[ALFRED BASUMATARY]
Akhirnya saya bertemu dengan YouTuber terkenal dan educated dari North East India iaitu, Dr. Alfred Basumatary. Kalau tidak silap perbualan pertama kami lebih kurang 2 tahun lalu melalui video called bersama keluarga saya. Chit-Chating dan kemudian senyap tanpa lenyap kerana, masing-masing sibuk dengan dunia sendiri. Sebagai fan kepada YouTuber ini, kami seringkali menonton video-video di channelnya.
Siapa sangka kami berjaya bertemu dengannya secara depan mata. Ketika menyambut dia di Airport, jujur saja saya hampir tidak mengenal dia kerana wajahnya agak berbeza dan lebih cerah. Malah, wajahnya kelihatan mirip dengan orang Sabah terutama, orang Dusun. Tipikal orang Malaysia berfikir bahawa orang India itu berkulit gelap, ternyata di India sendiri ada banyak suku-kaum, ras dan budaya. Jangan hairan jika penduduk Nagaland salah sebuah wilayah di India kelihatan mirip seperti orang Korea.
28 Julai 2022, di suatu petang menuju malam. Hujan turun dengan lebat menyebabkan traffic jammed terjadi dan kami sampai ke Airport sekitar jam 18:25.
'hey, I'm outside'
'ok coming out'
'ok'
'I'm in front of door'
Saya tidak mengenal dia, dia menegur saya walhal sudah ada di depan mata. ha ha
...dan bermulalah kisah 2 minggu bersama dengannya dan semua kisah boleh di tonton melalui channelnya 'Traveling Alfred' dan 'Boroni Alfred'. Dia berada di Malaysia selama 1 bulan, sama seperti exploration-nya ke negara lain. Bertemu dengan orang terkenal dan berpendidikan tinggi tetapi, tetap humble merupakan sesuatu yang ramai orang tidak mampu lakukan. Saya bersyukur berjaya bertemu dengan manusia ini kerana, ramai para peminatnya mahu bertemu dengannya tetapi, tidak berjaya. Malah, waktu berada di Sabah ada beberapa orang yang mahu bertemu dengan dia tetapi, waktu tidak mengizinkan.
Terkadang inspirasi kita dapatkan tanpa kita jangka, terjadi tanpa kita berharap tetapi, mungkin waktu itu kita memerlukannya. Paling menarik, saya di ajar bagaimana cara memasak makanan Bodoland dan cara-cara membuat red tea. Sebagai tea lover, saya suka red tea !
Jangan takut mengejar impian 'just go with it. Don't worry about things, don't over plan, don't over pack. Simple is better.'
5 Ulasan