[ASIA PARKS CONGRESS, SABAH]
APC atau 2nd Asia Parks Congress telah berlangsung pada 24-29 Mei 2022 dan telah pun melabuhkan tirainya. Tulisan ini sepatutnya terbit sehari setelah ia usai tetapi, apakan daya...empunya diri terlena dalam kemewahan masa 'nanti saja'.
Ketika di tanya ahli persatuan, siapakah yang berminat untuk turut serta dalam kongres ini ? tempat adalah terhad kepada 10 ahli dan yuran di bayar oleh Persatuan dan Sabah Tourism Board. Memandangkan saya terlalu baru dalam persatuan, saya mendiamkan diri. Beberapa hari berlalu, hanya 2 orang mendaftarkan diri. Saya akhirnya mendaftar diikuti oleh beberapa peserta lain. Itu pun tidak mencapai 10 orang. Sebenarnya, ia adalah peluang bertemu dengan ahli delegasi dari seluruh negara Asia. Tentunya, saya suka. Kongres pertama berlangsung di Sendai, Jepun pada tahun 2013. Jika menanti peluang seterusnya, kemungkinan ia tidak berlaku lagi pada diri saya.
Meski saya tidak mengenal sesiapa kecuali Presiden persatuan, saya berasa ia bukanlah isu besar. Hal terpenting adalah berani melangkah dan tetap yakin meski, di tengah lautan manusia asing. Mau tidak mau, terpaksa juga say hi dengan orang sebelah (ha ha). Paling best semasa excursions time kerana dapat berinteraksi secara langsung dengan delegasi luar. Saya memilih Mari-Mari Cultural Village untuk dilawati walaupun, lokasi itu sangat dekat dengan saya. Delegasi yang lain melawat National Park, Tunku Abdul Rahman Park dan beberapa kawasan pelancongan lain. Melalui excursion saya mendapat kenalan baru lagi atau dengan kata lain, new networking !
Apa yang saya dapat melalui Kongres ini ? banyak info dan tentunya sebuah pengalaman berharga yang saya dapatkan secara percuma. Para peserta/delegasi di beri pilihan untuk memasuki salah satu daripada 6 working group yang ada. Saya memasuki working group 5 - memberi fokus kepada economic and financial sustainability of protected and conserved area dan diketuai oleh UNDP. Antara aktiviti semasa kongres ialah; plenary, working group sessions, poster session, youth forum, indegineous forum and local communities forum dan banyak lagi. Makan ? tentunya di tanggung penuh dan lazat-lazat belaka. Jika berlangsung sedikit lebih lama, saya pasti kilogram para peserta akan bertambah (ha ha)
Sepanjang kongres berlangsung, exhibition di Kinabatangan Hall, SICC turut diadakan. Pelbagai produk tempatan beserta pameran dapat di beli dan di lihat. Tahun ini saya mengenal ramai usahawan dengan hasil produk yang menarik.
2nd APC berlangsung cemerlang dengan 1,200 penyertaan dari 49 buah negara, jointly convened by Sabah Parks, Malaysia dan IUCN. As the delegates head home - many with new friends and new experiences of nature from site visits to local parks, cultural areas and ecotourism centre - they will take the Kota Kinabalu Declaration with them and help promote its key messages to their peers and policy-makers across Asia.
Thanks Kiulu Tourism Association and Sabah Board Tourism for the opportunities.
9 Ulasan