[GEORGETOWN, PULAU PINANG]
Pergi ke Georgetown tidak lengkap tanpa melawat The Armenian Street Art - sebuah kawasan yang dipenuhi dengan seni lukisan. Seni dinding di sini adalah unik kerana ia adalah kisah hidup seharian masyarakat Penang.
Ada macam-macam jenis lukisan mural boleh di lihat - berbentuk humor dan ada pula lukisan penuh nostalgia, kisah dan sejarah. Sangat sesuai untuk mereka yang suka bergambar. Tentunya gambar yang dihasilkan tidak akan membosankan mata yang melihat.
Okay, sebelum saya menulis lebih lanjut ada baiknya kita mengenal sejarah Armenian sebagai menambah wawasan para pembaca sekalian. Armenian Street berada dalam kawasan Georgetown dan sebelumnya ia di kenal sebagai Malay Lane. Suatu ketika dahulu para pedagang dari Armenia datang dan menduduki wilayah ini. Kemudian pada akhir tahun 1808 nama jalan ini di tukar kepada Armenian Street atau Jalan Armenia.
Para pedagang dari Armenia berperanan dalam membantu perkembangan ekonomi dan kehidupan sosial masyarakat setempat. Namun, pada abad ke-19 secara perlahan wilayah ini diambil alih oleh kaum Tionghua dan membina rumah keluarga seperti, Khoo Kongsi.
Pengaruh Eropah mulai masuk ke wilayah ketika terjadi pertempuran hebat antara kaum Tionghua dan masyarakat asli yang melibatkan tentara Inggeris. Tidak hairanlah rekabentuk dan architecture bangunan kuno dipengaruhi oleh Melayu, Tionghua dan Inggeris. Malah, ada beberapa mural yang terkenal di Armenian Street merupakan karya dari seniman asal Lithuania iaitu; Ernest Zacharevic. Inilah lukisan tersebut - Little Girl On a Bicycle.
Oleh kerana setiap lukisan di setiap lorong memaparkan sejarah tersendiri, maka anda kenalah rajin berjalan di seluruh lorong kawasan Armenian. Kalau malas berjalan, memang anda hanya akan melihat sebahagian lukisan sahaja. Waktu kami ke Armenian Street, cuaca sangat cerah secerah hati ini hehe. Mentari memancar terik tetapi, ia berada di antara lorong-lorong bangunan dan mempunyai banyak tempat untuk berteduh. Dah penat berjalan, boleh singgah mana-mana kedai makan di sekitar Armenian.
Oh ya jangan bimbang jika anda malas berjalan, anda boleh menyewa skuter untuk explore Armenian Street atau naik beca pun boleh. Untuk mengelakkan kesesakan orang ramai, dicadangkan pergi pada hari biasa dan bukan public holidays. Namun, terkadang crowded pun menarik juga. At least kita tidak berasa sunyi berjalan sendiri dan aura tempat tu akan terasa lebih hebat apabila ramai pelancong lain ada di situ. Cuma masalahnya, kita kena berganti-ganti atau ikut turn ketika bergambar di sesuatu tempat.
Kami datang semasa musim cuti sekolah, tidak hairanlah berpusu-pusu manusia melawat Armenian Street.
Waktu Operasi
Setiap hari : 24 jam
Harga Tiket
Percuma
7 Ulasan
-www.ruby.my-
Cheers Siennylovesdrawing
Halimah