HATI SAYU MELAWAT MUZIUM KALAVRYTA, GREECE

KALAVRYTA, GREECE
Dari kota Metropolis Athens kami menuju kepergunungan Kalavryta, lebih kurang 200km melewati empat tolls sebelum menikmati perjalanan lembah dan gunung. Sangat indah bak berada dalam movie, inikah dejavu? sepertinya saya sudah pernah melihat tempat ini sebelumnya.

Kalavryta merupakan sebuah bandar kecil yang sangat indah. Malangnya, disinilah terjadinya tragedi berdarah paling kejam dalam sejarah Eropah.
KALAVRYTA, GREECE
Pada Oktober 1943, Operasi Jerman Kalavryta dimulakan selepas tentera Yunani berjaya menawan 80 askar Jerman dalam pertempuran berdarah. Menuntut pembebasan tawanan mereka, pasukan Nazi mengancam untuk memusnahkan penduduk-penduduk kampung berdekatan jika tuntutan itu tidak dipenuhi. Meskipun campur tangan gereja dan tekanan dari pelbagai pihak, kepimpinan pemberontakan enggan melepaskan tawanan Jerman, mengekalkan pendirian mereka demi kepentingan bangsa mereka.
KALAVRYTA, GREECE
Pada 8 Disember, kampung Kerpini dan Pogi dihancurkan, penduduk lelaki mereka dibunuh tanpa belas kasihan. Tindakan balas dendam ini mencetuskan serangkaian peristiwa tragik yang menggoncang bumi Kalavryta. Wanita dan kanak-kanak dikurung dalam sekolah sementara penduduk lelaki diarahkan untuk berkumpul di bukit Kapi. Sekolah terbakar, hidup mereka hampir lenyap. Mereka yang berada di bukit melihat pandangan asing saat api melahap apa yang mereka cintai. Detik-detik kelam ini merupakan memori pedih yang tidak mungkin terhapus dalam ingat.
KALAVRYTA, GREECE
Hari berikutnya dunia sunyi merangkum penderitaan yang mendalam. Para wanita terpaksa memakamkan insan-insan tersayang mereka sendiri, tanpa landasan dan sumber makanan kerana segala-galanya telah musnah oleh kekejaman Nazi. Desa-desa berdekatan turut dihancurkan.
KALAVRYTA, GREECE
Walaupun luka masih terbuka, semangat kesatuan dan perjuangan masyarakat Kalavryta menjadikan tragedi ini sebagai titik tolak untuk kebangkitan. Batu-batu tertulis dengan nama-nama mangsa, salib putih sebagai diatas puncak bukit sebagai tanda hormat jasa abadi mereka.
KALAVRYTA, GREECE
Dua jam luka, dua jam kisah kesengsaraan telah memberikan pelajaran berharga kepada dunia. Museum Holocaust Kalavryta, dengan segala kenangan terbalut sempurna, memastikan bahawa cerita tragik ini tidak akan pernah hilang dalam ingatan kita. Kalavryta, sebanyak mana ia merangkul duka, memperjuangkan kebenaran dan keadilan sebagai simbol keabadian.

Untuk pertama kalinya, saya membaca semua rentetan kisah didalam muzium. Muzium ini tidaklah sebesar muzium negeri, tetapi cara penyampaian dan penceritaan beserta gambar-gambar para lelaki yang terbunuh sangat berkesan dihati saya. Seingat pembacaan saya, hanya beberapa lelaki berjaya melepaskan diri. Sangat hancur melihat wajah para remaja dibunuh dengan kejam. Pakaian mereka ada dimuzium, jam tangan, beg sekolah dan macam-macam lagi. 
KALAVRYTA, GREECE
Saya berhenti pada satu sudut, sendirian. Menghadap pintu yang terkunci dan membaca tulisan:

''It was through this door, on the morning of 13 December 1943, that the people of Kalavryta were herded into the school. Once the fateful separation took place: the men and boys over thirteen years old were sent into one wing of the building and the women, children and seniors into the other.

They were never to meet again.

This front door remains permanently closed in honor of their memory.''
KALAVRYTA, GREECE
Ketika membaca ayat they were never to meet again, hati saya tersentuh. Para peminat novel atau penggemar K-Drama pasti tahu rasa itu. Sebuah rasa yang hadir ketika kita benar-benar menghayati sesuatu. Saya bukanlah manusia dramatik, namun ketika terlalu bebas menghayati, jiwa kita hanyut didalamnya. Hanya saja airmata saya tidak jatuh, meski saya melihat beberapa orang ditempat itu juga kelihatan sayu. Hanya semua mereka tidak mahu bersikap dramatik.

Sudah banyak muzium yang saya lawati, namun muzium ini mendapat tempat dihati saya. Cara mereka mendokumentasikan sejarah sangat berkelas tinggi. Saya tabik hormat.
KALAVRYTA, GREECE
Tidak banyak gambar diambil kerana tiada pun orang pegang smartphone/camera walaupun, dibenarkan. Segan pula dan risau manalah tahu tiba-tiba didenda 😛Tidak apalah, saya tulis dan kamu baca. Jika ada kesempatan, mungkin kami akan datang lagi pada musim sejuk. Kalavryta merupakan salah satu tempat bermain ski salji yang terkenal.

Kami berada di Kalavryta selama 3 hari 2 malam. Sampai berjumpa lagi!



Catat Ulasan

0 Ulasan