[CAMPSITE KIULU, SABAH]
Jelajah kali ini adalah menyusur sebuah desa pedalaman dalam daerah Tuaran, Sabah. Sebuah lokasi camping dengan tagline outdoors with quality iaitu, D'Idiama Campsite. Ia terletak di Kg. Pahu, Kiulu dan merupakan private property.
Perjalanannya lebih kurang macam ni, kalau dari Pekan Tamparuli terus ke Kiulu-Pukak-Pahu dan dari Kg. Pahu, boleh terus ke Kg. Rondogung atau tembus ke jalan Ranau. Maknanya, lokasi ini boleh di akses melalui jalan Ranau-Pahu atau Kiulu-Pahu.
Kampung Pahu terkenal dengan aliran sungai-sungai yang tenang dan mendamaikan. Jika ke D'Idiama Campsite, bolehlah mandi sungai sepuas hati. Setakat ini ia masih belum di buka kepada orang ramai tetapi, sudah boleh melakukan riadah dan camping. Paling menarik, antara semua campsite di kampung ini D'Idiama masih tidak meminta apa-apa bayaran. Hanya perlu beritahu pemilik campsite untuk berada di kawasan tersebut selama berapa hari.
Kawasan campsite agak luas jika mengambil kira kawasan bukit. Namun, untuk waktu ini, kawasan yang di buka hanyalah kawasan padang dan sungai untuk aktiviti berkhemah dan mandi sungai. Untuk pengetahuan, D'Idiama tidak menerima jumlah pelawat yang ramai dalam satu masa yang sama demi keselamatan dan keselesaan para pengunjung.
Di malam hari, para campers berpeluang melakukan aktiviti stargazing selain berkongsi cerita sesama rakan sambil memasang unggun api dan memanggang marshmellow. Oleh kerana, aktiviti berkhemah adalah untuk ketenangan atau lari dari kesibukan harian, waktu bising dihadkan sehingga jam 9 malam sahaja. Selepas detik ini, semua orang diharapkan untuk menghargai waktu tenang dan sunyi (melainkan, para campers adalah dari group yang sama dan dibenarkan sehingga jam 10 malam).
Paling istimewa, D'Idiama Campsite mempraktikkan penanaman sayur-sayuran organik dan menggunakan baja kompos dari tumbuh-tumbuhan yang ada di sekitar campsite. Antara tanaman yang ada waktu ini adalah; jagung, cherry tomatoes, cili, kangkung dan beberapa jenis sayur hijau yang lain. Para pelawat dibenarkan memetik sayur sendiri (atas kebenaran si pemilik). Setakat ini, saya belum pernah jumpa lokasi terbaik macam ni (atau...oleh kerana lama terperap di rumah, saya tidak tahu ? haha).
D'Idiama Campsite sesuai untuk kanak-kanak kerana, ia tidak crowded dan mempunyai aktiviti memberi makan ikan-ikan di sungai dan juga, berpeluang melihat arnab dan melukis batu.
D'Idiama Campsite seperti kata saya di awal tulisan, masih belum di buka kepada orang ramai tetapi, boleh datang (yang penting kena hubungi pihak D'Idiama). Fasiliti masih sangat biasa dan tanpa elektrik. Ada tandas dan internet coverage memang very limited (berkhemah di tepi sungai, memang internet agak cun).
Hammock setakat ini masih percuma. Bayangkan berhammock di tepi sungai, mata cepat betul terlelap. Ala-ala, hidup ini tiada masalah atau...masalah pergi di bawa angin sungai.
Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi D'Idiama Campsite.
0 Ulasan