[CARA-CARA MEMBUAT PASSPORT SECARA ONLINE]
Tiba waktunya untuk renew Passport dan travel !
Paling menarik, tidak perlu lagi berbaris di kaunter untuk renew passport. Semua boleh dilakukan secara online. Cara-cara renew Passport secara online :
Apply, muat-naik gambar sendiri dan bayar secara online sahaja di https://imigresen-online.imi.gov.my/eservices/myPasport
Pastikan sebelum pergi, perlu buat appointment dulu di http://sto.imi.gov.my/STO/booking.php . Walk-in, tidak akan dilayan.
Selesai semua, pastikan print hardcopy resit bayaran dan juga bukti temujanji di email masing-masing. Kalau terlupa print, jangan risau. Biasanya akan ada kedai fotostat berdekatan.
Serahkan dokumen ni di Kaunter Nombor:
1. Resit Bayaran
2. Bukti Temujanji
3. IC
4. Passport lama.
Dalam masa tak sampai 15minit, anda akan dapat Passport baru dan dah boleh balik, packing pakaian dan travel !
Boleh install apps ID Passport Size Photo Editor di Play Store. Anda hanya perlu ambil gambar sendiri. Pastikan pencahayaan terang dan latar belakang kosong. Kalau ada ringlight, boleh guna.
Untuk wanita bertudung, pastikan pakai tudung gelap yang tidak bercorak. Untuk lelaki, pastikan rambut jangan menutupi dahi. Jangan pakai sebarang cermin mata untuk gambar passport.
Kini semuanya mudah dan boleh dilakukan di hujung jari anda.
0 Ulasan