Selesai akhirnya ! komitmen selama satu bulan mengikuti Sabah Talent Entrepreneurship Program (STEP) bagi Kursus E-Commerce (Retailing Gig Economy). Sebenarnya, saya hanyalah peserta shortlisted. Seorang lelaki di hujung telefon bersuara :
'kami menerima permohonan cik untuk mengikuti program ni, tetapi, kami minta maaf kerana program ini sudah penuh.'
Saya menjawab acuh tidak acuh 'oh tidak apalah..., err, sebenarnya ini Program apa?'
bla..bla..bla.....
'bah, kalau ada kekosongan nanti kamu call saya ya'....
Keesokan harinya, saya dihubungi lagi oleh pihak JPSM dan memberitahu saya bahawa ada seorang peserta yang tarik diri daripada mengikuti program STEP. Maka, nama saya dimasukkan untuk menggantikan orang tersebut.
Saya tidak tahu samada harus bersyukur atau 'habislah, satu bulan tu.... 7.30 pagi dah masuk Zoom sampai jam 5.00 petang'. Namun, saya jarang tidak berkomitmen ketika bersetuju untuk melakukan sesuatu. Apalagi, jika itu memberi faedah. Untuk tahun ini sahaja, saya sudah mengikuti banyak kursus termasuk, kelas bahasa Korea. One framing that I find empowering is to do something for the experience. If you choose not to do something, you don't get the experience, which means you miss out on a lot of potential benefits such as, new lessons, more character growth, new friends or maybe a whole new social circle, new income-generating ideas, new invitations, new opportunities, new skills, less boredom, a sharper, fitter, less fragile brain and many more !
Something you're choosing between one interesting experiencing and another, but more often it's a choice between something new and something familiar. There's still plenty to explore right now without risking your health or the health of others. You can access a treasure chest of new experience from your home. Please, don't blame the virus ! haha. That why JPSM conducted the program via Zoom. Thanks JPSM and to the best trainer from SSTC as well (is it okay to mention your name here ? he he).
This time is a gift. You could remake your identity during this time. You could develop new skills that you'll cherish for the rest of your life. Now I know how to write a business plan, know what is FIFO and LIFO in retailing marketing and digital marketing.
'kau jadi best student sebab selalu buka camera masa kelas' sebenarnya, ada beberapa orang. Apa kriteria menjadi seorang pelatih terbaik ? saya tidak tahu. Saya cuma bosan tidak melihat strangers. Namun, belum pun sampai 30 hari para strangers ini sudah menjadi biasa dan kawan. I like observing. Saya masih ingat gaya-gaya semua peserta dan lecturers sepanjang kursus. Saya tahu siapa yang pura-pura sibuk atau tidak kuat rangkaian internet. hahaha. Normallah, kerana saya juga pernah di posisi itu. Bahkan, saya pernah 'mencuri waktu' sang penemuduga Universiti Malaysia Sabah beberapa bulan yang lalu. Saya tiada niat pun sambung pengajian waktu itu, lagipula, bidang yang ditawarkan bukanlah bidang saya. Saya cuma mahu tahu bagaimana mereka melakukan interview untuk sambung pengajian, apa soalan mereka dan siapa penemuduga itu. I like talking with strangers !
Seringkali, ketika sesi pembelajaran berlangsung, saya mengganggap diri saya berada di dalam dewan kuliah yang sebenar. Mempunyai real interaction kecuali, ada satu hari waktu itu saya sangat mengantuk. Waktu itu, kelas petang dan merupakan revision time. Saya tidur jam 2.30pm dan bangun 20 minit sebelum sesi kelas berakhir pada hari itu untuk bergambar. Saya bukan pelajar terbaik. Saya cuma berkomitmen. I admire people who are generous, especially with their time. The flow is so much more interesting with people who put some effort into giving and contributing to others, whether it comes naturally for them or they had to work at becoming that way.
30 hari akhirnya selesai dan kami menghadiri penyampaian sijil di Hyatt Hotel. 2 hari sebelum event tersebut, one of the lecturer sent a message to me ''kami sebulat suara choose you sebagai best student''..''dan perlu berucap''.
Satu hari sebelum event, saya tengok aturcara dan siapa yang akan hadir di majlis tersebut. Oh, ada YBhg. Tuan Zainudin Bin Musa, Setiausaha Tetap Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi Sabah. Pengarah JPSM & SSTC dan beberapa tetamu VIP yang lain. Wow, mantap jiwa ! namun, beberapa minit sebelum sesi rehearsal bermula pengurus kami memberitahu bahawa, saya tidak perlu berucap tetapi, hanya perlu naik ke pentas untuk menerima hadiah khas. Hatiku bermonolog ''eh, kenapa'' (lol. just kidding!). Thanks for the special gift and a laptop !
Paling best, saya dapat team Power Rangers merah. Meriah satu kampung ! Selama berkursus, kami turut diberikan kumpulan untuk beberapa sesi kerja berkumpulan dan pembentangan. I like people who really know how to play, especially when they're at work. It's wonderful to see people inject some fun and personality into what they do - that really adds tremendous value. Tidaklah kaku macam robot atau penuh skema. How can you live on this planet and not find something to laugh about every day ? err, ya we all have our issues - some people are just better at hiding or reframing them. And yes, I thank God for the early Christmas gift this year too, which is the unexpected friendship ! one is a new brand coffee founder, another one is a wedding planner dan seorang lagi boss nasi lemak. Saya pula, sedang bertatih dan masih berlatih menjadi seorang entrepreneur.
Ringkas cerita, para peserta kursus semuanya hebat-hebat belaka dengan personaliti tersendiri. Tiba masanya untuk praktik apa yang telah dipelajari. If you're not a risk taker, you should get the hell out of business.
Ada masa, saya akan tulis semua usaha/perniagaan kawan-kawan sekursus seperti, fitness wellness, florist, pengusaha pasu bunga dari sabut kelapa, kedai runcit dan macam-macam lagi. Jika pada awal penglibatan saya dalam kursus ini hanya acuh tidak acuh, hari ini saya tahu ia adalah hadiah dan peluang yang tiada ternilai.
Terima kasih JPSM
Terima kasih SSTC
God bless you all.
6 Ulasan