MAJLIS KONVOKESYEN SLDN KALI KE-4

Perjuangan selama 6 bulan mengikuti Program Sistem Latihan Dual Nasional dalam bidang seni atau berkaitan Solekan dan kecantikan akhirnya selesai. Ini merupakan kursus pertama yang saya sertai berkaitan dengan kecantikan. Biasanya, saya hanya mengikuti program otak kiri seperti, programming atau e-commerce
Majlis Konvokesyen SLDN
Secara terang lagi bersuluh, saya sejujurnya zero tentang solekan. Apatah lagi, melukis kening! seperti Sin Chan. Saya tidak pernah melukis kening sebelum kelas, kerana memang tidak reti pun. Saya mengambil keputusan untuk joined kursus SLDN kerana, saya mempunyai banyak masa terluang. Mata tertuju pula dengan elaun bulanan RM500, tiada rugi jika saya berkomitmen selama 6 bulan. Saya dapat ilmu dan dibayar lagi. Tidak hanya itu, saya dapat sijil SKM 2 ! 

Kelas dijalankan setiap hari, Isnin hingga Jumaat kecuali, cuti umum. Meski, saya bukanlah pelajar terbaik namun, saya masih tergolong dalam Top 5 best student yang memberikan komitmen. Sekurang-kurangnya, itu menurut saya😜.
Majlis Konvokesyen SLDN

Sepatutnya, majlis konvokesyen ini dijalankan pada bulan November 2022 tetapi, telah ditunda kepada 25 Febuari 2023. Seramai 500 orang graduan SLDN yang terlibat tetapi yang hadir adalah 499 orang graduan dari Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. 30 graduan merupakan graduan LPL Unisex Hairdressing Beauty Salon dan itu adalah team saya! Kami pula terpecah kepada 3 kursus berbeza iaitu; solekan dan kecantikan, rambut dan fisioterapi. 

Seperti biasa, saya tidak mengenali sesiapa dalam kursus ini kecuali, pembimbing/coach. Namun, bertemu dengan orang tidak dikenali pada hari pertama bukanlah hal unik atau merisaukan bagi saya. Justeru, ia merupakan hal terbaik yang patut saya syukuri. Saya melebarkan networking dan kenalan bertambah. Tentunya, cerita yang manis untuk dikenang apatah lagi, kebanyakan orang dari bidang kecantikan agak gila-gila kepalanya alias fun dan sentiasa tampil menawan dan bijak berkomunikasi. Biasanya, saya kurang suka terlibat dengan kumpulan seperti ini tetapi, seiring fikiran semakin luas terbuka dan semakin bijaksana😂 berani mencuba sesuatu yang baru adalah kejayaan! saya suka kawan-kawan baru saya. Kebanyakan mereka memiliki perusahaan sendiri, beauty salon and barber shop.

Tentunya, kehadiran saya tidak penuh dan seringkali saya belajar sendiri dari rumah. Buka YouTube, google dan cari tahu maklumat penting. Lagi pula, saya juga bekerja secara freelance sebagai content writer dan tentunya memerlukan fokus untuk menulis. Demikianlah saya memberikan alasan, jika tidak hadir ke kelas selain, menguruskan perusahaan campsite di Kg. Pahu, Kiulu. Mahu camping di tepi sungai, boleh contact D'Idiama Campsite.

Saya suka mengikuti kursus percuma atau dengan kata lain saya suka belajar sesuatu yang baru. Terkini, seakan-akan ada yang baru tumbuh dalam jiwa saya, keinginan untuk terlibat pula dalam bidang agriculture. Satu cabang perusahaan yang akan sentiasa berlangsung, tidak hanya hari ini tetapi untuk kemudian hari. Secara logik, selagi ada kehidupan pasti ada permintaan. Ketika kita melakukan usaha mendekati cita-cita kita, di waktu yang sama cita-cita kita juga sedang mendekati kita. Alam semesta bekerja seperti itu. 

Kepada semua rakan-rakan graduan SLDN kali ke-4, tahniah ! sehebat apa pun kau rasa professionmu, tidak ada yang istimewa. Kita semua sama-sama bernafas dan berdarah. Hari ini menggenggam kehidupan, esok mungkin menggenggam kematian. Tetap bersyukur dan jangan egoistik selagi nyawa dikandung badan.

Catat Ulasan

0 Ulasan