[GEORGETOWN, PULAU PINANG]
I don't need a fancy party to be happy. Just good friends, good foods, and good laughs.
I'm happy. I'm satisfied. I'm content.
Oleh kerana trip ini berdasarkan free and easy, kami tidak mempunyai tempat spesifik untuk dilawati. Tentunya, ada beberapa list sebagai rujukan tetapi tiada priority destinasi kecuali, Penang Hill. 8 jam di hari pertama, kami menyewa kereta pelancong dan sebelum 8 jam berakhir kami memilih untuk melawat Wonderfood Museum.
Tiada penyesalan. Soalan diajukan kepada pemandu pelancong untuk tempat rekomendasi samada Wonderfood Museum atau Dark Mansion Museum ? satu tentang makanan dan satu lagi muzium 'hanya' melihat lampu-lampu. Dari kata-katanya kami tahu Wonderfood adalah pilihan yang tepat.
Nah, setelah sampai di Wonderfood kami dikenyangkan dengan pelbagai replika makanan terkenal Malaysia. Sebut apa sahaja, semua jenis makanan warisan rakyat Malaysia ada di sini. Excited dia lain macam bila masuk muzium makanan ! Wajib bergambar dengan semua replika yang ada.
Magic-nya, ketika melihat makanan-makanan ini walaupun hanya replika mampu membuat hati bersorak riang gembira. Laughter is brighter in the place where the food is ! even it's only a replica. Lol. Nasi kandar, nasi lemak, char kuey teow, banana leaf, wantan mee, cendol dan macam-macam lagi. Tak lapar pun boleh jadi lapar nampak juadah palsu ni.
Apabila anda ke Georgetown, Wonderfood Museum memang wajib pergi. Apa lagi jika anda seorang warga pencinta makanan atau sekadar mencari tempat yang instagramable. Pergi sendiri memang kurang seronok, kena rancang pergi bersama kawan-kawan atau keluarga. Kali ni saya bersama dengan adik-beradik dan niece and nephew.
Selain melihat replika makanan, turut disediakan info berkenaan makanan yang dipamerkan. Jika anda malas bercerita tentang makanan kepada orang luar yang datang bertandang ke Malaysia, cukup undang mereka ke sini. Biar mereka melihat dan membaca info-info dengan sendiri. Kemudian...ajaklah mereka menikmati real juadah selepas itu.
Be responsible enough to know that wasting food is not a good thing.
Be smart and say NO to food waste.
Masa Operasi & Harga Tiket
Di buka setiap hari 9 am - 6 pm
Harga Tiket
Dewasa : RM25 non-Malaysian dan RM15 untuk MyKad
Kanak-kanak/warga emas : RM 15 non-Malaysia dan RM10 untuk MyKad
Alamat : 49, Lebuh Pantai, 10200 Georgetown, Penang
GPS : 5.416407, 100.341142
12 Ulasan
Company. For Tour & Travel Packages Please visit holidays.
apply singapore tourist visa
singapore tourist visa
how to get singpore tourist visa
singapore tourist visa for indian