THE HABITAT, PENANG HILL MALAYSIA

[PULAU PINANG]

Salah satu sebab travel ke Pulau Pinang selain makanan yang sedap dan murah, street art yang terkenal,  tentunya mahu menikmati panorama Pulau Pinang dari Bukit Bendera atau Signal Hill. Untuk sampai ke Bukit Bendera terdapat beberapa pilihan samada menggunakan keretapi (funicular train) melalui denai, hiking atau jalan lasak menggunakan jeep. 

THE HABITAT, PENANG HILL MALAYSIA

Namun, seperti saya dan ramai pelancong lainnya, keretapi adalah pilihan utama, cepat dan murah. Ia memakan masa hanya sekitar 7-10 minit sahaja. Namun, laluannya sangat curam dan hati ini sempat bermonolog 'andaikan tragedi berlaku...' kerana, keretapi ini bergerak sangat laju. Sangat terasa ketika keretapi turun dari puncak ke bawah.

THE HABITAT, PENANG HILL MALAYSIA

Kami tidak sekadar berada di Bukit Bendera, kami meneroka jauh ke dalam jantung Bukit Bendera 'The Habitat Hill' ! Tidak ramai yang sampai ke sini, entah mungkin kerana jarak menjadi ukuran atau tiket masuk menjadi alasan. Tiket seorang dewasa saja sudah RM60, bayangkan jika ahli keluarga ada ramai ? agak berbaloi untuk sekadar berada di kawasan utama Bukit Bendera (mungkin?). 

THE HABITAT, PENANG HILL MALAYSIA

Ada banyak tempat yang boleh dilawati termasuk, Taman Botani, Kopi Hutan, Monkey Cup Garden, owl museum dan banyak lagi termasuk, bangunan-bangunan bersejarah.

THE HABITAT, PENANG HILL MALAYSIA

The Habitat merupakan lokasi penting ketika berada di Penang Hill - zon semulajadi Bukit Bendera ! Udara segar, nyaman dan tenang. Hutan hujan tropika ini menghimpunkan pelbagai jenis flora dan fauna serta turut terdapat batu-batu granit yang besar. Sebagai warga bumi yang menghargai alam semulajadi terjaga rapi sejak leluhur, saya turut bangga melihat alam hijau ini menjadi eko-pelancongan bertaraf dunia yang pertama di Malaysia. 

THE HABITAT, PENANG HILL MALAYSIA

Langur Way Canopy Walk

Sebelum ni, saya pernah naik Ranau Canopy Walkway saja. Kali ini saya berpeluang berjalan di atas Langur Way Canopy Walk dengan paras 40 meter dari aras bawah. Memang menarik dan asyik ! bukankah salah satu tujuan melancong adalah untuk merehatkan minda dan menikmati panorama sekeliling ? laluan kanopi ini juga sangat sesuai bagi mereka yang mengalami masalah akrofobia (takut dengan ketinggian) untuk memulih dan menguji kecekalan mental. 

THE HABITAT, PENANG HILL MALAYSIA
THE HABITAT, PENANG HILL MALAYSIA

Tree Top Walk Curtis Crest

Kami akhirnya sampai ke puncak Bukit Bendera di Tree Top Walk Curtis Crest dengan pemandangan 360 darjah seluruh Pulau Pinang. Jika tidak berkabus waktu itu, kami sepatutnya dapat melihat Bel Retiro (rumah agam Gabenor Pulau Pinang) dan pulau-pulau di Langkawi. Selalu tengok Tree Top Walk Curtis Crest dalam media ja, kali ni kaki sendiri berjalan diatasnya. 

THE HABITAT, PENANG HILL MALAYSIA

Curtis Crest merupakan tempat melihat panorama tertinggi di Pulau Pinang, tiada platform melihat panorama lebih tinggi daripadanya. Ia sangat tinggi sehingga tiada apa-apa lagi disebelahnya selain kabus. Nama Curtis Crest diberikan sempena memperingati pakar botani Inggeris pada abad ke-19 iaitu, Charles Curtis (1853-1928). Beliau merupakan pengusaha pertama Penang Botanical Gardens.

THE HABITAT, PENANG HILL MALAYSIA

Each destination has a place in my heart because the experiences were all different.

Catat Ulasan

0 Ulasan