THE ARMENIAN STREET PENANG

[GEORGETOWN, PULAU PINANG]

Pergi ke Georgetown tidak lengkap tanpa melawat The Armenian Street Art - sebuah kawasan yang dipenuhi dengan seni lukisan. Seni dinding di sini adalah unik kerana ia adalah kisah hidup seharian masyarakat Penang.

Armenian Street Art Penang
Ada macam-macam jenis lukisan mural boleh di lihat - berbentuk humor dan ada pula lukisan penuh nostalgia, kisah dan sejarah. Sangat sesuai untuk mereka yang suka bergambar. Tentunya gambar yang dihasilkan tidak akan membosankan mata yang melihat. 
Armenian Street Art Penang
Okay, sebelum saya menulis lebih lanjut ada baiknya kita mengenal sejarah Armenian sebagai menambah wawasan para pembaca sekalian. Armenian Street berada dalam kawasan Georgetown dan sebelumnya ia di kenal sebagai Malay Lane. Suatu ketika dahulu para pedagang dari Armenia datang dan menduduki wilayah ini. Kemudian pada akhir tahun 1808 nama jalan ini di tukar kepada Armenian Street atau Jalan Armenia.
Armenian Street Art Penang
Para pedagang dari Armenia berperanan dalam membantu perkembangan ekonomi dan kehidupan sosial masyarakat setempat. Namun, pada abad ke-19 secara perlahan wilayah ini diambil alih oleh kaum Tionghua dan membina rumah keluarga seperti, Khoo Kongsi.
Armenian Street Art Penang
Pengaruh Eropah mulai masuk ke wilayah ketika terjadi pertempuran hebat antara kaum Tionghua dan masyarakat asli yang melibatkan tentara Inggeris. Tidak hairanlah rekabentuk dan architecture bangunan kuno dipengaruhi oleh Melayu, Tionghua dan Inggeris. Malah, ada beberapa mural yang terkenal di Armenian Street merupakan karya dari seniman asal Lithuania iaitu; Ernest Zacharevic. Inilah lukisan tersebut - Little Girl On a Bicycle.
Armenian Street Art Penang
Oleh kerana setiap lukisan di setiap lorong memaparkan sejarah tersendiri, maka anda kenalah rajin berjalan di seluruh lorong kawasan Armenian. Kalau malas berjalan, memang anda hanya akan melihat sebahagian lukisan sahaja. Waktu kami ke Armenian Street, cuaca sangat cerah secerah hati ini hehe. Mentari memancar terik tetapi, ia berada di antara lorong-lorong bangunan dan mempunyai banyak tempat untuk berteduh. Dah penat berjalan, boleh singgah mana-mana kedai makan di sekitar Armenian. 
Armenian Street Art Penang
Oh ya jangan bimbang jika anda malas berjalan, anda boleh menyewa skuter untuk explore Armenian Street atau naik beca pun boleh. Untuk mengelakkan kesesakan orang ramai, dicadangkan pergi pada hari biasa dan bukan public holidays. Namun, terkadang crowded pun menarik juga. At least kita tidak berasa sunyi berjalan sendiri dan aura tempat tu akan terasa lebih hebat apabila ramai pelancong lain ada di situ. Cuma masalahnya, kita kena berganti-ganti atau ikut turn ketika bergambar di sesuatu tempat. 
Armenian Street Art Penang
Kami datang semasa musim cuti sekolah, tidak hairanlah berpusu-pusu manusia melawat Armenian Street. 
Armenian Street Art Penang
Waktu Operasi
Setiap hari : 24 jam

Harga Tiket
Percuma

Catat Ulasan

7 Ulasan

Ruby berkata…
Wahhh bestnya dapat kembali travel dan jalan-jalan begini. Cantik mural di Pwnang ni. Makanan jangan cerita la kan. Memang best belaka. Nanti ke Penang nak jalan-jalan bergambar di sini. 😊

-www.ruby.my-
Bae Roslan berkata…
you make me miss my hometown. even i am penangites, im just being here few times haha miss penang already
仙妮 berkata…
Ohh wow...I miss Penang so much, while reading & viewing your photos in this sharing, I'm definitely gonna plan my trip to Penang for foods la, just can't wait
Cheers Siennylovesdrawing
Aerill Hassan berkata…
Saya yang sememangnya dah bertahun rumah dekat dengan Penang pun tak sempat lagi nak ke street ni. Lepas ni bolehlah kut curi masa jalan2 ke sini :)
Kitkat Nelfei berkata…
Really cantik kan this street, rasanya dah pernah sampai before this! But worth to revisit lagi kan!
halimah muhiden berkata…
Seronok jln2 kat penang, dah lama tak pg penang, next visit blhlah pg The Armenian Street Art tgk lukisan yg cantik2

Halimah
Mawardi Yunus berkata…
lama betul tak jejakkan kaki ke penang. nanti kena plan a trip ni ke sana.