MANORIA VILLAGE, KIONSOM, SABAH

[MANORIA VILLAGE, SABAH]

Akhirnya, saya berjaya melawat sebuah lagi destinasi pelancongan dalam negeri Sabah. Terletak dalam kampung Kionsom, jauh dari pencemaran alam dan tentunya menjadi impian bagi semua pencinta ketenangan. 

Manoria Village

Sudah lama saya mengimpikan tempat seperti ini, alam hijau masih tertatah rapi dan paling menarik ia berada di dalam kawasan perkampungan. Suasana impian bukan ? Terletak di sebuah bukit, pohon-pohon hijau memberi rasa teduh dan nyaman, sungai mengalir tenang dan singkatnya, ia sangat menarik. Sesuai sebagai tempat rekreasi. Apatah lagi di sini terdapat rumah-rumah penginapan termasuk, bus cabin house untuk bermalam.

Manoria Village

Namun, saya ke sini hanya daytrip bersama rakan-rakan sekelas. Explore keseluruhan tempat juga tidak sempat saya lakukan. Terlalu sibuk dengan aktiviti berkumpulan termasuk, indoor games dan makan-makan. Maknanya, tiada review penuh tentang tempat ini melainkan, hanya gambar-gambar ketika berada di Manoria Village semasa permainan. Handphone pun lowbat masa tu. 

Manoria Village

Kenangan manis lebih berharga daripada harta berlimpah tetapi, penuh keegoan diri dan bangga diri. Menceriterakan secebis kejahatan seorang manusia dengan gelar seorang kaya dan bangga diri memuja dirinya sendiri ''kamu tahu nilai saya berapa ? 4 juta'' dan itu adalah lontaran katanya beberapa tahun yang lalu. Dia lupa, harga diri saya lebih mahal dari itu. 

Manoria Village

Bersahabatlah dan ciptalah kenangan-kenangan manis kerana, kenangan itulah yang justeru membuat kita tersenyum ketika sendirian atau ketika menyusur jalan usia. Paling menarik, dua tahun ini saya bertemu dengan ramai kawan baru berbanding, ketika saya duduk-duduk di pejabat menghadap komputer 8 jam sehari 2 tahun lalu. Terkadang terasa diri berada dalam sangkar konkrit, melihat entiti yang sama setiap hari, menaip aksara yang hampir sama setiap hari - statik ! lain lagi hal-ehwal manusia topeng ''malaikat depan, iblis belakang''. 

Keputusan drastik terkadang sulit di terima tetapi, ia adalah jalan terbaik menikmati hidup bahagia. 

Manoria Village

Sebagai penutup kepada daytrip outing di Manoria Village, turut diadakan cabutan nama bertuah. Seperti biasa, nama saya diumumkan sebagai pemenang utama. Bukan bangga diri tetapi, mungkin begitulah kisahnya - seorang Precious selalu menjadi juara (di baca sebagai ''berkat'' [ber.kat]).

Catat Ulasan

0 Ulasan