Sebelum belajar cara reset kata laluan i-Akaun KWSP,pastikan anda:
- Pernah mempunyai i-Akaun KWSP sebelum ini
- Ahli KWSP
- Mempunyai nombor telefon yang aktif dan berdaftar dengan i-Akaun KWSP untuk urusan permohonan TAC
Sebelum menggunakan fungsi Lupa ID Pengguna / Kata Laluan, ahli perlu mendaftarkan nombor telefon bimbit bagi tujuan penerimaan TAC. Pendaftaran nombor telefon bimbit boleh dilakukan di mana-mana Kios atau Kaunter KWSP.
CARA RESET ID/PASSWORD i-AKAUN KWSP
Berikut adalah cara untuk reset ID/Password i-Akaun KWSP:
- Layari http://www.kwsp.gov.my
- Pilih Log Masuk ke i-Akaun (Ahli)
- Klik Lupa ID Pengguna /Kata Laluan?
- Pilih salah satu bantuan yang diperlukan (ID Pengguna Sahaja / Kata Laluan Sahaja / ID Pengguna dan Kata Laluan)
- Sila isi nombor kad pengenalan ahli atau Nombor EPF( nombor ahli KWSP)
- Klik permohonan TAC untuk mendapatan nombor TAC
- Semak nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan untuk penerimaan TAC dan Klik Sah
- Makluman TAC dihantar ke nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan akan dipaparkan. Klik Tutup untuk teruskan
- Isikan 6 digit nombor TAC yang diterima melalui SMS dan Klik Seterusnya
- Cipta Kata Laluan Baru dan isi semula untuk sahkan (8 – 20 aksara, kombinasi abjad dan nombor. Contoh: password123)
- Skrin pengaktifan berjaya akan dipaparkan
- Ahli boleh terus login untuk menggunakan i-Akaun
Banyak kelebihan jika dapat masuk ke i-Akaun KWSP,antaranya:
- Kemaskini maklumat peribadi
- Semakan kelayakan pengeluaran
- Semakan baki simpanan
- Semakan penyata KWSP akaun 1 dan 2
- Semakan rekod caruman individu/caruman majikan
- Menukar daripada akaun konvensional kepada akaun Shariah
- Menyemak maklumat penamaan/waris
- Menyemak transaksi caruman KWSP terkini
- Menyemak status permohonan pengeluaran dan sejarah pengeluaran Contohnya pengeluaran i-SINAR,i-LESTARI
Kepada yang belum daftar i-Akaun KWSP,cara terbaik untuk daftar i-Akaun adalah dengan menggunakan KIOSK KWSP
Jika ada urusan di kaunter KWSP,sila buat JANJI TEMU KWSP ONLINE
CARA REGISTER i-AKAUN MELALUI KIOSK KWSP
Berikut adalah Cara register i-Akaun di Kiosk KWSP:
- Masukkan kad pengenalan dan nombor telefon yang masih aktif. Kemudian, scan cap jari.
- Lepas 10 saat, akan keluar sekeping kertas yang akan memaparkan nombor ID. Satu mesej yang mengandungi kata laluan akan dihantar ke telefon korang oleh KWSP.
- Masukkan semula kad pengenalan pada kiosk dan scan cap jari sekali lagi.
- Pilih “Semak Penyata” dan sekeping lagi kertas akan keluar yang mengandungi penyata akaun 1, penyata akaun 2, dan baki keseluruhan.
- Sila Install aplikasi i-Akaun Mobile KWSP ke dalam telefon pintar anda
- Muat Turun di Apple Play Store
- Muat Turun di Google App Store
- Masukkan nombor ID dan kata laluan yang diperolehi(kiosk KWSP)
- Sila masukan nombor ID dan kata laluan baru yang mudah anda ingat dan simpan kata laluan ini untuk anda log masuk ke i-akaun pada masa akan datang.
- Anda telah berjaya memiliki i-akaun dan dapat membuat sebarang urusan KWSP secara online.
SOALAN LAZIM LUPA ID/KATA LALUAN i-AKAUN KWSP
Apa itu i-Akaun?
Kemudahan yang membantu ahli KWSP menguruskan akaun dengan lebih mudah dan secara online
Macam mana nak daftar i-Akaun ?
Ahli perlu membuat pendaftaran i-Akaun terlebih dahulu sebelum menggunakan kemudahan ini. Pendaftaran boleh dilakukan di mana-mana Kaunter KWSP
Macam mana nak aktifkan i-Akaun ?
Ahli dapat mengaktifkan i-Akaun dengan menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan yang diterima selepas pendaftaran.
Berapa lama tempoh untuk aktifkan i-Akaun?
Pengaktifan perlu dibuat melalui laman web rasmi KWSP di www.kwsp.gov.my dalam tempoh 30 hari.
Apa itu NO AHLI?
Nombor ahli adalah nombor KWSP anda.
Apa itu ID Pengguna?
ID Pengguna yang baharu adalah gabungan
Alphanumeric 8-16 digit(Contoh: ahmad1234) (Nota: ID Pengguna boleh dipinda sekali sahaja semasa proses pengaktifan dilakukan)
Apa itu Imej Online?
Imej Online adalah satu pilihan gambar keselamatan sebelum log masuk i-Akaun KWSP
Apa itu Frasa Rahsia?
Frasa Rahsia adalah perkataan rahsia untuk keselamatan akaun ahli.Biasanya panjang maksimum 10 aksara.
0 Ulasan