau vitamin hanya akan menghasilkan air kencing yang mahal apabila ia dikumuhkan.

Namun begitu, pendapat ini mungkin benar jika dunia kita bebas daripada pencemaran; sentiasa mengamalkan pemakanan  yang sihat; makanan yang diambil adalah segar dan bebas daripada pencemaran terpaksa seperti kandungan raksa daripada ikan dan kandungan racun serangga daripada sayuran dan buahan; usia yang masih muda di mana semua fungsi sistem dan organ badan masih tip-top; memiliki sistem imun yang tiada cacat cela  termasuk penghasilan antioksidan semulajadi yang tidak semakin menurun dengan usia; dan kita menjalani gaya hidup sihat yang optima tanpa stres. 

Semua itu sebenarnya agak sukar untuk direalisasikan dalam kehidupan sebenar terutamanya di zaman moden ini yang terlalu banyak pendedahan diri  terhadap makanan terproses (junkfood), pencemaran yang berleluasa, stres  kehidupan, pola hidup yang kurang aktif serta pelbagai faktor lain yang sememangnya tidak menjayakan model kehidupan amalan gaya hidup sihat.  

Vitamin C digunakan di ICU:

Menurut artikel yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia baru-baru ini. Kajian melibatkan penggunaan Vitamin C ke atas pesakit Covid-19 yang kritikal dan berada di ICU mendapati keputusan yang memberangsangkan. 14% daripada kes-kes positif Covid-19 ini melibatkan acute lung injury (ALI) dan acute respiratory distress syndrome. Pencetusnya ialah lambakan cytokine atau cytokine storm dalam darah menyebabkan tekanan oksidatif yang melampau seterusnya menyebabkan kerosakan tisu paru-paru yang teruk. 

Dalam kajian ini, Vitamin C dos tinggi diberikan ke atas pesakit COVID19 sebagai antioksidan yang berpotensi untuk mengurangkan tekanan oksidatif dalam usaha mengurangkan tahap kerosakan tisu paru-paru, juga dalam usaha mencegah kegagalan fungsi organ yang lain.

Covid is real-Pn Zai Zalehah

Pesakit yang terlibat dalam kajian tersebut mempunyai masalah kesihatan yang pelbagai. Mereka juga adalah perokok. Daripada ujian tersebut, kumpulan yang diberi rawatan tambahan dengan Vitamin C didapati mempunyai tempoh sakit berkurangan dan Sequential Organ Failure Assessment score yang lebih baik. Kesemua mereka diberi ubat-ubatan yang biasa diberikan untuk keadaan mereka dan satu kumpulan ditambah dengan Vitamin C.

Keputusan kajian mendapati pesakit yang beri rawatan tambahan Vitamin C – 57% discaj dari hospital dengan sihat, 29% discaj dengan ketidakupayaan dan 14% meninggal dunia. Berbanding kumpulan yang tidak dirawat dengan Vitamin C - 71% kematian, 29% discaj dengan ketidakupayaan iaitu bebas Covid-19 tapi mengalami kegagalan atau kecederaan pada organ lain.

Berdasarkan informasi ini, vitamin C telah digunakan dalam rawatan COVID-19 untuk pesakit yang mempunyai komplikasi radang paru-paru dan kajian telah dijalankan untuk melihat keberkesanan vitamin C untuk perkara yang sama. Terdapat sebuah artikel yang diterbitkan oleh Chinese Journal of Infection Diseases, the Shanghai Medical Association yang memperakukan kegunaan intravena vitamin C untuk pesakit COVID-19 yang memerlukan rawatan di hospital.

Walaubagaimanapun, rawatan vitamin C bukan satu rawatan standard yang diiktiraf untuk Covid-19 buat masa ini. Kajian pengambilan intravena Vitamin C dalam dos yang tinggi masih lagi sedang diuji untuk mengetahui sama ada ia dapat meningkatkan fungsi paru-paru pesakit Covid-19.

Eskayvie Diffenz Bantu Tingkatkan Sistem Imun Badan Sepanjang Pandemik Covid-19

Eskayvie

Eskayvie Diffenz merupakan suplemen keluaran Eskayvie bagi menyokong penjagaan gaya hidup sihat individu. Ia diformulasikan bagi membantu meningkatkan sistem imun badan, melindungi dan menguatkan paru-paru.

Eskayvie Diffenz dihasilkan daripada 100% bahan semulajadi, diformulasikan oleh Doktor Perubatan, bebas Steroid serta Halal dimakan dan mendapat kelulusan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia).

Eskayvie Diffenz Membantu:

1.    Menguatkan dan Melindungi Paru-Paru

2.    Meningkatkan Sistem Imun Badan

3.    Melegakan Batuk, Selesema & Radang Paru-Paru

4.    Mengatasi Masalah Resdung, Alahan, Asma & Ekzema

5.    Menyokong Kesihatan Sendi

6.    Menyihatkan Jantung

7.    Memberikan Tenaga

8.    Mengawal Gula di Dalam Darah

9.    Mencantikan Kulit

10. Anti Kanser & Anti Virus

4 Kelebihan Eskayvie Diffenz

Eskayvie

1. Kaya Dengan Vitamin C dan D

Kandungan vitamin pada dos optimum yang mencukupi untuk sistem pertahanan badan.

2. Diperkaya dengan Cendawan Susu Harimau & Buah Camu-Camu

Kapasiti antioksidan, fenolik dan flavonoid yang tinggi untuk meningkatkan perlindungan dalaman.

3. Gabungan 4 bahan berantioksidan tinggi dalam 1 tablet

Kandungan antioksidan dan bahan aktif yang sukar didapati dalam satu tablet mudah untuk perlindungan dari dalaman.

4. Tablet boleh kunyah berperisa blackcurrant yang lazat

Rasa enak & sesuai untuk diambil pada bila-bila masa sahaja.Banyak kajian yang telah membuktikan bahan-bahan di dalam Eskayvie Diffenz mampu membantu meningkatkan sistem imun, melindungi daripada jangkitan virus dan meningkatkan fungsi paru-paru, jantung dan hati.

Selagi ada peluang, Kita Ikhtiar dan dapatkan sokongan khasiat Cendawan Susu Harimau, Buah Camu-camu, Vitamin C dan Vitamin D yang boleh membantu menyokong kesihatan paru-paru dan meningkatkan sistem imun tubuh anda dan keluarga.

Perlindungan 4 penjuru daripada Eskayvie Diffenz ini boleh didapati dengan hanya 1 tablet. Ia sangat mudah dinikmati dengan rasa buah anggur hitam yang enak dan boleh diambil semua peringkat umur bermula 5 tahun dan ke atas.

Eskayvie

TESTIMONI PENGGUNA ESKYAVIE DIFFENZ

Eskayvie

Eskayvie

Eskayvie

Eskayvie

Norfadillah bukan sahaja telah pulih dari positive covid bahkan pulih dari asma


PRODUK ESKAYVIE DIFFENZ MENDAPAT PENGIKTIRAFAN 

Eskayvie

SOALAN & JAWAPAN

Bolehkah ibu mengandung mengambil Eskayvie Diffenz?

Boleh. Seelok-eloknya pengambilan Eskayvie Diffenz diambil selepas trimester pertama.

 

Adakah Eskayvie Diffenz perlu disimpan di dalam peti sejuk?

Hanya simpan pada suhu bilik dan elakkan daripada terdedah kepada cahaya matahari. Tutup rapat penutup botol Eskayvie Diffenz untuk mengelakkan ia teroksidasi.

 

Bolehkah kanak-kanak di bawah umur kurang 5 tahun mengambil Eskayvie Diffenz?

Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun tidak digalakkan untuk mengambil suplemen. Mereka lebih disyorkan untuk mendapatkan nutrisi melalui pemakanan dan diet yang seimbang seperti buahan, sayuran, hasil tenusu dan protein yang cukup. Pengambilan Eskayvie Diffenz yang disyorkan adalah setengah biji sehari untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 4 tahun.

 

Dari manakah sumber Cendawan Susu Harimau?

Cendawan Susu Harimau hanya boleh didapati di kawasan tertentu yang bersuhu lembab dan sejuk. Namun kini, penghasilan Cendawan Susu Harimau telah dikultur dan dikomersialkan untuk memudahkan lebih ramai mendapat kebaikannya. Malah, kajian mendapati Cendawan Susu Harimau yang dikulturkan mempunyai kandungan nutrisi yang lebih tinggi berbanding yang tumbuh meliar.

 

Adakah pengambilan buah Camu-Camu berbahaya kerana ia mengandungi kandungan Vitamin C 60 kali ganda lebih tinggi berbanding buah oren?

Walaupun buah Camu-camu mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi, kajian mendapati tiada jumlah toksik yang dikesan sehingga kini. Formulasi Eskayvie Diffenz telah mengambil kira jumlah buah Camu-camu yang bersesuaian dan berdasarkan kajian sains terkini.

Bagaimana? Hebatkan Eskayvie Diffenz ni?

Tak sangka banyak kelebihan yang ada hanya dalam 1 tablet sahaja untuk kita tingkatkan sistem imun badan.

Jangan tunggu lagi, dapatkan segera Eskayvie Diffenz ini. Kita ikhtiar sebaik mungkin untuk elakkan diri kita terkena Covid-19 dan serangan virus-virus lain. Sayangi diri kita dan keluarga kita.

 

Klik www.Diffenz.com dan dapatkan Eskayvie Diffenz untuk perlindungan diri dan keluarga anda atau hubungi 03-5511 1050 / 019-608 3027  untuk maklumat lanjut.

Maklumat lanjut mengenai Eskayvie Diffenz boleh layari laman web dan media social dibawah. 

Website: www.diffenz.com

Facebook: https://www.facebook.com/eskayviemalaysia21official

Instagram: https://www.instagram.com/eskayviemalaysia/

#EskayvieDiffenz #KitaIkhtiar #KitaJagaKita

Catat Ulasan

7 Ulasan

Cik Fafa berkata…
Memang bagus sangat kita baca part kandungan dalam tablet pon wowwwww.... terbaiklah.. moga ini boleh diamalkan untuk jadi ikhtiar musim.pendamik
Rawlins GLAM berkata…
Dalam usaha semua memerangi covid, memang kita sekarang kena #KitaJagaKita dan kesihatan dalaman memang penting. This will be a good addition to our current protection kan.
Ruby berkata…
Produk ni memang bagus. Ingredients sesuai utk sistem Imuniti. Mesti sedap kan. Kak Ruby baru nak mencari suplimen.
AyuArjuna BiGoshh berkata…
baca review rmi yg memberikan kata2 yg positive los guna.. formulasi pun mmg menyakinkan dan menarik
marsha berkata…
Pak Nil jadi duta eskayvie diffenz ni sebab dah rasai kehebatannya kan? Bagus ni kita ikhtiar untuk cegah dari awal
saidila berkata…
Ada jugak baca pasal keberkesanan produk Eskavie ni . Tapi apapun selagi boleh ikhtiar kita cuba jer. Janji tak menyalahi undang2. Nak kata berkesan tu tak berani tapi tak salah untuk mencuba kan..
Sunshine Kelly berkata…
I m taking supplements to boost my immunity too, will check out Eskayvie Diffenz