Tulisan terperap, terperangkap dalam minda. ''Biarlah, bukan penting sangat pun untuk ditulis'', kata si jahat yang hanya iota dalam kepala saya😂😂 tetapi, setiap moment adalah penting, berharga dan ada nilai estetika tersendiri. Perjalanan ini sangat biasa, hanya sebuah perjalanan berulang.
Kg. Tambatuon, Kota Belud. Pertama kali saya menjejak kaki ke kampung ini adalah ketika saya baru beberapa tahun menyandang status remaja. Menghadiri perkhawinan seorang kenalan keluarga, naik bas sewa khas namun, rasanya terlalu bahagia.
Dekad berganti dekad, saya akhirnya kembali lagi menjejakkan kaki di kampung ini. Banyak perubahan sosiobudaya dan ekonomi. Tentunya perubahan terjadi disebabkan oleh faktor-faktor globalisasi serta pengaruh luar lalu mengakibatkan terjadinya akulturasi dan asimilasi. Lihat saja sekarang, kampung ini meriah dengan perusahaan homestay.
Tentu sekali saya tidak sendirian melangkah masuk ke kampung ini, sama seperti dahulu; datang berkumpulan. Ketua jawatankuasa outing gereja telah menyusun program bertempat di Double View, Kg Tambatuon Kota Belud. Pastinya atas persetujuan majoriti.
Lokasi homestay terletak ditengah-tengah sawah padi atau sawah padi berada di kiri-kanan kawasan rumah tersebut. Sangat nyaman, sempurna pemandangannya. Jika tidak silap, homestay ini mempunyai lapan buah bilik. Saya memilih untuk tidur di dalam bilik, para orang muda berjiwa petualang tidur di dalam khemah. Jika ada pilihan, saya seringkali memilih tidur di atas tilam yang empuk berbanding tidur dalam khemah😎. Waktu ini, tidak hanya orang muda memilih tidur dalam khemah tetapi, beberapa orang ibu memasang khemah sendiri untuk menikmati suasana dingin dimalam hari. Bukan saya tidak suka khemah, tetapi waktu ini saya mempunyai anak buah untuk diperhatikan. Demam sepanjang malam, syukur saja dia mempunyai bekalan ubat.
Untuk penggunaan tapak khemah di kawasan homestay turut dikenakan bayaran. Tapak khemah yang dimaksudkan adalah kaki lima homestay itu.😕 Saya tiada isu tentang hal tersebut kerana saya tiada membaca peraturan-peraturan homestay tersebut. Mungkin memang seperti itu. Paling penting, kedai runcit dan cafe benar-benar berada di depan homestay tempat kami menginap. Di belakang cafe pula adalah sungai Tambatuon. Lihat arah sungai mengalir lalu dongakkan kepala, di sana kebanggaan jelata Sabah gah berdiri; si Aki Nabalu ditemani anaknya, si gunung Nungkok.
Ketika melihat gunung Kinabalu dari lokasi ini, hati mulai rindu mendakapnya kembali. Alam adalah guru terbaik, setiap adegan perjalanan pasti akan mengajarkan ilmu yang sangat berharga. Betapa beruntungnya Kota Belud kerana memiliki pemandangan terindah. Jauh-jauh pun, orang sanggup datang demi alam. Sabda alam tak pernah ingkar, bahasanya melahirkan kebenaran. Sebab di bumi yang kita tempati, kita harus berterima kasih pada tanah, walaupun sering dipijak, ia tetap ramah.
Ini kali ke-5 saya datang ke Kota Belud. Satu kali ke Tamu Besar, Kota Belud. Oh, alasan lainnya kerana ini Singkug Hill Bayayat, Kota Belud - JANGAN Ikut Trail B !
Masa di homestay ini hanya sekejap, satu malam sahaja. Sempatlah mengeratkan hubungan persahabatan dengan sesama. Mendengar perkongsian, makan beramai-ramai dan ketawa-gembira bersama. Tertawa adalah matahari yang menjauhkan musim dingin dari wajah manusia. Trip ini penting sebagai terapi, menyatukan dan menguatkan sesama.
Setiap tahun pasti akan ada trip berkumpulan diadakan, saban tahun pesertanya ada yang baru dan ada pula yang tidak dapat menyertai. Tidak apa-apa, setiap kita mempunyai alasan tersendiri. Meski ini bukanlah trip terseronok yang pernah saya sertai tetapi, momentnya saya ingat sampai bila-bila. Setiap trip ada cerita tersendiri dan menyajikan bahagia tersendiri.
Trip outing paling berkesan dihati saya adalah trip Hounon / Hounon 2 tahun 2014. Cara tulisan juga masih sangat remaja, ada lagi perkataan 'grrrrrr' nasib baik bukan 'ngor ngor'😂😂
The next outing will be in Kota Marudu, but this time I won't be able to join as I am on a different continent. Maybe next year?
Nantikan tulisan lain menyusul.
God bless💗
2 Ulasan